Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, October 23, 2016

Gadis cantik dari pertubuhan pendidikan dan latihan amal bistari

  Mohd Shubhi       Sunday, October 23, 2016
Tentu ramai yang dah pernah dengar tentang Pertubuhan Pendidikan dan Amal Bistari ini. Terutamanya mereka yang pernah singgah di pusat rehat dan rawat atau RnR lebuhraya Plus. Juga mereka yang pernah terserempak dengan anak-anak gadis di stesen minyak, datang menjual ubat dan madu.

Nota: Gambar di atas sekadar hiasan. Tak ada kena mengena dengan cerita.

Jualan ubat dan seumpamanya dikatakan bertujuan untuk kutipan dana pusat pendidikan dan latihan amal bistari tersebut. Pusat itu, sebagaimana dalam broshure yang dibawa oleh anak-anak gadis tersebut, dikatakan memberikan kemudahan penddikan secara percuma kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

Dari pencarian google, ada banyak cerita pasal Pertubuhan pendidikan dan amal bistari ini sejak beberapa tahun yang lalu. Pada asalnya, menurut berita dari sini, pusat ini dinamakan sebagai Pusat Tahfiz Amal. Aktiviti yang dijalankan adalah sama juga iaitu memberikan pendidikan percuma pada anak-anak fakir miskin dan pada anak-anak yatim.

Ada laporan dari Bernama di sini, menyatakan pihak jabatan kebajikan masyarakat Negeri Sembilan pernah membuat operasi bersepadu menyelamat orang papa dan pengemis di sekitar Seremban dan Nilai, dan berjaya menangkap 18 orang dalam operasi tersebut. Salah seorang daripada yang ditangkap merupakan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari Pertubuhan Pendidikan Dan Latihan Aal Bistari. Budak itu juga menjalankan aktiviti menjual minyak dan ubat pada oranr ramai.

Pengetua sebenar pertubuhan pendidikan tersebut

Lanjutan daripada laporan yang disiarkan oleh media dan blog berkenaan pusat tersebut dahulu, pengetua sebenar pusat itu tampil memberikan pencerahan kedudukan sebenar mereka.

Apa yang disebarkan oleh media dan terutamanya blog yang mengecam pusat itu, pengetua pusat itu adalah seorang ahli perniagaan yang bernama Azhar Wahab atau nama glamournya SM Amin. Ahli perniagaan itu dikatakan menjadi pengasas pusat itu dan mengerahkan kanak-kanak pelajarnya untuk cari duit.

SM Amin dikatakan menjalani kehidupan yang mewah serba glamour. Banyak gambar gaya hidup SM Amin yang penuh keriangan dipampangkan dalam blog-blog yang mendedahkan berita itu. Salah satu blog yang kaitkan SM Amin dengan aktiviti kutipan duit hasil jualan kanak-kanak bawah umur adalah di sini.

Walau bagaimanapun, tiada bukti terperinci yang dilampirkan yang boleh menunjukkan SM Amin hidup mewah hasil dari jualan amal para pelajar di pusat pendidikan dan latihan amal bistari atau nama lama mereka Pusat Tahfiz Amal.

Berikut penjelasan dari pengetua sebenar Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari yang menyatakan SM Amin bukan pengetua. Sebaliknya SM Amin adalah seorang ahli perniagaan yang banyak memberikan bantuan kepada pertubuhan mereka. Ertinya, cerita dah jadi terbalik, oleh kerana SM Amin kaya dan hidup mewah, maka dia menyumbang untuk pusat pendidikan itu. Itulah kata pengetua sebenarnya dalam rakaman video kat bawah ni.


Terserempak gadis jualan pertubuhan pendidikan

Saya cerita bab ini sebab semalam baru saja berpeluang temuramah gadis penjual dari pertubuhan pendidikan dan latihan amal bistari ini. Saya kata gadis dan bukan kanak-kanak sebab daripada nombor kad pengenalan gadis tersebut, saya kira, usianya sudah menjangkau 21 tahun. Kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1995.

Ceritanya begini,

Dalam perjalanan balik dari utara semalam, saya singgah solat dalam pukul 9 malam di jejantas RnR Sungai Buloh. Selesai solat, rasa lapar, lalu saya masuk ke dalam Restoran Burger King kat atas jejantas tu.

Orang tak berapa ramai dalam restoran itu dan saya terus dapat order seketul burger daging bakar dengan keju, sebungkus kentang goreng dan secawan kopi pekat. Setelah dapat semua makanan tersebut, saya duduk di hujung restoran seorang diri sambil menikmati keenakan burger king.

Tiba-tiba datang seorang gadis menghampiri dan berdiri terpacak di depan saya sambil melafazkan skrip jualan ubat dan minyak serta madu. Saya tak berapa perasan sangat apa dia cakap sebab sedang lapar. Saya hanya perhatikan tangannya yang lembut itu menunjukkan ubat yang dipegangnya, lalu terus saya gelengkan kepala berkali-kali tak henti sampai dia berlalu.

Sambil gelengkan kepala saya renung mata gadis itu dan berikan senyuman manis. Itu adalah isyarat untuk menyatakan tak berminat dan minta dia berlalu. Jika mereka yang biasa buat jualan atau minta derma ada skrip tetap, saya pula ada aksi tetap yang dah selalu diamalkan. Aksi tetap saya adalah tengok mata mereka, berikan senyuman dan geleng kepala ak berhenti sehingga mereka berlalu.

Anak gadis yang manis

Oleh sebab saya makan seorang diri dan berikan tumpuan penuh menikmati makanan, maka masa duduk mengelamun seorang diri kat restoran itu amat lama. Orang lain dah keluar masuk, saya masih duduk seorang diri makan tak habis lagi.

Apa yang saya perasan, gadis menjual ubat itu dah lebih dari 3 kali keluar, pusing pada semua meja pengunjung restoran tersebut dan lafazkan skrip jualan mereka. Bila dia pusing nak mendekati meja saya, dia tak jadi dekat sebab mungkin perasan yang dia dah datang tadi pada saya.

Saya lihat saja dia mengampiri orang lain dan kemudiannya keluar dari pintu belakang restoran tersebut. Tak lama kemudian, dia masuk semula bila dah ada tetapu lain silih berganti. Dia tolak pintu dan saya berpaling padanya dan dia tengok saya dan memberikan senyuman malu. Mungkin dia rasa malu sebab saya perasan dia tak henti keluar dan masuk merayu jualan pada orang ramai.

Dari senyuman itu, saya nampak kecantikan wajahnya. Dia memang nampak manis menawan walaupun ada sedikit parut pada mukanya yang manis itu. Teringat pula pada anak gadis remaja saya kat rumah. Saya terfikirkan apa perasaan saya jika itu adalah anak saya sendiri. Kesian!, itu saja yang saya teringat.

Kasihan pada anak gadis itu. Waktu dah lewat malam, dia masih merayau dan menjual ubat-ubatan dari meja ke meja dan menerima tolakan demi tolakan dari hampir semua meja. Bukankah waktu sebegitu, selayaknya dia berada di rumah, rehatkan diri atau setidaknya mengulang kaji pelajaran.

Temuramah gadis jualan pertubuhan pendidikan

Untuk kali yang berkutnya, apabila dia menghampiri meja saya, saya menggamitkan tangan minta dia menghampiri saya. Dia datang dekap ke meja saya, Mukanya kelihatan berubah. Saya pelawa dia duduk kat depan minta berbual dengannya, tapi dia gelengkan kepala. Senyumannya sudah hilang dan dia kelihatan seperti tertekan bila saya minta dia duduk sebentar.

" Pukul berapa habis buat kerja ni ? ", tanya saya perlahan sambil merenung matanya.

" Saya hanya buat kerja dan tak tengok masa pukul berapa, jadi saya tak tau bila pukul berapa habis, pukul berapa mula ? " , jawabnya selamba.

Saya jem dengan jawapan itu, rasa macam nak marah pulak. Tapi bukan tujuan saya nak berdebat atau nak bertekak dengannya, lalu saya ubah pula soalan. Saya tanya dia datang dari mana, dia jawab dari Yan Kedah, pertubuhan pendidikan dan latihan amal bistari.

" Datang dengan siapa, siapa hantar mai jauh begini " tanya saya lagi.

" Kami datang ramai-ramai dengan kawan-kawan, yang tua sikit datang menjual, dan adik-adik kami tinggal di asrama kat sekolah, kami perlu bantu mereka untuk mendapatkan pendidikan ", jawabnya panjang.

Bila dia sedar yang saya bukannya nak be,i bat atau memberikan sumbangan padanya, dia mula berubah nada.

" Minta maaf la pakcik, saya ni cakap kurang ajar sikit, saya dah bosan dengan tohmahan orang ramai pada kami yang buat jalan Allah ni.. " katanya kedengaran agak gementar, mungkin dia rasa marah bila saya menemuramahnya macam nak cari salah.

" Pak Cik tak kisah, kalau anak nak maki pakcik, makilah, nak ludah mka pakcikpun tak apa, sebab, pakcik cuma nak cuba faham kedudukan sebenar... ", kata saya sambil tersenyum padanya.

Dia terdiam mendengar apa yang saya ucapkan. Memang saya serius dengan apa yang saya ucapkan. Kalau dia nak makipun, tak kisah, asalkan saya boleh cuba memahami apa yang dia fikirkan dan apa kepercayaannya dengan segala yang dia lakukan itu.

" Buat kerja baik ni memang bukan senang pakcik, akan mendapat banyak dugaan media buat macam-macam laporan buruk pada kami, bukan saya tak tahu Metro dan lain-lain tu... " terangnya lagi.

Apa yang dia cuba pertahankan nampak macam tak seiring dengan apa yang saya tanya. Premature sebab saya tak ada buat apa-apa tuduhanpun padanya, hanya bertanya maklumat tempat kerjanya sahaja, siapa bossnya, atau siapa pengetuanya dan lain-lain. Mungkin dia dah banyak kali diberikan syarahan oleh orang ramai, membuatkan dia menyerang awal sebelum diserang.

Tiba-tiba ada panggilan telefon untuknya Dia jawab dan pergi jauh dari saya. Saya syak ada orang yang menghubunginya dan orang itu tentu sedang memantau kejadian yang berlaku dari jauh. Itu andaian saya sahaja. Risau juga kalau-kalau jadi apa-apa yang tak diingini.

Saya ambil kesempatan itu untuk rakamkan segala maklumat gadis itu dari broshure yang dia hulurkan pada saya. Saya tangkap gambar dengan handphone setakat yang boleh sebelum dia datang semula pada saya.

Dia mula tanya apa nama saya dan mohon dapatkan nombor whatassp saya. Nanti dia akan berikan maklumat lanjut jika saya nak tahu pasal pertubuhan pendidikan itu. Saya kata tak payahlah, nanti saya akan hubungi sendiri pengetuanya atau penyelianya yang dia dah berikan nombor mereka pada saya, itu kata saya padanya.

Saya keluarkan duit RM10 dan sedekahkan padanya. Dia ambil dan saya pesan, jagalah dirinya baik-baik walau apapun yang berlaku... saya berlalu walaupun dia masih mendesak untuk saya berikan nobor telefon saya padanya.

Maka begitulah ceritanya, keluarlah artikel ini...

Saya masih terfikir betapa otaknya telah ditarbiah sedemikian rupa dan menganggap kerjanya itu adalah yang terbaik dan sedang mengikuti jalan yang benar yang diperintahlan oleh Tuhan... ?

Bagaimana kita boleh bantu mereka agaknya ?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Gadis cantik dari pertubuhan pendidikan dan latihan amal bistari

Previous
« Prev Post

13 comments:

  1. Kadang2 budak2 ni ada di stesen minyak selain di restoren2. Kesiankan.

    ReplyDelete
  2. Mase awak jumpe mereka ni...
    Rupe2nye mereka baru kene halau dr penempatan mereka..
    Kesiankan...
    Katenye dulu tanah tu diwakafkan
    Kemudian pemilik asal meninggal
    Waris halau mereka kluar walaupun brjaya bayar sewa 5ribu sebulan hasil jualan ubat2 tu dn bntuan pertubuhan amal sm Amin dn org ramai
    Kesiankan...

    ReplyDelete
  3. *RALAT*
    Saya mohon maaf atas kesilapan perkataan yg digunakan.

    Bukan dihalau..
    Tapi diarah kluar..

    ReplyDelete
  4. Salam tuan
    saya juga pernah seperti tuan.. naluri seorg ibu sgt kasihan anak2 ini diperlakukan seperti demikian.. atau lebih tepat sgt bimbang keselamatan mereka epsc the girls.. Allah saja yg tahu.. sy tanya depa dgn baik2 soalan2 mcm tuan juga.. terus saja menaikkan kemarahan ank2 ini.. sy khabarkan bagi makcik peluang utk faham dan inshaAllah akn cuba membantu.. but ank2 ini terus berlalu "takpe lah makcik, tak beli takpe"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam mereka dah kena latih dengan berkesan untuk pertahankan apa yang mereka sedang lakukan sebagai perkara terbaik.. terima kasih atas maklumat puan

      Delete
  5. Baru td ada gadis comel berusia 19 tahun menyapa saya untuk jualan amal. Beliau dan beberapa rakan lain adalah sukarelawan yg buat jualan untuk bantu pusat tahfiz di simpang 4 kangkung, kedah. Pelajar2 tahfiz tersebut bakal berpindah ke tempat baru di sungai petani. Sesiapa yg tinggal di kawasan yg dikatakan mungkin boleh beri pencerahan tentang hal ni. Insyaallah kita bantu setakat termampu.

    ReplyDelete
  6. 10/4/2017

    Sy tlh melihat sendiri tmpt anak2 ini diberi pendidikan..rujuk page JSPT Kedah utk pencerahan...mereka tidak punya dana...anak2 ini dr pelbagai negeri...anak2 yatim piatu dan juga asnaf..di pertubuhan ini mereka dibesarkan..tidak mendpt pembiayaan dr mana2 agensi hanya menerima sumbangan dr huluran Hamba Allah shj...

    ReplyDelete
  7. saya x fikir budak2 tu anggap kerja tu adalah yg terbaik.. tapi sy setuju kerja tu juga dalam jalan Allah sbb hasilnya digunakan utk kebajikan mereka & anak2 yatim yg lain.

    ReplyDelete
  8. Klu setakat rm10 tu x yah la byk sgt songeh! Niatkn sedekah & amal itu menjadi jariah disisi Allah swt meskipun org yg meminta itu melakukannya dgn tujuan lain.

    ReplyDelete
  9. Kalau gadis manis jual ubat di RNR Sg Buloh ni saya rasa saya tahu. Pernah juga beli dari dia beberapa kali sejak tahun 2015. Saya pernah juga cuba utk berkenalan dgn dia (saya terus terang ckp saya terpikat juga dgn dia, saya pun bujang, kalau dpt bantu dia dgn masuk meminang apa salahnya kan, bukan nak buat awek tak tentu hala) tp dia pandai cover disebalik senyuman. HArap dia berjaya dlm hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulia sungguh hasrat tuan! kalau betul mahu, usaa sampai dapat.. insyaallah dapat nanti !

      Delete
    2. Jangan harap, pihak pengurusan dia dah tentukan siapa kawen dgn siapa.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !