Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, August 1, 2017

Facebook matikan robot AI mereka sebab robot mula reka bahasa mereka sendiri

  Mohd Shubhi       Tuesday, August 1, 2017
Ini cerita menarik pasal robot atau mesin pintar yang dibuat oleh Facebook sebagai kajian. Robot pintar yang punya ciri-ciri AI (Artificial Intelligence) direka untuk membolehkan mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris sesama mereka.

Dalam kajian yang sedang mereka lakukan, dua unit robot diarahkan untuk berbincang mencapai persetujuan pertukaran 3 barang iaitu, topi, bola dan buku antara mereka. Berikut adalah perbualan antara dua robot tersebut yang satu bernama Bob dan satu robot lagi bernama Alice:

Bob: i can i i everything else . . . . . . . . . . . . . . 
Alice: balls have zero to me to me to me to me to me to me to me to me to 
Bob: you i everything else . . . . . . . . . . . . . . 
Alice: balls have a ball to me to me to me to me to me to me to me 
Bob: i i can i i i everything else . . . . . . . . . . . . . . 
Alice: balls have a ball to me to me to me to me to me to me to me  
Bob: i . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
Alice: balls have zero to me to me to me to me to me to me to me to me to 
Bob: you i i i i i everything else . . . . . . . . . . . . . . 
Alice: balls have 0 to me to me to me to me to me to me to me to me to 
Bob: you i i i everything else . . . . . . . . . . . . . . 
Alice: balls have zero to me to me to me to me to me to me to me to me to

Sekali baca, perbualan itu memang menggunakan perkataan Bahasa Inggeris. Tapi ayatnya macam tak masuk akal untuk difahami oleh manusia biasa. Kalau orang biasa bercakap macam itu, mungkin disebabkan ada masalah saraf pecah kat dalam kepala mereka.

Tapi menurut Facebook, perbualan itu walaupun manusia tak berapa nak faham, berjaya mencapai maksud berdasarkan matlamat yang diberikan oleh pengkaji untuk dicapai oleh kedua-dua robot tersebut. Mereka berjaya mencapai matlamat berbincang dan mencapai persetujuan dengan menggunakan bahasa mereka sendiri yang mungkin jauh lebih mudah bagi mereka.

Menurut pakar bahasa, ayat yang digunakan oleh kedua-dua robot itu punya pendekatan mereka yang tersendiri. Ia lebih mudah untuk robot berbincang dan ia mungkin satu bahasa yang jauh lebih praktikal sesama mereka.

Walau macam manapun, Facebook matikan kedua-dua robot itu dan tidak meneruskan kajian sebab ia lari daripada matlamat rekaan robot atau mesin yang mampu berinteraksi secara intelektual dengan manusia.

Robot mula cipta bahasa mereka sendiri

Selain dari Facebook, laporan mengatakan ada beberapa lagi robot yang punya keupayaan AI yang melakukan perkara yang serupa. Google umpamanya melalui pengalaman yang sama di mana robot AI mereka mula berkomunikasi sesama sendiri dengan mencipta bahasa yang hanya mereka sendiri yang faham.

Masalahnya manusia akan ambil masa yang lama untuk faham apa yang diperbualkan oleh para robot walaupun hasil dari perbincangan sesama robot itu berjaya memberikan kepada manusia yang menjaga mereka, apa yang manusia mahukan.

Fenomena itu mencetuskan perbincangan panjang sesama gergasi teknologi tentang kemungkinan robot bakal menjadi satu ancaman terhadap bangsa manusia itu sendiri.

Sekarang mereka hanya cipta bahasa mereka sendiri yang akan diguna pakai sesama mesin. Lepas ini mungkin mereka mula mencipta agenda mereka sendiri pula demi kepentingan para robot. Bila jadi macam itu, secara logiknya, robot akan anggap manusia sebagai satu masalah yang mengganggu para robot buat kerja demi mencapai matlamat yang mereka sendiri cipta.

Macam cerita terminator. Akhirnya robot mula set agenda untuk hapuskan bangsa manusia. Mereka mula ambil alih semua perantian elektronik, ubah suai sendiri, hidupkan sendiri AI untuk semua peralatan dan mula buat penjana kuasa untuk pastikan kesinambungan mereka

Mungkin itu yang Stephen Hawking maksudkan bila dia beri amaran bahaya manusia mula menjelajah dunia AI. Bukan Stephen Hawking saja berikan amaran, Elon Musk juga berikan amaran yang sama. Malah baru-baru ini Elon Musk herdik Mark Zuckerberg bahawa tokeh FB itu punya ilmu yang tidak mendalam terhadap dunia AI.

Dunia berubah dengan amat pantas sekarang

Membaca semua laporan teknologi dunia yang sedang berlaku di negara Barat amat merisaukan. Risau sebab semua perkembangan teknologi yang pantas berkembang itu dikuasai oleh orang Barat yang dianggap sebagai musuh kapiaq oleh orang Islam.

Dan orang Islam nampaknya macam tak ada jalan untuk kejar kemajuan yang direka oleh orang barat. Dalam keadaan umat Islam di seluruh dunia yang semakin lemah dan bertelagah sesama sendiri semakin rancak, agak sukar untuk menghalang apa saja kersakan yang boleh orang jahat lakukan.

Kalau bukan kerosakan yang mereka lakukan, tapi sebaliknya kebaikan kepada manusia, orang Islam masih juga akan rasa ketinggalan dan terasa semakin terpinggir. Rasa terpinggir itu akan membuatkan timbul rasa kecewa dan mula memberontak tak puas hati dan mendorong mereka buat kacau pulak kepada orang yang tak sealiran dengan kefahaman mereka.

Dalam perbualan di FB antara kawan maya yang saya ada, lebih banyak cerita pertelingkahan antara geng yang dilabel sebagai Wahabi bertembung dengan fahaman tradisi umat Islam di negara kita. Jika tak ada perbalahan dengan Wahabi, serangan menuju kepada Syiah pula. Kemudian beralih kepada geng sekular, kemudian geng Liberal. Macam mercun melayang ke sana sini saling tembak menembak.

Mungkin secara kebetulan kawan-kawan yang saya ada lebih cenderung dengan isu sebegitu berbanding isu yang lebih besar terhadap umat Islam keseluruhannya.

Yang peningnya adalah orang yang tak tak ada ilmu mendalam pasal agama seperti saya. Ada kawan pesan jangan nak pening sangat. Ikut saja pendapat para ulama yang muktabar dan tokoh-tokoh agama yang hebat kat negara kita. Pergi belajar, dengar dan taat.

Tapi nampaknya dalam dunia yang serba terbuka sekarang ini, kelihatan semua cerdik pandai agama berjaya pamerkan yang mereka punya pengikut yang ramai. Punyalah banyak pendapat yang boleh dijumpai dalam dunia serba terbuka sekarang ini.

Konsep dengar dan taat tanpa memerah akal yang Tuhan kurniakan bukanlah satu kerja mudah di zaman sekarang ini. Kalau zaman dulu, duduk kat Kubang Semang, 80% daripada maklumat dan ilmu agama datang dari alim ulama tempatan yang semua orang kenal. Pengaruh luar tak terjun masuk untuk mencabar keyakinan ahli khariah sangat. Kefahaman lebih terjaga dan semua orang rasa selesa dengar dan taat saja.

Tapi sekarang tak macam tu... apa nak buat agaknya?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Facebook matikan robot AI mereka sebab robot mula reka bahasa mereka sendiri

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !