Jas Du It

Jasduit - Just do it !

Sunday, October 21, 2018

Penyebab keracunan laksa di Kupang, Baling sudah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan

  Abu Ays       Sunday, October 21, 2018

Sejak kes keracunan sebab makan laksa di Kupang, Baling Kedah baru-baru ini, saya langsung tak makan laksa.

Ada 83 kes keracunan akibat makan laksa tersebut termasuk dua orang meninggal dunia. Ada 34 kes di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 di Selangor.

Hebat juga laksa kat Kupang tu.

Orang yang datang beli laksa dia ada yang dari Perak dan Selangor. Kalau orang Kedah pergi beli, memang perkara biasa sebab Kupang tu kat Kedah. Orang yang jauh sikit seperti Perak pun turun mai beli juga. Dan lagi jauh, Selangor pun turun mai beli.

Sudah tentu laksa kat Kupang tu memang dah terkenal sampai membuatkan ramai orang yang datang dari jauh untuk beli laksa dia.

Tapi agak malang sebab tak semena-mena, 83 orang terlibat dalam kes keracunan selepas makan laksa tersebut. Satu Malaysia fobia nak makan laksa termasuk saya sendiri yang memang kaki laksa.

Laksa punca keracunan

Hasil dari siasatan dan ujian makmal yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang, disahkan ada masalah bakteria pada mee Laksa yang dijalankan ujian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan kata ada bakteria Salmonella enterica serovar Weltevreden di dalam laksa yang dibeli pada 4 Oktober 2018 lalu oleh pelanggan yang terkena racun.

Mee laksa tersebut diproses dan dibuat sendiri oleh pemilik premis laksa terbabit.

Jadi masalah laksa beracun hanya ada kat kedai itu saja dan bukannya pada laksa yang dibuat di tempat lain.

Puncanya paling asas adalah masalah kebersihan. Menurut pengarah kesihatan, keracunan tersebut berkemungkinan berpunca dari proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih.

Satu lagi faktor adalah suhu penyediaan mi laksa ketika pemprosesan dan suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman.

Lepas ini kalau nak makan laksa, pastikan punca laksa di ambil dari tempat yang bersih. Dan satu lagi, bawa balik laksa ke rumah, elok panaskan keseluruhan laksa tu dengan suhu yang mencukupi untuk membuatkan bakteria mati.

Salad bukan punca keracunan

Masa mula kejadian tu heboh, ramai yang tuduh salad jadi punca kes keracunan itu. Siap viral kat group Whasapp gambar salad yang tak bleh makan akibat beracun.

Masa tengok berita tu risau lah juga sebab saya kaki makan salad dengan sos thousand island. Apakah sald yang dah dibeli dari pasaraya Giant yang duk ada dalam peti ais tu beracun.

Dalam takut tu belasah makan juga salad tu dah alhamdulillah tak ada apa-apa.

Tapi selagi tak dapat keputusan rasmi punca kena racun, memang terpaksa jauhkan diri dari makan laksa. Samada laksa kat Kampung Petani, atau kat Selangor. Masa pi Kupang baru-baru ini lagilah. Lansung tak berani nak makan laksa kat manapun di sekitar Kedah tu.

Memang miss sungguh balik kampung baru ni sebab kempunan tak berani makan laksa. Malah laksa yang sedap kat perhentian RnR di Gurun Kedah tu juga terpaksa dilupakan saja.

Tapi semua itu dah selesai.

Untuk semua kaki laksa, sekarang dah boleh belasah semula.

Tapi pastikan laksa yang diproses bersih dan menepati syarat yang ditetapkan oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan.

Anda boleh baca maklumat lanjut dari sumber asal berita ini dipetik kat sini.

Nota: Gambar kat atas diambil dari sini hanyalah hiasan semata.

logoblog

Terima Kasih sebab sudi membaca, Penyebab keracunan laksa di Kupang, Baling sudah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !