Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 24, 2017

Panduan print dokumen dari komputer kat rumah

  Mohd Shubhi       Monday, April 24, 2017
Ini satu lagi artikel panduan untuk dungu. Panduan bagaimana nak print dokumen dari komputer kat rumah anda.

Sebab apa saya kategorikan sebagai panduan dungu ?

Artikel ini lebih kurang sama dungunya macam panduan dari artikel yang lalu pasal whatsapp. Panduan macam mana nak keluar dari group whatsapp setelah anda dimasukkan ke dalamnya oleh orang lain. Kalau anda mushkil dan nak tahu jawapannya, sila pergi baca artikeltersebut kat sini.

Dungunya artikel ini sebab saya yakin majoriti besar orang ramai kat Malaysia ini tahu macam mana nak print dokumen dari komputer. Malah ini bukanlah satu isu yang berat. Orang putih kata dah jadi isu yang common sense.

Tambah lagi kalau anda pernah kerja makan gaji duduk kat dalam pejabat. Lagilah tak terfikir bahawa ada orang yang tak tahu perkara asas bagaimana nak print dokumen dari komputer.

Kalau anda rasa macam tu, tunggu dulu. Cuba dengan cerita saya kat bawah ini. Dari peristiwa ini lah baru saya sedar betapa common sense yang saya da belum tentu sama dengan common sense yang ada pada orang lain.

Kenapa perlu print dokumen dari komputer

Dunia pendidikan sekarang tak sama maca zaman saya dulu. Sekolah seperti anggap semua rumah dah ada komputer dan kemudahan untuk print dokumen.

Anak-anak saya yang sekolah sering minta nak print dokumen dari internet. Nak buka internet memang senang sekarang. Tak perlu guna komputer. Boleh terus buka dari telefon pintar saja dan masuk internet.

Tapi kalau nak print dokumen dari internet itu dengan hanya guna smart phone agak mencabar sikit. Memang boleh buat dan bukanlah sesuatu yang mustahil. Tapi bukan semua orang boleh buat benda tu.

Print dokumen dari komputer kat pejabat

Oleh sebab saya tak ada komputer dan tak ada kemudahan untuk print dokumen kat rumah, semua urusan print memerint perlu dilakukan di pejabat. Orang rumah akan beri pesanan atau berikan salinan asal dan saya akan buat semua kerja tu samada photostat atau print dokumen kat pejabat.

Itu semua common sense sangkaan saya. Orang rumah tentu tahu apa yang diperlukan untuk membolehkan kita print dokumen dari komputer. Dan dia juga tahu kat rumah kami tak ada kesemua benda itu.

Yang kami ada hanya sebuah komputer buruk IBM yang saya beli dari kawan lama dahulu secara tertipu. Ingatkan barang lain tapi dapat benda lain. Lebih tepat lagi bodoh, dan bukan kena tipu. Silap sendiri sebab tidak semak betul-betul produk dan tak berapa nak faham pasal produk.

Komputer riba besar dan lama itupun dah banyak tersembul dan tercabut button pada keyboardnya. Anak-anak gunakan komputer itu untuk main games. Entah dari mana mereka load masukkan segala games mak nenek kat dalam tu saya tak pasti. Jangan under estimate keupayaan anak-anak anda dalam dunia gadget moden ni.

Bawa balik komputer riba baru ke rumah

Biasanya selang dua tiga tahun saya akan beli komputer riba baru ganti yang lama. Laptop yang lama biasanya akan saya berikan pada staff. Mereka seronok dapat laptop baru yang lama, dan saya juga seronok sebab pakai komputer riba baru yang amat berkuasa dan laju.

Ada komputer riba yang tak berapa lama sangat tersimpan dalam almari pejabat saya. Kononnya nak stand by untuk staff. Tapi memandangkan staff ramai dah saya buang kosong dari pejabat, maka ada lebihan komputer kat dalam pejabat saya tu. Salah satunya adalah laptop kat dalam almari tu.

Satu hari teringat nak bawa balik komputer riba tu dan nak bagi kat anak perempuan saya yang dah masuk sekolah menengah. Dia banyak pakai komputer. Kadang-kadang terpaksa pakai kawan punya dan kadang kala kena pergi cybercafe. Jadi elok saya bawa balik dan bagi kat dia laptop tu.

Print dokumen keluar dari dapur masak

Hari itu saya bawa balik laptop dengan bangganya lalu berikan pada orang rumah. Dia ambil dengan serius dan terus tanya, "boleh terus print ya selepas ini... ?".

Saya pandang dia atas bawah kehairanan. Dalam hati kata itu common sense ! tak kan itupun tak tau ?. Saya terus jawan pendek. " Boleh !, nanti dokumen keluar terus dari dapur masak kat atas table top dapur tu" saya jawab sinis.

Dia marah dengar jawapan saya. Dia memang sungguh tak tahu rupanya bagaimana nak print dokumen dari komputer. Saya baru sedar bahawa bukan semua orang ada common sense. Jadi ni saya nak bagi tahu bagaimana nak print dokumen dari komputer kat rumah.

Cara print dokumen dari komputer kat rumah

Secara ringkasnya anda perlu ada dua mesin yang merupakan perkara penting kalau nak print dokumen kat rumah:

  1. Komputer
  2. Printer
Itu dua perkara asas yang saya tak tahu macam mana nak terangkan lagi kalau masih tak faham. Komputer tu, ertinya komputer lah. Yang berfungsi dengan baik dan ada semua software yang sepatutnya.

Printer pula adalah alat print atau cetak dokumen yang boleh disambungkan pada komputer anda tadi. Dan pastikan juga dalam software komputer anda ada driver printer tersebut yang berupa software yang komputer anda boleh baca dan berikan arahan pada printer tu.

Bila dah ada kedua-dua benda itu barulah anda boleh print segala dokumen mak nenek dari komputer anda kat rumah tu.

Memang tak boleh print dokumen dari dapur. Dapur tu hanya digunakan untuk memasak saja. Dan setakat ada komputer saja, anda masih tak boleh print apa-apa dokumen dari komputer itu.

Selain dari itu sudah tentu anda perlu ada kertas A4, perlu ada ink atau dakwat di dalam printer tersebut. Dan paling penting sekali rumah anda ada letrik. Itupun saya yakin nak kenap beri tahu pada orang yang tak berapa nak ada common sense ni. Bukan perli tapi serius nak bagi tahu dan saya faham anda memang tak tahu.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan print dokumen dari komputer kat rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !