Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 24, 2018

Apa berlaku bila pepijat ditemui merayap di kerusi kapal terbang yang penuh dengan penumpang

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 24, 2018



Bukan saja di dalam bas persiaran ada pepijat. Sebagaimana yang pernah dilaporkan di negara kita tahun lepas. Malah dalam kapal terbang pun sekarang, anda dah boleh dihisap darah oleh pepijat.

Pepijat sebenarnya dah jadi satu masalah besar di seluruh dunia. Di negara kita memang semua orang yang berpengalaman kena hisap darah oleh pepijat ini dah tahu memang ada pepijat.

Kalau nak rasa bagaimana kulit anda berbintil merah bekas gigitan pepijat mudah saja. Pergi sewa bilik hotel murahan yang ada banyak kat negara kita di kawasan yang padat pelancong.

Salah satu cara mudah untuk pepijat berjalan ke serata dunia sekarang adalah dengan menumpang sistem pengangkutan yang ada di seluruh dunia moden ini. Begitulah hebatnya pepijat mengembara dengan percuma sambil cari makan dengan hisap darah orang.

Khidmat Hapuskan Pepijat: Hubungi Puan Siti dari syarikat Pest Control Easelife Services Sdn Bhd untuk dapatkan rawatan Haba yang berkesan dan selamat di rumah anda. Telefon 012-2067357 untuk penerangan lanjut.

Pepijat ditemui dalam kapal terbang 

Baru-baru ini syarikat penerbangan antarabangsa, British Airways terpaksa tukar kapal terbang untuk mengangkut para penumpang mereka yang mahu pergi ke Ghana. Gara-gara pepijat ditemui sedang merayap pada kerusi penumpang membuatkan kapal terbang tersebut terpaksa ditukar kepada kapal terbang lain.

Mereka terpaksa kuarantin kapal terbang yang ada pepijat tersebut untuk dilakukan rawatan rapi bagi menghapuskan pepijat daripada kapal terbang tersebut. Para penumpang terpaksa tunggu selama 4 jam sebelum digantikan dengan yang lain untuk teruskan perjalanan mereka ke Ghana.

Itulah kehebatan serangan binatang kecil penghisap darah. Kapal terbang terpaksa ditahan daripada terus digunakan hanya disebabkan pepijat ada di dalam kapal terbang tersebut. Hebat juga syarikat itu. Demi keselesaan para penumpangnya mereka tidak bertolak ansur dengan kehadiran pepijat.

Kalau nak fikir logik, pepijat tak akan ganggu penerbangan kapal terbang seperti biasa. Pepijat tak boleh rosakkan sebarang peralatan di dalam kapal terbang itu. Tapi sudah tentu pepijat boleh merosakkan reputasi syarikat besar seperti British Airways. Sebab itu mereka bertindak pantas.

Pepijat dalam kapal terbang makin kerap

Apa yang berlaku itu bukanlah kali pertama. Tahun lalu seorang penumpang Canada juga mengalami kesan gigitan yang banyak gara-gara pepijat ketika menaiki penerbangan dari British Columbia ke Britain.

Syarikat Beitish Airways terpaksa memohon maaf pada penumpang Canada bersama anaknya itu yang teruk kena gigit pepijat. Mereka juga up-grade penerbangan keluarga itu dalam penerbangan balik mereka selepas itu.

Hujung bulan December tahun lepas juga berlaku laporan yang sama. Seorang lelaki kena gigit pepijat teruk ketika menaiki penerbangan British Airways. Yang paling best, dia bukan ambil tiket ekonomi. Malah tiket Business yang lebih mahal.

Jangan ingat kalau anda duduk kat tempat duduk business class tak ada kemungkinan untuk kena gigit pepijat. Teraniaya nampaknya penumpang tersebut. Tentu dia sedang tidur lena ketika pepijat bermaharaja lela buat kenduri hisap darah pada badannya.

Apa berlaku jika pepijat ditemui merayap dalam kapal terbang yang penuh dengan penumpang?

Sudah tentu akan ada orang yang mengalami mimpi ngeri badan berbintil kena gigit pepijat. Orang akan ambil gambar dari telefon pintarnya dan viralkan di media sosial. Syarikat penerbangan tentu akan naik biru dan terpaksa buat control damage!

Pepijat ada dalam rumah

Kalau pepijat ada kat kapal terbang, dan anda berkemungkinan pernah naik kapal terbang yang ada pepijat. maka ada risiko pepijat masuk ke dalam beg cabin anda kat atas kepala tu. Dia selit masuk ke celah beg anda untuk dibawa pulang ke rumah anda bila sampai balik ke Malaysia.

Itu adalah salah satu cara pepijat boleh muncul kat dalam rumah anda.

Ata mungkin juga anak anda tinggal kat asrama yang katilnya ada pepijat. Ini juga satu kemungkinan untuk pepijat di bawa balik ke rumah anda. Atau mungkin anda pernah tidur kat mana-mana hotel yang memang ada pepijat.

Jika anda perlukan rawatan pepijat yang berkesan, pastikan memilih syarikat yang ada tawarkan rawatan teknik rawatan haba yang berkesan. Boleh guna bahan kimia, tapi ia tak mampu untuk membunuh telur pepijat. Dengan rawatan haba saja telur pepijat mampu dibunuh dan dihapuskan sekali gus.

Hubungi Puan Siti dari syarikat Pest Control Easelife Services Sdn Bhd untuk dapatkan rawatan Haba yang berkesan dan selamat di rumah anda. Telefon 012-2067357 untuk penerangan lanjut.
Sumber berita dari sini

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa berlaku bila pepijat ditemui merayap di kerusi kapal terbang yang penuh dengan penumpang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !