Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 6, 2018

Larangan merokok di semua restoran terbuka bermula Disember ini - Asap rokok vs asap kenderaan

  Mohd Shubhi       Thursday, September 6, 2018

Timbalan Menteri Kesihatan baru saja buat pengumuman untuk mengharamkan asap rokok di semua restoran terbuka.

Biasanya sekarang perokok akan lepak berborak sambil merokok di restoran yang terbuka kat luar. Kat kedai mamak contohnya memang jadi tempat yang seronok buat kaki hisap rokok.

Tapi nampaknya semua itu sudah tidak akan dibenarkan lagi bermula bulan Disember 2018 nanti.

Kalau dulu, larangan hanya untuk restoran yang tertutup, tapi sekarang dah meluas dan menyelruh lagi. Sehingga meliputi semua restoran samada tertutup atau terbuka. Kalau nak merokok juga, perokok terpaksa pergi jauh-jauh di tempat sunyi berasingan dari orang ramai.

Larangan merokok di tempat awam

Seta­­kat ini di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Ianya termasuk;

  1. Pusat hiburan (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino)
  2. Teater
  3. Dalam lif
  4. Tandas awam
  5. Tempat makan berhawa di­ngin
  6. Dalam kenderaan awam
  7. Hentian awam
  8. Lapangan terbang
  9. Kawasan premis kerajaan
  10. Kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan
Sebelum ini pihak PLUS juga telah menjadikan kesemua kawasan Lebuhraya tersebut termasuklah tempat perhentian dan kawasan Rehat dan Rawat dan lain-lain sebagai kawasan haram merokok.

Dengan tambahan lagi larangan merokok di mana-mana restoran terbuka, maka lengkaplah sudah larangan orang kaki hisap rokok untuk berada di mana-mana saja menikmati aktiviti mereka.

Kesemua taman awam memang dah jadi kawasan larangan merokok Termasuklah kesemua taman negara yang ada kat Malaysia memang diharamkan merokok.

Kalau anda pergi memancing, pergi berkhemah dan sebagainya dalam hutan, pastikan jangan bawa bersama kaki merokok sebab mereka ialah spesis yang dilarang pergi ke situ.

Kat mana perokok nak merokok

Dah semua tempat sekarang jadi kawasan larangan merokok. Jadi kat mana para perokok nak lepaskan gian merokok mereka pulak sekarang.

Salah satu tempat yang orang tak boleh nak halang adalah di dalam rumah perokok itu sendiri. Kalau dia tinggal bersama anak-anaknya, bererti keluarga perokok akan bertambah terdedah kepada asap rokok selepas ini.

Sebelum ini perokok akan lebih banyak hisap kat luar sebab tak banyak sangat kawasan larangan. Dia boleh pergi kedai mamak lepak dengan kawan-kawan untuk hisap rokok.

Tapi bila dah semua tempat dilarang, maka dia terpaksa lebih banyak merokok kat rumahnya sendiri. Lebih parah lagi kalau dia jemput pulak kawan-kawan yang kaki rokok untuk datang ke rumahnya bagi lepaska gian rokok.

Itu menambahkan lagi bahaya untuk seisi keluarganya !

Atau dia boleh saja pergi ke pub, disko, kelab malam atau kasino. Situ tak termasuk dalam kawasan tempat hiburan yang dilarang merokok.

Dah jadi jahat la pulak para perokok. Sebelum ini tak pernah masuk ke pub, disko atau kelab malam serta kasino, sekarang dah berjinak pulak ke sana sebab nak cari pot baru untuk dijadikan kawasan merokok.

Bandingan asap rokok dengan asap kenderaan

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa asyik nak haramkan asap rokok saja sedangkan asap kenderaan jauh lebih banyak lagi daripada asap rokok.

Kalau kumpul semua orang yang hisap rokok kat malaysia ni dan kira jumlah asap yang mereka keluarkan agaknya mana lebih banyak berbanding asap kenderaan?

Kalau nak dibandingkan dengan jumlah asap yang kenderaan keluarkan setiap hari sudah tentu jauh lebih tinggi pencemarannya kepada udara. 24 jam kenderaan berlegar satu Malaysia. Lori, motosikal, kereta, bas, kapal, semuanya keluarkan pencemaran asap.

Itu tak masuk lagi segala kilang yang keluarkan bahan pencemaran kat udara.

Tapi tetap rokok juga yang dilihat dan dijadikan mangsa untuk di diskriminasikan. Kenapa?

Kenapa tak nak haramkan sekali asap kenderaan?

Jawapannya!

Sebab asap rokok memberikan kesan kesihatan buruk pada orang yang menghisapnya samada perokok itu sendiri atau orang yang duduk dekat perokok itu.

Dan kesan kesihatan dari rokok adalah 10 kali ganda lebih bahaya dari kesan asap kenderaan. Baca kat sini

Itulah jawapannya.

Lagipun lebih mudah untuk kawal dan halang orang hisap rokok daripada nak kawan semua kenderaan dari bergerak... betul tak?

Lebih baik berhenti saja merokok.

Sebab anda sudah tidak di ingini di mana-mana saja di muka bumi Malaysia ini !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Larangan merokok di semua restoran terbuka bermula Disember ini - Asap rokok vs asap kenderaan

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Berhenti merokok itu jawapannya

    ReplyDelete
  2. Bagusss, jdkn kita sbgai manusia berdisiplin utk menghormati org disekeliling kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku juga nak berhenti merokok...dan mula hisap nenen pulak

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !