Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 16, 2017

12 kepercayaan karut di seluruh dunia yang menarik untuk diketahui

  Mohd Shubhi       Monday, October 16, 2017
Semua negara, samada maju atau tidak maju tentu ada kepercayaan karut masing-masing. Negara kita Malaysia juga tidak ketinggalan dengan sumber kepercayan karut yang menarik diperturunkan dari zaman berzaman.

Kenapa kita panggil sesuatu itu adalah kepercayan karut?

Mungkin sebab ianya memang karut atas dasar tidak dapat diterangkan kebenarannya secara sintifik. Atau mungkin ianya karut sebab perkara yang dipercayai itu tak betul dan tak berlaku, tapi masih tetap dipercayai orang.

Contoh kepercayaan karut yang orang tua-tua pesan masa kecil dahulu adalah seperti keluar rumah terserempak dengan biawak. Itu tandanya akan ada kecelakaan menanti di hadapan. Bagi orang yang percaya, mereka akan patah balik ke rumah tak jadi teruskan urusannya hari itu. Nampak memang celaka benar biawak itu, atau kepercayaan itu yang sebetulnya celaka.

Kepercayaan karut dah mula pudar


Zaman sekarang di kalangan anak-anak muda tentu dah tak berapa percaya dengan perkara karut marut macam saya kat kampung dahulu. Malah budak zaman sekarag mungkin tak pernah dengarpun pesan orang tua terhadap kepercayaan karut.

Orang tua zaman sebelum merdeka mungkin pelopor terakhir yang menurunkan kepercayaan karut yang orang tua mereka dahulu turunkan. Kemudiannya orang kampung mula berhijrah ke bandar cari makan, sibuk cari duit dan akhirnya hilang terus semua kepercayaan karut yang ada.

1. Pakai baju terbalik di Russia


Orang Russia percaya mereka yang terpakai baju terbalik akan ditimpa kemalangan. Anda akan kena pukul. Jadi kalau berlaku secara tak sengaja terpakai baju secara terbalik, anda perlu ubah semula pakaian tersebut dan suruh kawan tampar sikit sebagai isyarat yang anda dah kena pukul.

Kat Malaysia juga ada kepercayaan karut bila terpakai baju terbalik ni. Saya tak ingat apa akan jadi bila pakai baju terbalik. Kalau tak silap orang itu akan dapat rezki murah. Tapi ada mitos yang percaya akan berlaku perkara malang.

Kat Indonesia pulak, pakai seluar dalam terbalik, mampu membuatkan sihir atau guna-guna yang mahu dikenakan pada anda tawar dan tak menjadi.

2. Campur air beer di Republik Czech


Orang Malaysia tak minum beer terutamanya orang Melayu. Tak ada kepercayaan karut berkenaan beer di negara kita rasanya. Kalau ada pun tentu sudah dipadamkan dan ditentang oleh ahli politik.

Tapi kalau ke luar negara, ramai juga orang Melaysia malah orang Melayu yang akan minum beer. Mungkin mereka rasa minum beer kat luar negara ok. Walau apapun anda perlu tahu kepercayaan orang Republik Czech ini pasal arak.

Jangan campur arak, sebab ia bakal mengundang malang. Kalau ada cawan yang dah ada baki beer jenis lain kat dalam tu, tak boleh gunakan cawan yang sama untuk tuang beer lain pulak. Itulah kepercayaan karut negara nombor satu dunia peminum beer paling tinggi di seluruh dunia.

3. 13hb hari selasa di Greece


Kalau di Amerika, mereka percaya hari Jumaat 13 haribulan itu hari yang tak baik. Tapi berlainan pulak jika di Greece. Hari selasa 13 haribulan pulak yang tak baik bagi orang di sana.

Bukan sengaja rasanya orang Greek tak berapa suka dengan hari selasa. Pada hari selasa 13 April, 1204, Constantinople jatuh sepenuhnya di tangan orang Kristian. Pada hari selasa jugak, 29 haribulan May 1453, Constantinople jatuh pulak ke tangan Empayar Othmaniah.

Ada yang percaya benar dengan keburukan hari selasa di sana sampai kalau hari selasa, mereka tidak akan bercukur!

4. Kahwin hari Selasa di Amerika Latin


Di negara Amerika Latin, hari selasa juga di anggap hari yang tak bagus. Kalau di Amerika ada cerita hari Jumaat 13 haribulan, di Amerika Latin mereka buat versi Selasa, 13 haribulan.

Mereka juga elakkan diri dari berkahwin pada hari selasa. Lebih baik pergi pergi ke tempat lain, berjalan mengembara atau apa saja, tapi jangan kahwin hari itu. Sebabnya, bagi mereka ia boleh membawa malang.

5. Goyang kaki di Korea Selatan


Kalau anda goyang atau orang utara panggil gedik kaki ketika duduk, maka segala harta kekayaan dan nasib baik anda akan gugur bertaburan. Itulah kepercayaan karut orang Korea Selatan. Jadi jangan duduk dan gedik kaki kalau pergi sana.

Orang Melayu juga ada kepercayaan tersendiri dalam bab goyang kaki ni ketika makan. Sebab apa tak boleh saya tak pasti. Tapi mak selalu marah dan arang anak-anaknya gedik kaki sambil duduk.

6. Kalih ikan goreng di China


Ada sesetengah tempat di kawasan nelayan di negara China yang melarang orang kalih atau terbalikkan ikan yang sudah digoreng. Jadi kalau anda makan ikan goreng dan dah habiskan sebelah atas ikan tersebut, jangan kalih ikan itu untuk terbalikkannya.

Cara mudah adalah dengan mengangkat dan mematahkan saja tulang belakang ikan tersebut untuk mengambil isi yang ada di sebelah satu lagi ikan goreng itu.

7. Nyala rokok guna lilin di Eropah


Ada sesetengah negara Eropah yang melarang orang menyalakan api rokok dengan menggunakan api lilin. Kalau buat macam itu, seorang pelaut akan mati. Itulah kepercayaan karut mereka.

Ada yang kata larangan itu dibuat sebab masa dulu, pelaut buat jual mancis sebagai satu daripada punca tambahan pendapatan mereka. Jadi kalau semua pakat cucuh rokok dengan lilin, mancis tak akan digunakan sangat.

8. Makan daging kambing di Rwanda


Orang perempuan di Rwanda dilarang daripada makan daging kambing. Sebabnya mereka percaya kalau perempuan makan juga daging kambing, dia akan tumbuh janggut!

9. Letak roti terbalik di Itali


Di Itali anda dilarang dari meletakkan roti secara terbalik atau terlingkup. Samada dalam bakul, atas meja atau kat mana saja. Kenapa? tak tahu sebab utamanya. Tapi ada pendapat yang kata roti melambangkan badan Christ, jadi kena hormat.. entahlah !

10. Letak kunci atas meja Di Sweden


Kalau anda pergi ke Sweden, jangan letakkan kunci anda atas meja sebab ia mengundang malang. Begitulah orang Sweden percaya. Kenapa?

Zaman dulu, pelacur akan buat begitu untuk menarik pelanggannya. Mereka akan letakkan kunci bilik mereka atas meja untuk tarik pelanggan ambil kunci tersebut sebagai isyarat jadi. Amalan itu terus tidak digalakkan takut timbil salah faham.

11. Bagi duit dengan tangan di Tajikistan


Kalau anda di Tajikistan, kalau nak bagi duit pada orang, kena letakkan atas meja kemudian biarkan orang itu ambil sendiri dari atas meja tersebut. Mereka percaya tak baik pass terus dari tangan ketangan kerana akan mengundang malang. Begitu juga kalau nak bagi kunci, jarum atau gunting.

12. Keluar dan patah balik rumah di Asia Tengah


Kalau anda dah keluar dari rumah nak ke mana-mana, jangan nak patah balik ke rumah subab teringat ada barang yang tertinggal. Itu akan mengundang malang. Begitulah orang Asia Tengah dan juga Timur Eropah percaya.

Orang Melayu juga larang buat macam tu. Kalau dah keluar jangan patah balik untuk ambil barang yang tertinggal. Sebab utamanya tak diketahui.

Kalau terpaksa juga patah balik ambil barang. Bila nak keluar nanti, tengok cermin dahulu dan berikan senyuman. Lepas itu baru boleh keluar balik semula.

Demikian 12 kepercayan karu di rata-rata dunia yang dapat disenaraikan untuk kali ini. Lepas ini akan saya sambung lagi 13 kepercayaan karut yang tak kurang juga menariknya di negara-negara lain pulak.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 12 kepercayaan karut di seluruh dunia yang menarik untuk diketahui

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !