Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, August 13, 2017

Trak Toyota Hilux dan Ford Ranger kenderaan paling laris di Australia !

  Mohd Shubhi       Sunday, August 13, 2017

Dalam laporan yang dihantar oleh Google berkenaan Trak Ford Ranger yang saya terima hari ini, ada maklumat berkenaan kejutan terhadap jumlah kenderaan paling banyak terjual di Australia.

Ramai yang terkejut bila melihat jumlah jualan kenderaan paling banyak terjual di Australia dikuasai oleh Trak atau pickup pacuan 4 roda Toyota Hilux dan Ford Ranger. Mengatasi jumlah jualan kenderaan biasa yang lain.

Beberapa tahu sebelum ini, kenderaan yang banyak terjual dikuasai oleh kenderaan kompak yang menjanjikan penjimatan minyak. Sekarang semua itu dah terbalik nampaknya.

Kat Malaysia juga jumlah jualan kenderaan pacuan 4 roda juga meningkat naik. Boleh nampak ketara jumlah kenderaan pacuan 4 roda seperti Toyota Hilix, Ford Ranger. Isuzu D-Max, Chevlolet Colorado, Mitsubishi Triton dan lain-lain lagi.

Kenapa Toyota Hilux dan Ford Ranger jadi pilihan

Bagi pengguna, terutamanya orang lelaki, walau apapun citarasa kenderaan yang anda ada, asasnya sudah tentu kenderaan yang lebih besar itu lebih baik.

Tapi satu ketika dahulu, kenderaan besar datang bersama dengan kos minyak yang juga besar. Bila difikirkan perkara itu, maka kereta atau kenderaan kecil menjadi pilihan.

Tapi sekarang dah tak macam tu lagi.

Teknologi yang ada membuatkan kenderaan besar macam Hilux atau Ford Ranger datang bersama dengan penjimatan kos tenaga.

Bukan saja jimat tenaga, masuk dalam Hilux atau Ford Rager dan duduk samada di kerusi pemandu atau kerusi penumpang kat belakang, anda rasa macam duduk dalam kereta biasa yang selesa lengkap dengan semua keperluan yang anda mahu seperti dalam kereta biasa.

Anda boleh gunakan Toyota Hilux untuk bawa daging lembu pi jual kat pasar sebelah paginya. Letak kat belakang berapa puluh kilopun tak apa. Kemudian sebelah petangnya anda boleh bawa seisi keluarga pergi berjalan ke pusat bandar ronda-ronda jalan-jalan cari makan.

Nak bawa kambing pun boleh kat belakang Hilux atau Ford Ranger tu. Nak pakai untuk urusan cari makan dengan kerja yang berat dan dalam masa yang sama boleh jadi kenderaan keluarga yang selesa.

Toyota Hilux nampak gagah

Baru-baru ini saya bawa keluarga pergi berjalan naik Toyota Hilux yang saya ada. Dah lama tak jalan satu keluarga naik Hilux ni. Bila baru selesai pergi servis kat Toyota Servis centre, mereka siap cuci kereta termasuklah cuci enjin sekali.

Saya buat major servis termasuk sekali dengan servis aircond, tukar brek, tukar bateri dan lain-lain lagi yang perlu untuk jadikan semuanya tip top. Habis dalam RM2,300 !.

Bila dah buat semua tu, bersemangatlah sikit nak pakai. Bila parkir, saya renung sikit dari luar Toyota Hilux tu. Duduk kat depan kereta itu sambil tengok satu persatu rupa bentuk Toyota Hilux yang baru dicuci dan diselanggara mahal tu.

Baru saya perasa rupanya menarik. Nampak besar, cantik dan paling penting kelihatan amat gagah. Macam yang saya kata, lelaki tetap akan suka benda-benda besar. Lagi besar lagi bagus.

Itu belum lagi Ford Ranger. Dari segi rupa bentuk dan kegagahan, memang saya akui Ford Ranger jauh lebih menarik berbanding Toyota Hilux. Tapi bersyukur dengan apa yang ada sebab dah beli Hilux baru terperasan Ford Ranger lebih mengancam. Masa tu tak boleh nak tunggu lama, jadi Hilux menepati keperluan tak payah nak tunggu tu.

Tengok gambar yang saya paparkan kat atas tu. Ford Ranger yang dah dibuat sedikit Tuned Up di Eropah dari segi penampilan dan juga kuasa kat enjin. Menarik bukan ! sebab itu orang muda yang suka aktiviti kembara suka pakai Ford Ranger ni.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Trak Toyota Hilux dan Ford Ranger kenderaan paling laris di Australia !

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !