Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 29, 2016

Kemana kereta 4x4 anda dijual selepas di curi ?

  Mohd Shubhi       Thursday, September 29, 2016
Kemana agaknya kereta 4x4 anda, yang baru kena curi di bawa lari dan dijual ?

Mungkin itu soalan yang ada dalam kepala anda sekarang, jika kereta 4x4 anda dari jenis Hilux baru saja hilang entah ke mana. (sumber gambar)

Kenapa saya kata kereta 4x4 Hilux yang baru kena curi ?

Sebabnya anda sendiri mungkin dah tahu. Setelah kereta Proton Wira, kereta 4x4 Hilux merupakan kenderaan paling tinggi jumlahnya yang dilaporkan kena curi. Itu merupakan data tahun 2015.

Eh ! takkan kereta Proton Wira pulak jadi kereta paling laris dicuri di negara kita, apa bagus sangat kereta Proton Wira tu ?

Saya juga terkejut bila dapat tahu rupa-rupanya kereta Proton Wira menjadi kenderaan paling banyak dilaporkan kena curi. Data tahun 2015 menunjukkan jumlah kereta Proton Wira yang kena curi adalah sebanyak 1,214 buah !.

Selepas kereta Proton Wira, barulah masuk Kereta 4x4 Hilux. Jumlah kereta Hilux yang kena curi pada tahun lepas adalah sebanyak 595 unit. Jom kita lihat statistik jumlah kenderaan yang kena curi tahun lepas kat bawah sebagai ringkasan:

Senarai kereta paling banyak kena curi 2015

Ini senarai tahun 2015 yang jumlahnya lebih banyak dari tahun ini, jika dilihat dari segi trend kecurian bermula Jan 2016 hingga Jun 2016. Tahun ini laporan dikatakan jumlah kecurian berkurangan dalam lingkungan 5%.
  1. Proton Wira - 1,214
  2. Toyota Hilux - 595
  3. Proton Iswara - 552
  4. Perodua Kancil - 550
  5. Proton Waja - 538
  6. Perodua Myvi - 379
  7. Proton Saga - 318
  8. Proton Satria - 238
  9. Nissan Vanette - 208
  10. Honda Civic - 200
Rata-rata kereta yang paling top kena curi merupakan jenama buatan Malaysia. Pelik juga sebab apa jenama kereta buatan Malaysia tu paling banyak yang kena curi, satu soalan yang tentu anda juga tertanya-tanya.

Tapi tak payahlah nak hairan sangat. Sebab memang kenderaan buatan Malaysia itulah yang paling banyak sekali duk ada atas jalanraya kita Malaysia. Kereta paling banyak sekali dijual adalah kereta buatan samada Proton atau Perodua. Mereka kuasai lebih separuh dari jumlah pasaran kereta kat negara kita.

Oleh itu jika kereta buatan Malaysia juga yang jadi top kena curi, bukanlah sesuatu yang menghairankan. Mungkin mereka curi kereta tersebut untuk diuraikan segala barang dan kemudiannya dijual sebagai spareparts. 

Oleh kerena kereta Proton yang paling banyak masalah dari segi kualitinya, sudah tentu spareparts kereta Proton paling banyak mendapat permintaan di pasaran. Jadi apa lagi, curi kereta Proton, bongkar semua parts dan jual semula masuk dalam pasaran. Easy money mahhh !

Kereta 4x4 Hilux no 2 laris dicuri

Kereta paling top kena curi yang bukan jenama buatan Malaysia adalah kenderaan 4x4 Hilux. Sebab itu kalau anda pakai Hilux, bila nak hidupkan insuran agak susah sikit dan premiumnya semacam tinggi sedikit daripada kenderaan pickup lain. Punca adalah sebab orang suka curi Hilux sejak dari tahun dulu lagi.

Tahun 2014, Hilux juga duduk tangga ke-2 selepas Proton Wira, berikut adalah carta kereta kena curi pada tahun 2014:
  1. Proton Wira (1,268)
  2. Toyota Hilux (762)
  3. Proton Iswara (717)
  4. Proton Waja (694)
  5. Perodua Kancil (638)
  6. Perodua Myvi (477)
  7. Proton Saga (414)
  8. Proton Satria (273)
  9. Toyota Vios (252)
  10. Proton Perdana (243)
Kenapa Hilux sentiasa menjadi kegilaan para pencuri kereta, tidak dapat dipastikan. Mungkin sebab pertama adalah permintaan keret hilux dalam pasaran gelap adalah tinggi. Jadi jika mereka curi Hilux, lebih mudah untuk dijual.

Kemana kereta curi dijual

Menurut laporan dari Bernama, daripada sumber maklumat yang mereka dapat, kebanyakan kenderaan yang dicuri di Malaysia akan diseludup masuk ke negara Thailand. Dari situ kenderaan curi itu akan dijual dalam pasaran gelap Thailand. Malah punya berani, mereka juga tawarkan jualan kereta curi dalam internet.

Jika kenderaan tak boleh dijual di Thailand, kenderaan curi tersebut akan dibawa melaui jalan darat masuk ke samada Myanmar, Laos atau Cambodia. Bila masuk kat 3 negara tersebut yang merupakan jiran Thailand, maka kemungkinan nak dapatkan balik kenderaan curi adalah terlalu nipis.

Menurut sumber, kenderaan 4x4 yang kena curi amat laris dijual dalam pasaran gelap di Myanmar. Oleh itu kemungkinan kenderaan 4x4 anda yang kena curi adalah amat tinggi berada di Thailand ataupun di Myanmar.

Bagi kenderaan mewah dan MPV pula, negara Cambodia (Kemboja) amat meminati kenderaan jenis tersebut. Mereka ada taste nampaknya dengan kemewahan. Ada juga tuduhan kononnya kenderaan mewah dan MPV dibeli oleh orang atasan dari kalangan pegawai polis, pegawai tentera dan juga pegawai kerajaan lain di negara Indochina tersebut. Kesahihannya tidak dapat dipastikan, tapi kalau tanya saya, ia amat boleh dipercayai rasanya.

Macam mana kenderaan mewah dan 4x4 dicuri

Menurut sumber dari Bernama lagi, biasanya kereta yang dicuri akan dimasukkan terus ke dalam kontena dan dihantar ke Singapura. Dari situ mereka akan hantar dengan kapal ke Thailand. Biasanya pelabuhan yang digunakan di Thailand adalah Pelabuhan Laem Chabang, Thailand.

Sebahagian daripada kenderaan yang dicuri itu akan dikeluarkan masuk ke Thailand di pelabuhan tersebut dan sebahagian lagi akan meneruskan perjalanan dengan kapal pergi pula ke negara Indochina lain seperti yang tersebut kat atas tadi.

Dari gerak kerja mereka, nampak memang amat tersusun sekali dan sudah tentu melibatkan rangkaian orang jahat yang ramai dari negara kita sendiri Malaysia sehinggalah ke Singapura, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Nampaknya orang jahat bersatu buat jahat lebih tersusun dan lebih baik serta berdisiplin daripada parti pembangkang di negara kita.. !!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kemana kereta 4x4 anda dijual selepas di curi ?

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Kopla utuh nko....entah2 polis pun join sama....almaklum la zaman makan dadah.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !