Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 7, 2017

Baca komen pengerusi Surau Taman Free School yang bantu mangsa banjir Pulau Pinang

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 7, 2017


Menarik untuk kita baca apa pula komen dari Tuan Pengerusi Surau Taman Free School yang jadi viral baru baru ini bila Bilalnya buat kerja baik selamatkan mangsa banjir tak kira apa saja bangsa.

Sebelum ini kita hanya baca laporan tentang kata Bilal surau (gambar di atas) itu saja yang tetap pertahankan apa yang dia buat. Memang majoriti orang Malaysia puji tindakan bilal tersebut dan patut dijadikan contoh oleh semua orang.

Sekarang baca pula kenyataan dari Pengerusinyanya sendiri kat bawah ini.

Komen Pengerusi Surau Taman Free School

"Bismillahhirrahmannirrahim dengan izin Allah, barulah dapat saya menulis di sini setelah sibuk dengan menghadapi bencana semasa dan selepas banjir.

Saya amat berbangga mempunyai ahli-ahli jawatankuasa dan penduduk taman free school yang sama-sama memberi bantuan di masa yang amat genting.

Dan apa yang di lakukan oleh bilal kami dan juga beberapa anak kariah yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di waktu yang sangat genting di antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.

Bergelut dengan air yang deras dgn menggunakan bot tanpa enjin yang dipunyai oleh salah seorang penduduk di situ.

Kalau lah di waktu itu ada orang ambil gambar barulah orang-orang yang memberi komen-komen negatif akan paham keadaan sebenar kenapa orang-orang yang di selamatkan di tempatkan di surau dan ada yang terpaksa membuka baju di sebabkan kesejukan melampau.

Di surau sendiri di tingkat bawah habis rosak permaidani yang baru dipasang dan alat siarraya.

Pakaian yang ada disurau pun hanyalah telekung, kain pelikat, kain ihram.

Jadi dalam bergelut dgn keadaan air yang deras kami lakukan apa yang terdaya dengan niat manusia itu semua sama ciptaan allah swt. Mana tahu allah akan bagi hidayah pada orang-orang yang di bantu.

Bukan setakat manusia tapi anjing pun kami selamatkan dan di biarkan di perkarangan surau sehingga air surut kerana anjing pun ciptaan Allah SWT.

Malah di waktu pagi semasa tiada bantuan yang datang kami gunakan wang poket sendiri untuk membeli makanan untuk mangsa banjir dan orang-orang yang membantu.

Terimakasih juga kepada semua pihak-pihak dan jabatan yang datang memberi bantuan seperti JPAM, Jabatan kebajikan masyarakat yang datang memantau dan memberi bantuan makanan sehingga kelmarin, Tentera Di Raja Malaysia yang sehingga hari ini memberi bantuan pembersihan dan juga memberi bantuan peralatan dan makanan kepada penduduk yang terjejas.

Terima kasih juga kepada Dato Seri Hishamudin dan juga YB Jagdeep di atas kehadiran ke tempat kami.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan ke surau kami bolehlah memasukkan terus ke akaun surau di:

Bank Rakyat Akaun no 220721196797 - Madrasah Al-Diniah Surau Taman Free School

Sumbangan di perlukan untuk mengganti permaidani dan perlatan yang rosak.

Saya akhiri coretan saya dengan harapan kita buktikan pada dunia yang rakyat malaysia masih boleh bersatu ketika saat di perlukan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Anjing-pun kami bantu

Menarik apa yang diungkapkan oleh pengerusi surau kat atas itu. Bukan saja manusia tak kira apa agama dan bangsanya, malah binatangpun mereka bantu sekali.

Dan bukan sekadar binatang!, tapi binatang bernama anjing yang menjadi fobia umat Islam di Malaysia atas dasar hukum yang diguna pakai dalam Mazhab Shafiee.

Itu kenyataan berani Pengerusi surau. Entah apa pulak agaknya komen dari mereka yang punya pandangan sebaliknya selepas ini. Terutamanya dalam bab anjing pun mereka bantu!.

Komen tuan pengerusi surau saya petik dari postting FB kat bawah ini,



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Baca komen pengerusi Surau Taman Free School yang bantu mangsa banjir Pulau Pinang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !