Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 22, 2018

Kereta terbang dengan harga SUV akan mula dijual tahun depan

  Mohd Shubhi       Monday, October 22, 2018

Kereta terbang akan mula dijual tahun depan!

Harganya pulak dianggarkan lebih kurang sama saja dengan harga sebuah kenderaan SUV!

Macam cerita donggeng sains fiksyen!. Tapi itulah yang sedang disiapkan oleh syarikat Opener yang dibiayai oleh Larry Page.

Kereta terbang itu diberikan nama BlackFly. Anda boleh tonton video pelancaran BlackFly tersebut di bawah.



Kereta terbang BlackFly pasuk pasaran 2019

Kereta terbang itu sebenarnya hanya boleh terbang. Kalau nak jalan atas jalan kena ada troli pengangkutan beroda.

Tapi dinamakan kereta terbang juga sebab idea disebalik reka ciptanya adalah untuk menggantikan kereta sebagai pengangkutan utama pengguna zaman moden.

Hanya seorang sahaja yang boleh naik kenderaan tersebut untuk satu masa. Tak perlu kemahiran tinggi untuk berupaya mengawal kenderaan terbang itu sebab semuanya dipermudahkan. Malah boleh tekan butang Home untuk mengarahkan kenderaan terbang itu balik ke lokasi asal.

Kalau duduk kat udara dan nak turun bawah, kenderaan terbang itu boleh buat penurunan secara vertikal. Turun terus kat bawah tak perlu nak pakai landasan kapal terang biasa.

Menurut syarikat yang mengeluarkan kereta terbang itu, ia akan mula dpasarkan tahun depan 2019. Harganya pulak tak berapa nak mahal. Lebih kurang sama saja dengan harga sebuah SUV.

Tak lah mahal sangat berbanding dengan harga sebuah kapal terang sebenar.

BlackFly boleh naik setinggi 6.5 kaki. Boleh terbang selaju 65 batu sejam.

Tak lah laju sangat dan tak tinggi sangat terbang. Tapi tetap WOW!

Bayangkan kalau anda tengah duk meronda kat kampung terpencil dan tiba-tiba ternampak kenderaan terbang itu melayang atas udara dan turun. Tentu anda sangka sebuah sebuah UFO datang tersesat masuk kampung.

BlackFly untuk kegunaan tempat terpencil

Setakat ini Black Fly dicadangkan untuk kegunaan di kawasan terpencil yang tak ada jalan raya. Kawasan kampung pendalaman memang sesuai sangat kalau nak pakai kereta terbang ini.

Bagi mereka yang suka meredah kawasan pendalaman memang sesuai sangat beli sebuah untuk digunakan dalam aktiviti kembara pendalaman.

Mungkin satu hari nanti kenderaan terbang ini akan menggantikan UBER atau Grab sebagai kenderaan pengangkutan mudah untuk atasi masalah kesesakan lalu lintas. Tapi rasanya masih terlalu awal untuk persediaan dari segi undang-undang dan sebagainya.

Kenderaan terbang itu sudah dicuba pakai untuk perjalanan sejauh 12 ribu batu. Memang ujian demi ujian telah dilakukan untuk penggunaan kenderaan terbang itu bagi membuktikan ianya selamat untuk kegunaan awam.

Dari segi keupayaan penerbangan pula ia telah diuji dengan banyak sekali sejak ianya mula disiapkan. Hanya ujian kertas sahaja diperlukan untuk membolehkan seseorang itu layak memandu kereta terbang itu.

Bila kereta terbang akan datang ke Malaysia?

Lambat laun pasti akan datang juga bila semua negara dan izinkan konsep kereta terbang ini.

Atau mungkin projek kereta Nasional ke-3 nanti akan ada elemen kereta terbang yang menggunakan bateri sebagai sumber tenaga.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kereta terbang dengan harga SUV akan mula dijual tahun depan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !