Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, November 6, 2016

Bagaimana nak selesaikan masalah jam tangan automatik kena sampuk medan magnetik

  Mohd Shubhi       Sunday, November 6, 2016
Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang lalu berkenaan masalah jam tangan automatik kena sampuk dengan medan magnetik. Sebagaimana yang saya katakan pada artikel lalu, ada jam yang berupaya menahan daripada sampukan medan magnetik, itu kita namakan jam tangan anti-megnetic. Dan ada jam tangan automatik yang tidak ada kelebihan tersebut.

Dalam dunia sekarang, kita akan terdedah dengan berbagai peralatan yang mampu keluarkan medan magnetik. Bagi mereka yang tak berapa faham apa itu medan magnetik, anda mungkin lebih faham akan bahan yang bernama besi berani. Kanak-kanak amat suka main dengan besi berani.

Bahan itu berupaya melekat pada besi dan jika didekatkan antara dua besi berani, akan berlaku dua perkara. Samada kedua-duanya saling tolak antara satu dengan yang lain. Atau kedua-duanya saling tertarik melekat antara satu dengan yang lain. Kita belajar masa sekolah dahulu ada dua charge dalam besi berani, iaitu positif dan negatif. Apa yang anda perlu faham, besi berani sentiasa mengeluarkan medan magnetik di sekelilingnya. Ada medan magnetik yang kuat dan ada medan magnetik yang lemah.

Ukuran kekuatan medan magnetik dalam ilmu sains adalah A/m, iaitu Ampere per meter. Itu merupakan ukuran kekuatan medan magnetik dalam International Unit (IU).

Kesan pada jam yang masuk dalam medan magnetik

Sebagaimana yang kita semua tahu, dalam mesin atau enjin jam automatik, ada banyak bahan spring halus yang diperbuat dari bahan logam. Bila logam itu terkena medan magnetik, sudah pasti mereka akan terkena sampukan medan magnetik. Bayangkan jika anda dekatkan besi berani pada gelungan spring besi halus dalam jam, habis semuanya akan saling melekat dan tertarik ke arah besi berani tersebut.

Mana-mana jam yang masuk medan magnetik, ada kemungkinan besar spring yang membuatkan jam anda bergerak saling melakat. Bila besi halus itu melekat, maka getaran atau pusingannya akan menjadi pendek. Dan hasilnya adalah pergerakan jarun jam anda akan menjadi lebih cepat dari biasa.

Sebab itu jam tangan automatik yang saya beli dari jenama Glycine hari itu, dalam artikel ini, jadi gelong bergerak cepat awal lebih dari lima minit hanya dalam masa sehari semalam. Mana-mana jam tangan yang sebegitu, memang tidak boleh dipercayai ketepatannya. Mulanya saya ingat memang jam tangan itu saya dah silap beli dan ianya tidak berkualiti. Tapi ternyata rupanya saya yang jahil.

Baru saya perasan jam tangan saya telah terkena sampukan medan elektrik yang ada pada sarung telefon bimbit saya. Pada sarung tersebut ada besi berani yang kuat, digunakan sebagai pelekat untuk menutup sarung itu. Bila saya nak ambil wuduk, saya sering masukkan jam tangan dalam poket dan biasanya, ada sarung telefon bimbit berserta dengan telefon di dalam poket itu. Maka habis punah semua gelung spring besi yang ada di dalam jam tangan automatik saya itu. Sebab itu dia jadi geong begerak pantas dari biasa.

Jam tangan automatik dirasuk medan magnetik

Semuanya tidak habis di situ sahaja. Bila dah dijauhkan dari medan magnetik, jam tangan dan semua peralatan gelung logam di dalamnya telah melekat dirasuk medan magnetik. Ertinya, jika kita boleh ukur kewujudan medan magnetik, kita akan dapat kesan jam tangan saya mengeluarkan medan magnetik. Kesannya, jam tangan tersebut berterusan jalan cepat dan tidak lagi boleh dipercayai ketepatannya.

Terima kasih pada Google. Semua maklumat ilmu ini saya belajar hanya dari google sahaja dan tak perlu pergi masuk kelas khas. Dari google juga saya dapat tahu adanya applikasi yang boleh kita download ke dalam ihone untuk mengesan medan magnetik. Applikasi itu bernama Lepsi Geneve. Anda yang berminat boleh cari dan download ke dalam ihone. Jadi boleh kesan samada jam tangan anda ada medan magnetik yang tidak sepatutnya ada.

Cara buang medan magnetik dari jam tangan automatik

Persoalannya sekarang macam mana nak buang kesemua medan magnetik yang dah melekat ke dalam jam tangan saya tersebut. Takkan nak kena pergi ke kedai jam tangan, nanti mereka charge entah apa-apa kat saya pulak.

Cara nak buang medan magnetik dari jam tangan yang dah kena sampuk itu sebenarnya mudah sahaja. Kita boleh buat sendiri kat rumah jika di rumah masih ada TV jenis lama yang ada serombong diode tu. Kat belakang TV tu dilengkapi dengan gelung yang boleh discharge medan magnetik sebab TV akan gelong jika terdapat medan magnetik. Dalam komputer skrin jenis lama juga ada keupayaan itu.

Ambil jam tangan yang kena rasuk medan magnetik tu, letakkan di depan skrin. Tarik perlahan-lahan menjauhi skrin. Dan jam tangan anda akan pulih semula. Tapi saya tahu dah tak ada orang yang simpan samada TV lama atau skrin komputer lama.

Jangan risau, anda boleh beli peralatan yang dinamakan sebagai Watch Degausser. Alat ini murah saja dijual di Lazada. Harganya dalam RM38 sahaja dan berbaloi untuk dibeli dan disimpan jika anda ada jam tangan automatik yang bukan anti-magnetic.

Peralatan elektronik itu menggunakan elektrik. Pasang saja pada plug 3 pin dan tekan butang supaya lampu menyala. Letakkan jam tanga yang dah kena sampuk dek medan magnetik atas alat itu dan lerlahan-lahan angkat ke atas menjauhi alat itu. Buat satu atau dua kali sehingga semua medan magnetik yang dah melekat pada jam tangan anda hilang.

Ini akan menbuatkan jam tangan automatik anda kembali ke asal semula dan akan bergerak normal seperti biasa. Semuanya dah pulih. Senang bukan ?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana nak selesaikan masalah jam tangan automatik kena sampuk medan magnetik

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !