Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, November 17, 2017

3 Jenama kereta terpakai paling boleh dipercayai dan kurang masuk workshop

  Mohd Shubhi       Friday, November 17, 2017


Apa agaknya jenama kereta terpakai yang paling boleh dipercayai kalau anda nak dapatkan sebuah kereta terpakai kat negara kita Malaysia?

Kalau anda nak beli kereta selain dari buatan Malaysia, yang paling boleh dipercayai, sila pilih jenama kenderaan berikut:
  1. Honda
  2. Suzuki
  3. Toyota
Dan jangan beli kenderaan berikut sebab ianya antara yang paling tak boleh dipercayai:
  1. Bentley
  2. Porsche
  3. Jeep
  4. Audi
  5. Mercedes-Benz
  6. SsangYong
  7. Jaguar
  8. MG
  9. BMW
  10. Land Rover
Dengan menyebut 'yang paling boleh dipercayai' sudah tentu membawa maksud jenama kereta yang paling kurang masuk workshop sebab nak kena repair.

Tapi kalau masuk workshop sebab nak tukar minyak enjin untuk aktiviti selenggara biasa tak kiralah. Kita tak mahu jenapa kereta yang asyik keluar masuk workshop atas berbagai masalah kerosakan samada elektronik atau mekanik.

Berjimat beli jenama paling dipercayai

Dalam keadaan ekonomi yang membuatkan hampir semua rang takut berbelanja ini, perlu berhati-hati dengan setiap pembelian dan perbelanjaan. Duit kurang nilai dan setiap pembelian perlu benar-benar memberikan apa yang kita mahu.

Kalau tersilap beli jenama kereta yang lembik dan asyik rosak saja, jenama kenderaan itu sudah tentu langsung tak boleh dipercayai dari segi penjimatan duit. Dah lah duit tak berapa nak banyak, nilai duit susut pulak.

Kalau asyik kena epair dan kos untuk repair pulak amat mahal, alamat semakin tertekanlah kehidupan. Hidup tertekan, boleh bagi kesan pada kesihatan dan akhirnya kena serangan jantung. Bahaya tu!!!.

Jenama kenderaan paling kurang masuk workshop

Data berkenaan jenama kenderaan paling boleh dipercayai yang saya ada hanyalah data dari UK. Bukan data dari negara kita sendiri Malaysia. Saya cuba google cara maklumat statistik berkenaan kenderaan paling kurang masuk workshop kat Malaysia, tapi tak jumpalah pulak.

Jadi terpaksa pakai data UK.

Data tersebut tidak ada jenama kenderaan keluaran negara kita sendiri, iaitu Proton dan Perodua. Jadi tak pasti kat mana kedudukan kedua-dua jenama kenderaan buatan Malaysia tersebut.

Untuk Proton saya agak pasti tentu akan masuk dalam senarai antara yang paling kerap masuk workshop. Tapi tak dapat nak pastikan untuk prestasi Perodua. Setakat ini tak ada dengar banyak sangat masalah tentag Perodua.

Berikut adalah 10 Jenama terbaik kenderaan yang paling kurang memberikan masalah kepada orang yang membelinya.
  1. Honda
  2. Suzuki
  3. Toyota
  4. Chevrolet
  5. Mazda
  6. Ford
  7. Lexus
  8. Skoda
  9. Hyundai
  10. Nissan

Model kereta paling boleh dipercayai

Kalau jenama yang paling boleh dipercayai dan paling kurang masuk workshop adalah Honda, dari segi model pulak ianya agak berbeza.


Kalau anda memang dah ada angan-angan nak beli kereta second hand, dan tak tahu nak cari model kereta apa, anda boleh pertimbangkan 5model terbaik ini. Model ini amat boleh dipercayai dan paling sedikit mendatangkan masalah kepada pemiliknya
  1. Toyota iQ - Gambar atas
  2. Mitsubishi Lancer - Gambar bawah
  3. Vauxhall Agila
  4. Hyundai i10
  5. Hyundai Getz
  6. Mercedes-Benz CLC
  7. Nissan Almera Tino
  8. Honda Jazz
  9. Citroen C1
  10. Mazda MX-5

Model kereta paling tak boleh percaya

Untuk model kereta yang memang tak boleh dipercayai pula ada disenaraikan kat bawah ini. Bukan tak boleh percaya sebab segi keselamatan atau ta sedap bawa. Tapi lebih kepada faktor kewangan dan menyusahkan bila kemungkinan masuk bengkel adalah tinggi.


Jadi kalau duit tak berapa nak jenuh, jangan cari pasal untuk beli kereta model seperti berikut kat bawah ini,
  1. BMW M5
  2. Aston Martin
  3. Nissan GT-R
  4. Maserati Granturismo
  5. Mercedes-Benz GL
  6. Bentley Continental GT
  7. Mercedes-Benz R-Class
  8. Citroen C6
  9. BMW M3
  10. Audi Q7
Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila pi tengok kat sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 Jenama kereta terpakai paling boleh dipercayai dan kurang masuk workshop

Previous
« Prev Post

13 comments:

  1. Nissan terbaek stakat hari ni..susah nak stop kecuali tekan brek n takde minyak..marvelous!

    ReplyDelete
  2. kesemua faktor dari segi brand, model kereta, dari yg terbaik hingga yg paling bermasalah, saya tgk Volkswagen tidak tersenarai. bagaimana pandangan mengenai brand dan model untuk VW ?

    ReplyDelete
  3. vauxhall tu agak2 laa hahaha

    ReplyDelete
  4. Mercedes msuk bngkel sbb bnjir aq tgok skli repair kt rm80k ahaha

    ReplyDelete
  5. Mazda5 ok x? Saya cari mpv utk family.

    ReplyDelete
  6. Toyota vios first model tu ok x... 2005 tu still ok x.

    ReplyDelete
  7. Peogeut mcm mne ye tuan?ada sesiapa yg blh bg komen?

    ReplyDelete
  8. Mercedez s class 1995 tu problem tak? Sbb dia elektronik dan sparepart dia mahal ke?

    ReplyDelete
  9. Sy pakai volvo 940 turbo...maintain servis ikut jadual tak ada masalah langsung...semua kereta pun sm juga kalau mekanikal..kalau elektronik memang manja nk jaga.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !