Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 3, 2018

Agaknya aku ni masuk kategori jenis pengundi atas pagar atau macam mana?

  Mohd Shubhi       Saturday, February 3, 2018



Hampir setiap hari aku tengok dan dengar orang dok sibuk bincang pasal PRU14 yang dah tak lama nak mai dah. Baru tadi, masa dok minum teh tarik kat kedai mamak dengan kawan, dia bagi tau PRU14 bakal berlaku bulan 5 nanti.

Sebelum ni hangat orang ramal yang PRU14 akan berlaku pada bulan 3. Tapi nampaknya macam tak akan jadi sebab sekarang dah masuk bulan 2, habukpun tarak!. Jadi orang andaikan yang parlimen akan bubar bulan 3 dan hari mengundi PRU14  dalam bulan May 2018.

Tak palah. Lantak kaulah PM nak buat bila pun sebab memang selama ni tak ada sorangpun rakyat Malaysia yang boleh tentukan bila nak mengundi melainkan PM. Kononnya demokrasi di mana rakyat menentukan halatuju negara.

Tapi bila nak pi pangkah untuk tentukan siapa pemimpin mereka, rakyat sendiri terpinga-pinga main teka teki dan tak mampu nak buat apa-apa. Mungkin demokrasi yang kononnya rakyat itu raja hanyalah mainan perkataan saja. Yang pastinya, demokrasi adalah sistem tersusun untuk naikkan orang yang akan tentukan duit rakyat akan dihabiskan macam mana.

Pengundi atas pagar adalah mojoriti besar

Kalau boleh kita bahagikan jenis rakyat yang ada kat negara kita berdasarkan kecenderungan mengundi, mungkin boleh kita pisahkan berfasarkan 3 kategori macam ni;

  1. Pengundi yang sokong parti
  2. Pengundi atas pagar
  3. Rakyat tak mengundi
Tapi ada tambahan menarik sedang sibuk orang dok bincang sekarang ni. Baik di sebelah pihak kerajaan baik di sebelah pihak lawan kerajaan. Ada kumpulan yang memang nak pergi mengundi, tapi depa sengaja mahu rosakkan kertas undi.

Golongan ni timbul antara sebab utamanya adalah atas alasan mereka tak sokong parti manapun. Baik kerajaan, baik lawan kerajaan, kedua-duanya depa tak sokong. Malah mereka meluat semua parti dan mereka meluat keadaan politik negara kita.

Depa bukan geng atas pagar.

Besar tapi tidak tersusun

Geng atas pagar, yang tak ada parti, tak aktif politik, tapi tak pernah miss pi mengundi. Apa yang mereka pangkah, itu rahsia mereka sendiri sebab tak boleh nak agak. Mereka bukan ahli mana-mana parti politik dan tak nampak sibuk pasal politikpun.

Kumpulan ni jumlahnya memang yang paling besar sekali. Gabung kesemua ahli mana-mana parti politik yang ada kat negara kita, masih tak boleh nak lawan jumlah mereka. Kalau depa ni boleh buat kerjasama sesama mereka dan lantik ketua masuk bertanding untuk depa pilih, geng ni tentu boleh menang besar.

Tapi itulah masalah paling besar ada pada mana-mana kumpulan yang paling besar jumlahnya. Semakin besar jumlah mereka semakin sukar untuk disatukan dan makin sukar untuk disusun selia. Jadi logik bahawa kumpulan besar mampu kalahkan kumpulan kecil memang tak boleh pakai.

Dalam sejarah dunia, berulang kali kita tengok kumpulan yang kecil menguasai kumpulan besar. Sekarang juga macam itu. Jumlah kumpulan manusia elite di atas muka bumi ni adalah amat sedikit berbanding kumpulan marhaen di seluruh dunia. Tapi tetap yang berkuasa yong sana yong sini semua marhaen, macam itik peliharaan adalah kumpulan elite yang teramat kecil jumlahnya itu.

Lebih tersusun lebih berkuasa

Apa yang boleh kita ambil iktibar dari fenomena yang saya terangkan kat atas itu adalah betapa pentingnya keupayaan menyusun dan berorganisasi dalam menentukan kuasa dan kemenangan.

Jumlah ahli ternyata tidak memainkan peranan yang besar untuk berkuasa.

Kumpulan elite amat sedikit. Mereka jadi elite mungkin atas faktor politik kekuasaan, mungkin atas faktor harta kekayaan, mungkin atas faktor keturunan. Dan jumlah sedikit itu memberikan segala kelebihan pada mereka untuk menyusun segala pergerakan.

Depa sendiri boleh lihat betapa marhaen yang hanya kuat bertempek, merungut, mengugut, buat semua kerja untuk kumpulan elite, amat mudah untuk diperkotak katikkan. Yang pentingnya jangan biarkan mereka menyusun pergerakan yang baik. Itu benda mudah sebab memang terlalu sukar nak susun pergerakan bila jumlah ahli terlalu ramai. Kot mana-pun elite akan menang juga.

Aku kumpulan mana

Punyalah panjang mukadimah aku. Nak cerita bab aku masuk kumpulan macam mana saja. Tapi jadi panjang pulak dok hurai pasal masalah kemasyarakatan kat atas tu.

Sebelum ini aku memang jelas duduk kat mana. Aku joint parti politik walaupun memang tak aktif, hanya ahli biasa saja. Tapi tetap dikira bukan atas pagar la. Lagipun majoriti kawan-kawan kumpulan parti yang sama juga, satu kapal.

Terus terang, aku katakan yang aku masuk ahli Pas. Jadi aku dikira rakyat Maaysia yang punya pegangan politik yang jelas. Politik Parti Pas, yang fokuskan pada tema Islam untuk perjuangan parti mereka.

Mereka mahu Islam naik melalui perjuangan politik. Itulah yang aku faham selama ini.

Tapi sekarang dah tak macam itu. Aku masih lagi ahli Pas, tapi setakat ini, itulah parti yang tak akan aku pangkah bila masuk hari mengundi nanti. Aku tak akan pangkah Pas sebab tak yakin yang Pas boleh diharapkan.

Pemikiran depa bercelaru sangat bagi aku. Itu apa yang aku rasa dan tak semestinya betul. Tapi segala tindak tanduk depa dari Presideng sampai ke askar cyber depa, semuanya tidak dapat masuk ke dalam kotak pemikiran aku sedikitpun.

Apakah aku akan rugi?

Terus terang, sejak aku benci Pas, hidup aku macam tu jugak. Malah lebih tenang dan aman. Tak payah nak pi dengar ceramah, tak payah nak masukkan duit dalam kopiah depa, tak payah nak beli minyak wangi kat gerai jualan depa dan tak payah nak ambil pot pasal fatwa depa.

Kalau ada ustaz yang akan kecam aku masuk neraka sebab tak sokong Pas, aku tak ambil pot lansung. Ikut suka dia nak fatwa kat aku macam manapun sebab dia sendiri tak tau nasibnya macam mana lepas mati nanti. Biaq pi kat dialah, kesian.

Apakah aku nak rosakkan undi?

Berbalik pada kumpulan baru kat atas tadi. Geng suruh pergi keluar undi, beratur ambil kertas undi. Dan buat supaya kertas undi rosak. Nak bagi rosak senang saja. Hangpa pangkah semua kotak yang ada, haha, terus dikira rosak!

Geng seru untuk buat undi rosak kata, tak perlu percaya pada sesiapa lagi. Tunjukkan yang kita benci orang politik dengan rosakkan undi. Kerajaan juga dah lama mohong dan kencingkan rakyat. Kalau PH naik-pun, orang yang dulu paling lama kencing rakyat (menurut depa) akan dilantik jadi PM jugak.

Pek tikam pek. Macam tu jugak kata depa. Jadi elok rosakkan undi dan berikan mesej pada orang politik yang depa dah meluat dengan politik.

Bagi aku, mesej tu mungkin sampai. Tapi ingat depa nak ambil peduli dengan jumlah undi rosak yang hangpa buat. Yang dikira penting adalah siapa akan menang selepas selesai kira semua kertas undi.

Katakan undi rosak 250, pangkah BN 27 dan yang pangkah PH 23. Keputuannya adalah BN memang. Itu sudah cukup untuk membuatkan pusat pengundian itu dimenangi oleh BN dah cukup untuk membuatkan mereka seronok. Pergi mampuihla dengan undi rosak 250 kertas tu, apa depa peduli.

Kalau semua pusat mengundi macam itu dan BN memang selepas kira habis. Calon BN akan diusung dan pemakan dedak atau macainya akan beratur untuk ucapkan Tanhniah. Itu saja yang penting buat depa. Apa depa nak peduli undi rosak hangpa?

Jadi aku tak akan buang masa untuk rosakkan kertas undi. Aku akan pangkah calon mana yang aku kenal, selesa, berkenan tak kira parti mana, asalkan bukan parti Pas. Itu saja.

Jadi agaknya, aku dikira kategori pengundi atas pagar ka?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Agaknya aku ni masuk kategori jenis pengundi atas pagar atau macam mana?

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Menarik juga artikel ni.. Tang jadi ahli PAS tapi tak akan undi PAS, itu lagi menarik... Apa yang saya nampak sekarang, PAS dah mencemarkan keindahan, kecantikan, kebenaran Islam, maaf cakaplah ye...he he he

    ReplyDelete
  2. Fikirannya agak bercelaru...sembahyang istikharah bro.moga dapat petunjuk dari allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah jelas dan tak celaru. Tak sokong Pas adalah petunjuk yg jelas.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !