Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 7, 2017

Pameran koleksi jam tangan Tag Heuer di 10 buah negara serentak bulan ini

  Mohd Shubhi       Thursday, September 7, 2017
Bagi para peminat jam tangan Tag Heuer jangan lepaskan peluang untuk ikuti pameran koleksi jam tangan buatan Swiss, jenama Tag Heuer ini. Ia akan diadakan serentak di 10 buah negara pada bulan september ini.

Pameran koleksi jam tangan Tag Heuer itu akan bermula pada 16 September 2017 ini dan akan berlansung selama 2 minggu. Program tersebut di berikan nama 'Heuer Globetrotter'.


400 koleksi antik Tag Heuer

Sebanyak tidak kurang dari 400 jam tangan antik akan dipamerkan ketika pameran itu nanti. Kesemua koleksi itu diambil dari simpanan Tag Heuer sendiri yang selama ini dijaga kemas dan rapi di dalam muzium mereka.

Muzium Tag Heuer terletak di La Chaux-de-Fonds, sebuah bandar di Swiss yang memang terkenal dengan tempat buah jam tangan hebat dan berkualiti di dunia. Di bandar jam tangan itu jugalah syarikat Tag Heuer berpusat.

Selain daripada lebih 400 buah jam tangan koleksi antik yang diambil dari muzium Tag Heuer, koleksi dari orang perseorangan juga akan di pamerkan.

Individu yang meminati jam tangan dan punyai koleksi jam tangan jenama Tag Heuer akan dijemput untuk turut sama mempamerkan koleksi dalam simpanan mereka.

Para peminat jam tangan terutamanya yang minat buat koleksi Tag Heuer boleh saksikan bagaimana sejarah jam tangan mewah terkenal itu berevolusi.

Anda juga boleh tengok berbagai jenis koleksi jam Tag Heuer dari jam poket, jam atas meja sampailah jam tangan Heuer Monaco, yang dipakai oleh Steve McQueen dalam filem Le Mans.

Tema pameran Tag Heuer unik setiap negara

Apa yang menarik dalam pameran koleksi Tag Heuer ini adalah ia punya tema yang unik untuk setiap negara yang di adakan. Ada sebanyak 10 tempat di mana pemeran diadakan dan temanya ada seperti berikut:

  1. Paris – the classic Heuers
  2. Geneva – the major inventions
  3. Munich – the military watches
  4. Venice – cars and timekeeping
  5. Dubai – sailing and diving
  6. Hong Kong – cars and drivers
  7. Sydney – multisports
  8. Tokyo – design through history
  9. Miami – design
  10. Singapore – Formula 1
Boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan pameran koleksi itu dengan baca kat sini.
Apa yang tak berapa best adalah Malaysia tidak masuk dalam senarai di mana pameran akan diadakan. Mungkin negara kita bukanlah satu pasaran yang penting sangat untuk Tag Heuer ini.

Tempat pemeran paling dekat dengan negara kita adalah di Singapura. Kalau ada masa dan ada kelapangan, boleh drive ke sana atau naik saja kapal terbang. Bagi orang Johor lebih mudah sebab dekat saja dengan Singapura.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pameran koleksi jam tangan Tag Heuer di 10 buah negara serentak bulan ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !