Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, August 30, 2018

2 parti ekstremis bergabung untuk lawan parti fahaman sederhana

  Mohd Shubhi       Thursday, August 30, 2018

Cuba tengok gambar menarik kat atas tu. Itu rakaman ketika hari penamaan calon 18 Ogos 2018 untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Sri Setia.

Kelihatan Calon bagi PAS, Dr Halimah Ali telah diiringi oleh Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad. Tanda kerjasama erat antara 2 parti ekstremis bergabung untuk lawan parti berfahaman sederhana.

Gabungan 2 parti ekstremis Malaysia

Sejak kedua-dua parti ekstremis kalah dalam PRU ke 14 di peringkat kerajaan persekutuan, mereka kelihatan saling buat kerjasama untuk lawan kerajaan Pakatan Harapan dalam setiap pilihan raya kecil.

Setakat ini, kerjasama erat itu nampak berlaku dalam pilihanraya kecil sahaja. Tapi dalam keadaan biasa, mereka nampak seperti pasangan suami isteri yang tidak sebulu.

Dalam PRK DUN Sungai Kandis sebelum ini, PAS dengan bersopan berikan laluan kepada UMNO untuk lawan PH. Tapi mereka kalah juga. Mungkin sebab rakyat masih tak dapat terima siapa saja yang mewakili Umno.

Parti ektremis bangsa Melayu itu masih tidak dapat bersihkan imej buruk yang dah melekat kuat pada parti mereka.

Kali ini, Umno pulak dengan penuh sopan berikan laluan kepada PAS untuk lawan PH.

Dari segi imej, PAS lebih bersih berbanding Umno. Memang jarang ada kes yang mengarut berlaku pada para pemimpin PAS yang sampai ke peringkat memburukkan imej PAS di peringkat parti secara umum. Ada sekali sekala tapi tak sampai mengheret parti.

Ini satu percubaan untuk melihat setakat mana kekuatan PAS pulak. Adakah rakyat dapat maafkan parti ekstremis agama yang berlembut menerima Umno yang buruk.

Mudarat kecil dan mudarat besar

Konsep yang diutarakan oleh para ulama dan ustad Pas dalam jalinan kerjasama itu mudah sahaja. Mereka amalkan konsep untuk memilih mudarat yang lebih kecil berbanding mudarat yang lebih besar.

Ertinya Umno hanyalah satu parti ekstremis bangsa Melayu yang busuk tapi tidaklah sampai membawa mudarat yang ketara. Bagi PAS, Pakatan Harapan lebih bahaya dan boleh membawa mudarat yang jauh lebih besar kepada rakyat.

Antara Umno dengan PH, lebih bijak untuk memilih Umno kerana PAS dapat menghindari mudarat yang lebih besar. Bagi Pas PH bakal bawa bencana besar untuk rakyat Malaysia dan negara Malaysia.

Ada 3 geng sekarang:

  1. Geng Umno - Mudarat kecil
  2. Geng Pakatan Harapan - Mudarat Besar
  3. Geng PAS - Tiada mudarat
Nampak permainannya kat situ.

Parti Pas adalah parti yang tak membawa sebarang mudarat kepada rakyat malaysia dan negara. Itulah kelebihan PAS yang mungkin ramai tak tahu sebab para ulama dan para ustad PAS tak tahu macam mana nak bagi orang semua tahu dan faham.

Mangsa bencana banjir bertahun-tahun tak dapat diselesaikan masalah mereka di Kelantan dulu adalah dikira tiada bencana atau mudarat pada rakyat sebab ianya hanya cubaan duniawi sahaja. Mereka akan mendapat ganjaran besar nanti di akhirat jika bersabar dengan kelembapan pemimpin Pas yang memerintah. Mungkin itulah yang boleh kita faham maksud mudarat yang nak diterangkan oleh PAS.

PAS bukan parti ekstremis

Dr Halimah menafikan tuduhan kononnya PAS merupakan sebuah parti agama yang ekstremis. Beliau juga nafikan yang PAS hanya untuk orang melayu sahaja.

Buktinya, dia sendiri selama ini bantu semua bangsa samada Cina atau India.

Umno juga sudah tentu akan nafikan bahawa mereka adalah sebuah parti ekstremis bangsa Melayu. Buktinya, mereka selama ini bekerjasama kuat dengan MIC dan MCA dan semua bangsa selain Melayu.

Memang betul.

Selama ini dilihat dari segi amalan praktikal orang PAS atau orang Umno mereka kelihatan normal dan liberal serta sekular. Orang PAS boleh saja pi minum ke dai Cina, beli barang buatan Cina, tengok bapok jual nasi goreng atau berbual dengan seorang LGBT yang menjalankan bisnes Mak Andam  di perkahwinan anak kawannya.

Orang Umno juga boleh saja jual projek yang dia dapat kepada taukeh Cina. Dia beli semua barang mewah kat rumahnya dari orang Cina. Makan restoran Cina, melalak menyanyi dan mabuk sekali sekala di kedai karoke taukeh Cina.

Bila timbul sebarang isu, retorik atau edeologi yang terpahat di hafal dalam kepala akan muntah keluar. Orang PAS akan update retorik mereka di FB atau berdemo di atas jalan untuk menyatakan fahaman ekstremis mereka. Mereka juga ingatkan semua orang Islam tentang agama mereka.

Masa pilihan raya juga begitu. Mereka ingatkan semua orang melayu untuk memilih parti suci yang tidak bawa apa-apa mudarat kerana parti suci itu perjuangkan Islam. Lepas habis pilihanraya mereka kembali amalkan kehidupan sekular dan liberal macam semua orang lain juga.

Umno juga macam tu. Bila Pilihanraya, mereka julangkan keris ke atas. Demi perjuangan Melayu mereka. Perlu pertahankan tanah Melayu yang memang Tuhan ciptakan khas untuk orang melayu. Semua melayu perlu pertahankan hak melayu.

Bila habis pilihanraya, mereka hidup macam biasa juga. Masuk karoke, alibabakan projek, mabuk sekali sekala dalam kedai taukeh cina dan lain-lain lagi.

Itu semua menunjukkan bahawa PAS dan Umno sebenarnya menjunjung ideologi yang ekstremis. Ideologi sahaja setakat ini sebab tak mampu untuk amalkannya secara penuh dalam kehidupan seharian.

Masih gagal dalam bentuk amalan sebab majoriti rakyat Malaysia masih tak dapat menerima mana-mana parti ekstremis berkuasa di negara ini. Semakin moden dunia, semakin sukar untuk mana-mana kumpulan ekstremis diterima majoriti manusia.

Melainkan Pas atau Umno simpan, pegang dan amalkan ideologi mereka itu sesama mereka sahaja tanpa perlu libatkan orang lain, maka tak akan ada sesiapa yang akan kacau mereka. Malah kumpulan mereka akan jadi subjek yang menarik untuk dikaji.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 2 parti ekstremis bergabung untuk lawan parti fahaman sederhana

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. Pas parti ekstremis?

    Why are u so stupid, mate....

    All this while yg kata dap parti chauvinist adalah mahathir dan dap kata mahathir i.e. umno parti ultra melayu....

    Bodoh lah kamu nih

    Kenapa lah kamu bodoh mcm ni...

    Check the facts u moron...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! memang PAS ekstremis pun ! hahaha ! you MORON STUPID N SESAT !

      Delete
    2. Benci pas,
      did u not understand what i just wrote? No wonder ph supporters are stupid and mahathir said it....

      I think u re just another mahathir's brownoser or a kiddo who knows nothing about mahathir's dirty past.

      U stupid moron

      Delete
  2. I choose pas, clean and consistent, extremist is just your labelling. Tq

    ReplyDelete
  3. Anonymous 11.33 PM... Setuju sama Lu.. PH supporters STUPID MORON sebab terlebih telan dedak bersalut Taik Madet & Tokong.

    Termasuk Jus Du It... belajar tinggi tinggi, bodohnya bertingkat tingkat...

    ReplyDelete
  4. KAHKAHKAH.... ALHAMDULILLAH, CACIAN DAN KATA KATA ORANG KECEWA MEMANG MACAM TU... APA BOLEH BUAT.... MEMANG SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT BRO JUS DU IT NI... ..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !