Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 3, 2016

7 petua hilangkan parut yang anda boleh buat sendiri

  Mohd Shubhi       Monday, October 3, 2016
Bagi mereka yang suka jaga kecantikan, parut pada kulit akibat luka memang tidak berapa menyenangkan mata memandang. Apa lagi jika parut tersebut berada pada tempat yang biasanya tidak dapat diselindungi oleh pakaian. Tapi kalau parut ada pada kawasan terselindungpun, semahunya nak dielakkan juga.

Ramai orang yang banyak duit, akan pergi ke klinik perubatan atau pembedahan kecantikan untuk mendapatkan rawatan menghilnagkan parut. Tapi kos rawatan sedemikian bukanlah murah. Tak ramai yang mampu keluarkan duit anyak untuk kos pembedahan sedemikian.

Walau bagaimanapun, kalau anda jenis tak ada duit, dan dalam masa yang sama jenis suka pada kecantikan, tak suka ada parut yang ketara, masih boleh hilangkan parut dengan cara murah dan berkesan juga. Anda hanya perlu gunakan bahan-bahan yang biasa saja yang ada kat dapur rumah anda.

7 cara mudah hilangkan parut

Berikut diberikan cara menghilangkan parut yang anda boleh buat sendiri kat rumah tanpa keluarkan duit banyak. Saya sendiri tak tahu teknik yang dicadangkan ini sebelum membaca panduan yang didapati di sini. Apa yang saya senaraikan hanya cara yang dirasakan amat mudah saja terutamanya untuk orang kampung macam saya, cara lain, kalau nak tengok, pergi ke pautan tersebut untuk membacanya.

  1. Minyak kelapa - Orang utara sebut minyak nyiok, supaya anda tak silap antara minyak kelapa sawit dengan minyak kelapa ori. Lebih mujarab lagi jika anda gunakan minyak kelapa dara. Sapukan pada parut dan boleh dibiarkan begitu saja. Amalkan sehingga parut hilang. Jika kulit anda jenis yang berminyak, elok jangan guna cara ini terutamanya pada muka. Takut nanti naik banyak jerawat pula. Amat sesuai untuk mereka yang berkulit kering.
  2. Sapuan Gula tebu organik - Anda boleh buat sendiri sapuan gula ini dengan menggunakan gula tebu organik asli yang boleh dibeli di pasaraya. Campurkan gula tersebut dengan minyak zaitun dara dan lumatkan supaya jadi macam losyen. Titik sedikit jus lemon supaya ianya basah sedikit. Sapu atau lurut pada parut dan biarkan selama 15 minit kemudian basuh dengan air bersih.
  3. Jus ubi kentang - Buat jus ubi kentang. Potong nipis sekeping ubi kentang. Sapu kawasan parut dengan jus dan urut dengan kepingan kentang nipis tadi perlahan-lahan. Kemudian biarkan untuk selama 15 minit sebelum membasuh kawasan tersebut dengan air bersih. Buat sekali sehari sudah memadai.
  4. Madu asli - Beli madu asli yang memang asli dan bukannya yang penipu punya. Banyak madu kat pasaran sebenarnya hanyalah sirap gula yang didakwa sebagai madu. Oleh itu berhati-hati dengan madu yang anda beli dan gunakan. Ambil madu sedikti dan calit pada parut dan urut perlahan-lahan.
  5. Mentimun - Ini cara paling mudah. Hiris nipis kepingan buah timun dan urut pada kawasan parut perlahan-lahan. Amalkan selalu cara mudah dah murah ini dan lihat hasilnya.
  6. Serbuk penaik - Kat dapur tentu ada tepung penaik ni bagi anda yang suka masak sendiri. Ambil serbuk tepung penaik ini, campur dengan sedikit air dan kacau supaya jadi macam losyen. Kemudian sapukan pada kawasan parut dan urut perlahan-lahan.
  7. Vitamin E - Ini satu lagi cara yang menarik tapi susahlah sikit sebab anda kena pergi ke farmasi untuk beli kapsul vitamin E. Balik rumah penyet kapsul Vitain E itu supaya keluar minyaknya dan sapukan pada parut. 
Semua cara tersebut kat atas boleh anda cuba kalau nak hilangkan parut atau nak hilangkan kesan huduh akibat jerawat batu pada muka anda. Cubalah tengok kalau-kalau ianya berkesan untuk kulit anda.

Jika anda ada lagi petua yang terbukti mujarab dan anda sendiri dah pernah cuba, boleh kongsikan kat sini supaya orang lai boleh turut sama menggunakan petua anda tersebut. Terima kasih.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 petua hilangkan parut yang anda boleh buat sendiri

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !