Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 6, 2017

Ford Ranger edisi semua hitam legam di pamerkan di Frankfurt Motor Show (Bergambar)

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 6, 2017
Ford Ranger nampaknya akan tawarkan kepada para peminatnya satu edisi terhad Ford Ranger semua hitam legam yang nampak hebat dan gagah.

Ford Ranger edisi terhad semua hitam legam ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 25 ribu unit untuk para peminatnya di Eropah. Rasanya mungkin edisi semua hitam ini tidak akan keluar untuk jualan di negara kita Malaysia.

Negara Eropah menjadi pasaran besar terhadap jualan Ford Ranger. Sebanyak 23,100 unit sudah terjual sehingga bulan Julai 2017 tahun ini. Menjadikan Ford Ranger kenderaan paling laris terjual di Eropah.

Ford Ranger semua hitam edisi terhad

Edisi semua hitam yang Ford Ranger tawarkan kali ini memang betul-betul semua hitam. Tak ada benda yang diberikan warna krom lansung. Grill, rim, body dan lain-lain kesemuanya diberikan warna hitam legam.

Cuma edisi double cab sahaja yang akan ditawarkan. Dilengkapi dengan kerusi dari kulit asli yang sudah tentu juga berwarna hitam. Kedua-dua variasi iaitu 2.2 liter dan juga 3.2 liter ada ditawarkan untuk peminat Ford Ranger.

Hias sendiri semua hitam jika berminat

Bagi yang memang dah ada sebuah Ford Ranger, terutamanya yang berwarna hitam bolehlah cuba ambil inspirasi edisi terhad ini untuk membuat perubahan pada ford ranger mereka.

Saya kongsikan gambar yang diambil kat internet dari portal kenderaan di luar negara untuk tatapan para peminat Ford Ranger Edisi Hitam Legam Terhad ini.

Ford Ranger memang sebuah kenderaan yang baik dalam semua segi jika dibandingkan dengan kenderaan sejenisnya yang lain. Ini berdasarkan review yang saya baca dari para pemerhati kenderaan pick-up.

Bawa sedap, stabil dan gagah seperti memandu kenderaan sedan biasa. Boleh digunakan untuk dua tujuan samada bawa lembu mahupun bawa keluarga berjalan-jalan.

Cuma masalahnya yang tak berapa seronok sikit adalah dari segi after sales servis yang lebih mahal berbanding Toyota Hilux umpamanya. Jadi jika kos servis mahu dijadikan pertimbangan utama, sudah tentu Hilux lebih baik untuk dipakai.

Tetapi kalau tak ada masalah untuk belanja lebih bagi aktiviti selanggara, dan keselesaan manjadi keutamaan, maka Ford Ranger sudah tentu jadi pilihan utama.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ford Ranger edisi semua hitam legam di pamerkan di Frankfurt Motor Show (Bergambar)

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !