Jas Du It

Jasduit - Just do it !

Wednesday, May 30, 2018

"Pakai la akai sikit !", marah abang berjanggut sejemput

  Abu Ays       Wednesday, May 30, 2018



Bulan puasa memang banyak cabaran. Letih dan mengantuk. Itu antara cabaran yang paling besar. Lapar memang tak berapa terasa sangat bila berpuasa ni. Dahagapun tidak. Malah perokok juga tak rasa sangat ketagihan nak cucuh rokok ketika berpuasa.

Kalau betul apa yang saya faham. Tubuh badan rasa mengantuk dan letih ketika berpuasa sebab memang sistem badan sengaja buat begitu.

Rasa mengantuk membuatkan kita ambil kesempatan untuk lelap dan rehat sebentar bila ada peluang. Ini akan menjimatkan penggunaan tenaga. Rasa letih juga mainkan peranan yang sama. Supaya kita tak berapa lincah sangat. jadi tenaga dapat dijimatkan.

Cabaran tahan marah

Cabaran berpuasa akan meningkat bila dalam keadaan letih dan mengantuk itu ada orang sengaja nak naikkan darah. Mungkin sebab itu kita sentiasa dipesan supaya ingatkan diri sendiri yang aku berpuasa bila ada orang ajak gaduh.

Minggu lepas saya singgah di perhentian tol USJ. Hari dah lewat petang dan saya masih belum solat asar. Jadi tujuan singgah tu sebab nak selesaikan solat asar kat situ. Masih ada urusan lain nak kena buat selepas itu, jadi agak tergesa-gesa sikit.

Saya hentikan kereta pada tepi jalan berhampiran jalan masuk ke surau. Lebih mudah dari parkir di tempat parkir yang disediakan. Lagipun nak singgah sekejap saja.

Ada sebuah kereta Proton Wira lama diletakkan di tempat yang sama kat situ. Saya berhenti di depannya dan kemudian dengan perlahan undurkan kereta menghampiri kereta Wira itu supaya lebih rapat.

Macam biasa pedoman samada jauh atau dekat dengan Wira itu saya ambil dari bunyi tit tit tit sensor undur kereta. Semakin laju bunyi 'tit' itu dan tiba-tiba bunyi hon kuat datang dari kereta Wira kat belakang.

Parkir la jauh sikit!

Saya hentikan undur, hentikan kereta, tarik handbrake, cabut kunci dan keluar dari kereka. Saya berpaling ke arah kereta Wira itu. Pemandu di dalamnya buka pintu dan mnghulurkan kepalanya nampak macam tak puas hati.

Tadi masa saya sampai, ingatkan tak ada orang dalam Wira tu. Saya sangka tentu tuannya sedang solat dalam surau atau mungkin ada dalam tandas. Bila kena hon kuat tu baru sedar ada orang rupanya.

"Parking la jauh sikit. Kenapa rapat. nanti susah saya nak keluar!", marah abang berjanggut sejemput dengan badan yang gempal itu pada saya.

Dari loghatnya saya boleh agak dia orang pantai timur. Dengan seluar slack, baju kemeja tangan panjang masuk ke dalam, mungkin seorang pegawai kerajaan. Atau paling tidak kerja pejabat.

Tak ada kereta di belakangnya, kosong. Dan tak ada masalah untuk dia keluar nanti kalau saya undur berhampirannya. Lagipun saya mahu pastikan ada ruang lagi untuk orang lain yang nak masuk parkir nanti. Taklah nampak saya makan ruang.

Satu lagi, kalau saya jarakkan darinya, akan halang laluan masuk ke surau pulak. Itulah alasan kenapa saya undur semakin hampir mendekatinya. Memang saya dah biasa sangat amalkan susun kereta molek-molek setiap kali parkir. Dan rasanya itu amalan semua orang.

Pakai la akai sikit !

Mulut saya celupar pulak. Bukan marah, tapi hairan kenapa dia nak marah dan kenapa nak rasa susah untuk keluar nanti.

Maka terpancullah dari mulut saya, "itupun jadi masalah?".

Itu ayat yang keluar dari mulut saya spontan sambil buka pintu kereta untuk masuk semula ke dalam. Saya mahu ubah ke depan sikit supaya dia puas hati dan bahagia.

Dia lagi marah bila dengar saya kata itupun jadi masalah.

Di jeritnya, "pakai la akai sikit!", saya dengar tapi abaikan saja. Marah memang marah bila dengar ayat macam itu. Sedangkan saya dah pakai akal yang Tuhan beri untuk pertimbangkan semua keadaan dan buat keputusan untuk sempurnakan parkir kereta tadi.

Tapi biar sajalah.

Malah rasa menyesal pulak pergi sebut ayat 'itupun jadi masalah'. Sepatutnya saya hanya perlu mohon maaf dan ubah kereta dan selesaikan urusan saya sahaja.

Saya masuk semula ke dalam kereta, hidupkan enjin dan gerak kedepan supaya dia ada ruang yang amat selesa keluar parkit tanpa perlu buat apa-apa.

Kalau nak ikutkan hasrat hati memang nak lawan mulut dengan abang janggut sejemput itu. Tapi ia hanya membuang masa dan tenaga saja. Biarlah dia dengan sikap baran tak puas hati dan mulut celupar itu. Tak rugi mengalah pada urusan yang tak ada apa-apa hadiah jika memang.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, "Pakai la akai sikit !", marah abang berjanggut sejemput

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Akhlak yg mulia tidak diberikan, kecuali kpd org org yg mempunyai keberuntungan yg besar.
    Sabar, lapang dada, dan memaafkan, tambah lagi dgn sifat penyantun, cirinya org bertaqwa. Jadi matlamat dari latihan kita berpuasa.
    Mmg mudah utk dikatakan, dan diajarkan ust ust kita, tp tak mudah utk melakukannya, termasuk oleh golongan ust ust sekalipun, terutama bila ego kita rasa dicabar.
    Apapun, kena juga kita latihkan diri dgn sifat sifat baik dan mulia, mudah mudahan sebelum mati sempat juga kita mencapai derjatnya para muttaqin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah ! moga dapat diamalkan. Terima kasih atas nasihat yg baik

      Delete