Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, September 30, 2016

Kes Dr. Azizan Osman meletup kembali

  Mohd Shubhi       Friday, September 30, 2016
Update Terkini:

2 lagi universiti nafi beri PhD pada Azizan Osman

Dalam laporan terkini di BHonline, ada dua lagi universiti menafikan pemberian PhD. Dalam semakan mereka terhadap senarai penerima PhD, tiada nama Azizan Osman didalasenarai mereka. Dua universiti tersebut adalah:
  1. Universiti Keangsaan Malaysia (UKM)
  2. Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)
Menurut UKM, tiada nama Azizan Osman dalam jurusan psikologi seperti yang didakwa. Bagi IUKL pula mereka menafikan sebarang anugerah Sarjana Pentadbiran Perniagaan atau PhD diberikan kepada Azizan Osman.

Azizan Osman memandang serius dakwaan

Dalam laporan satu portal terkenal sebelum ini, pihak Richworks dikatakan memandang serius segala penafian tersebut yang dibuat oleh pihak Universiti Malaya. Ayat sedemikian seperti pernah kita dengar keluar dari mulut seorang yang amat berpengaruh di negara kita, tapi bukan dalam isu yang sama.

Nampaknya Azizan Osman menggunakan format yang sama untuk menjawab segala dakwaan. Mungkin selepas melihat jawapan yang diberikan sebegitu berjaya melepas bebaskan pihak yang didakwa sebelum ini. Kita lihat apakah yang bakal berlaku seterusnya.
Nampaknya kes pakar motivasi, pakar pemasaran perniagaan, pakar ubah orang jadi bagus, pakar baca tarikh lahir orang, pakar itu dan ini dah meletup kembali. Kali ini kes Dr. Azizan Osman meletup sebab pihak Universiti Malaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan penganugerahan Doktor Falsafah kepada Dr. Azizan Osman.

Menurut kenyataan dari pihak Universiti Malaya, mereka tak ada keluarkan apa-apa ijazah kedoktoran kepada Dr. Azizan Osman. Berikut kenataan tegas dari pihak Universiti Malaya,

"Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman." - University of Malaya

Itu sedutan sebahagian daripada kenyataan UM yang menceritakan kesemuanya. Dr. Azizan Osman dikatakan memaparkan pencapaian akademiknya dalam bidang keusahawanan sehingga ke tahap doktor falsafah dalam web rasminya di Richworks.

Dr. Azizan Osman dan kelulusan Phd

Sebelum ini kes Dr. Azizan Osman dikatakan mengaburi orang ramai dengan ijazah kedoktoran dah lama meletup. Tapi isu itu berlalu begitu sahaja dengan pihak yang tak suka dengan beliau terus tak suka manakala pihak yang fanatik dengan beliau terus fanatik.

Sebelum dikatakan mendapat title doktor falsafah keusahawanan, Azizan Osman dikatakan mendakwa beliau mendapat anugerah doktor falsafah dalam bidang Sains Metafizik. Anugerah itu dikatakan diberikan oleh Gordon University, Florida.

Semakan yang dibuat oleh mereka yang sangsi terhadap Azizan Osman mendapati universiti itu beroperasi secara maya dengan menjual sijil palsu. Penjualan sijil palsu dalam internet semua orang dah tahu. Malah ramai juga orang Malaysia yang membeli segala sijil palsu tersebut untuk menampakkan gah mereka kepada masyarakat.

Kenapa orang Malaysia suka title Dr.

Biasanya ada dua golongan yang suka beli sijil palsu dari internet ini. Mereka samada ahli perniagaan atau orang politik yang masa zaman belajar dulu tak berapa rajin. Saya sendiri kenal kawan-kawan yang percaya kalau nak aktif politik sekarang mesti ada title Dr. kat depa nama mereka.

Bagi mereka yang tak gamak tipu orang, mereka buat kerja yang kurang tahap menipunya. Biasanya mereka gunakan title yang mampu menagburkan persepsi orang ramai. Contohnya mereka pergi belajar serba sedikit pasal Homeopati, bila dah tamat lalu diletakkan title Dr. kat depan nama. Ada juga yang letakkan title Drs. kat depan nama mereka, satu anugerah dari Indonesia yang jika sekali pandang orang ingat dia ada Phd.

Orang yang nak jadi ahli perniagaan juga suka ambil title Dr. ni untuk diletakkan pada depan nama mereka. Biasanya dari kalangan usahawan yang nak masuk bidang motivasi. Mungkin itu juga yang dilakukan oleh Dr. Azizan Osman sebagai menambahkan lagi kepercayaan separa sedar orang ramai terhadap keupayaannya.

Sebab paling ketara perlu buat macam itu bukan nak tipu pada asasnya, tapi lebih kepada perangai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu (bukan semua) yang mudah tertipu dengan perkara kosmetik luaran. Mereka terpedaya awal tanpa melihat isi dalaman orang yang memegang title tersebut.

Sedangkan kalau mereka yang ada title doktor falsafah aslipun, bukannya menunjukkan orang itu tahu serba serbi dalam semua perkara. Title doktor falsafah tidak menjamin seseorang itu untuk lepas dari belenggu minda tertutup. Kalau anda masih ingat, ada seorang Melayu yang ada Phd terperangkap dengan aktiviti bunuh orang awam atas nama Islam. Itu hanya salah satu contoh yang mudah.

Title Dr dan title Datuk

Dalam kes lain, title Datuk juga tidak kurang hebat berlaku kes penipuan di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang tahu ada title Datuk yang boleh dibeli dengan mudah kalau ada duit. Kalau tak berapa ada duit, beli saja title tersebut dari mana-mana kesultanan yang tak wujud.

Malah orang yang benar-benar mendapat title Datuk juga bukannya bagus kesemuanya. Ramai yang ada title Datuk tak ada inegriti. Alasan apa dia diberikan title tersebut entah tak tahu. Biasanya dikatakan banyak menyumbang pada masyarakat, samada benar atau tidak benar entahlah.

Berbeza dari anugerah yang diberikan oleh orang barat, mereka yang mendapat gearan kehormatan, memang diketahui umum anak melakukan sumbangan kepada masyarakat dan juga kemanusiaan. Malah kalau tak dapat sebarang title pun orang ramai tetap memandang hebat orang-orang tersebut sebab memang ada integriti.

Rumusannnya, kalau anda ikhlas, lantaklah dengan sebarang title, yang pentingnya buat kerja dan lakukan yang terbaik untuk memberikan manfaat kepada orang ramai. Apa orang nak kata, tak ada kelulusan ke tak ada title ke, pantaklah kat orang... yang pentingnya Jasduit !

nota: Gambar sekadar hiasan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kes Dr. Azizan Osman meletup kembali

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !