Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, October 23, 2018

Kat mana perokok nak merokok selepas semua tempat dah tak boleh merokok

  Mohd Shubhi       Tuesday, October 23, 2018

Mulai bulan Disember 2018 ini, semua kawasan di restoran terbuka adalah kawasan larangan merokok.

Berikut adalah kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

“Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia juga merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.
“Saya memohon sokongan anda semua. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun”

Bertambah lagi kawasan larangan merokok

Jika semua itu terlaksana pada bulan Disember 2018 nanti, maka akan bertambah lagi kawasan yang dilarang merokok kat negara kita.

Setakat ini dah banyak kawasan yang memang dah sah dilarang merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

Terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Ianya termasuklah,

  1. Pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino)
  2. Dalam lif
  3. Tandas awam
  4. Tempat makan berhawa di­ngin
  5. Dalam kenderaan awam
  6. Hentian awam
  7. Lapangan terbang
  8. Kawasan premis kerajaan
  9. Kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

Semua kawasan RnR dilarang merokok


Sebelum ini, bila jalan-jalan naik lebuhraya PLUS, ramai yang akan singgah kat RnR untuk lepaskan lenguh dan relaks sambil hisap rokok.

Order kopi O, makan nasi lemak pedas sebungkus kemudian hisap rokok memang amat melegakan kepada para pemandu yang merokok.

Kalau orang kampung macam saya, singgah kat RnR sambil minum Kopi O dan balut rokok daun nipah memang mencetuskan banyak idea baru.

Kemudiannya kesemua RnR digazetkan sebagai kawasan larangan Merokok. Bukan saja RnR, malah kesemua kawasan di lebuhraya adalah kawasan larangan merokok.

Ramai yang dah tak berhenti lagi kat RnR untuk lepaskan lenguh dan merokok. Ada yang akan keluar saja ke pekan berhampiran, cari kedai kopi dan balut rokok daun kat situ sebelum masuk semula ke lebuhraya.

Kedai terbuka dah tak boleh hisap rokok

Dengan larangan terbaru yang bakal bermula bulan 12 nanti, maka samada kat lebuhraya atau keluar ke kedai kopi kat pekan kecil, sama saja. Semua perokok dah tak boleh hisap rokok.

Kecuali kerajaan keluarkan lesen atau permit untuk restoran yang memohon untuk jadikan restoran atau kedai mereka sebagai kawasan dibenarkan perokok. Kalau kerajaan pertimbangkan kes tersebut, maka akan muncul banyak restoran atau kedai makan khas untuk perokok saja di seluruh Malaysia.

Sementara adanya pengecualian sebegitu, maka perokok dah tak boleh merokok kat kebanyakan tempat.

Nak masuk merokok dalam tandas juga tak boleh.

Nak merokok dalam kereta lagilah tak boleh.

Nak pergi masuk dalam hutan juga tentu tak boleh. Nanti orang kata ada cubaan kegiatan subversif pulak nanti.

Nak merokok kat rumah sendiri juga tentu tak boleh. Habis kesemua anak dan isteri akan jelingkan mata rasa tak selesa. Perlulah prihatin pada anak dan isteri juga. Kalau kat luar tak merokok sebab nak jaga kesihatan dan hati orang lain yang tak dikenali. Hati keluarga sendiri sudah tentu jauh lebih utama dijaga.

Jadi kat mana agaknya para perokok nak merokok bila rasa gian merokok datang selepas ini?

Bagi mereka yang tak merokok memang mudah saja cakap.

Berhenti saja dari merokok. Itulah saranan semua orang yang tidak terjebak lagi kepada masalah ketagihan merokok.

Tapi ianya tak semudah itu. Kalau memang mudah memang dah lama semua orang berhenti merokok. Memang ramai pun yang nak berhenti. Tapi desakan masih tak cukup kuat untuk melawan rasa nak merokok yang dah sebati dalam diri.

Jika anda seorang perokok, apa perancangan anda untuk merokok selepas ini?

Boleh cuba kongsikan kat komen bawah ya. Tak payahlah nak berikan cadangan berhenti saja merokok. Memang itupun yang tindakan terbaik. Tapi sebelum berjaya berhenti tu nak buat macam mana?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kat mana perokok nak merokok selepas semua tempat dah tak boleh merokok

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. susah nk berenti..krajaan kne berenti jual rokok dulu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Elok kerajaan haramkan saja penjualan rokok di Malaysia ! kan lebih mudah tolong rakyatnya berhenti...

      Delete
  2. Terpaksa hisap rokok dlm kereta.. terpaksa dah..

    ReplyDelete
  3. Dalam JAMBAN ler....segala bau kamu boleh sedut dan tangkap steam!!!! Nak merokok sangat katakan, kan kan kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamban pun dah masuk kawasan larangan merokok !

      Delete
  4. Panjat pokok hisap atas pokok je. Asap terbang naik ke langit sapa pun xhidu lg. Suruh pak2 menteri yg bodoh tu cuba tengok ok ke tak

    ReplyDelete
  5. kretif n inovatif...pointnye asap rokok tu.. jadi cuba reka rokok yg tak keluarkan asap plok hehe...confrm setle problem..

    ReplyDelete
  6. Salah tu bro penulis... kalau dah isteri dan anak sendiri tak sanggup hidu asap rokok bapak dia sendiri... apatah lagi orang lain yg ko tak kenal!

    Bulan ramadhan boleh je bro... sikit2 la...

    ReplyDelete
  7. Kawasan larangan merokok: termasok curut & paip?

    Kalau no smoking zone, isap tongkoi kayu pun salah.

    ReplyDelete
  8. berpuasa. dan dapat kurang kan pendapatan kerajaan dari cukai rokok.cuba kira jika cukai rokok rm 5.00 sekotak dan perokok dalam 2 juta orang. sehari kerajaan dah kutip rm 10 juta sehari. setahun dah rm 365 juta. lagi pon kalau berpuasa dapat sihat badan juga.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !