Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, November 9, 2018

Telefon pintar boleh lipat dalam pasaran - Firma teknologi kecil atasi Samsung

  Mohd Shubhi       Friday, November 9, 2018

Telefon pintar boleh lipat!

Macam tak percaya pulak ada telefon pintar yang macam tu. Boleh lipat untuk jadikan telefon tu kecil atau besar.

Bila lipat jadi telefon pintar biasa. Bila buka lipatan boleh dijadikan Pad besar. Kalau lipat akan ada dua skrin depan dan belakang. Boleh bengkokkan untuk diletakkan atas meja. sebelah jam dan sebelah satu lagi skrin telefon atau apa-apa saja.

Telefon yang besar bila dah boleh dilipat tak akan jadi besar gabai sangat. Dah boleh diselitkan masuk ke dalam poket.

Royole Corporation atasi Samsung

Syarikat teknologi yang kecil yang keluarkan telefon pintar boleh lipat pertama dalam pasaran itu bernama Royole Corporation. Ia berpusat di California.

Syarikat itu atasi Samsung, sebuah syarikat pengeluar telefon paling besar dunia sekarang. Samsung yang mula tayang konsep telefon boleh lipat mereka pada tahun 2013 dulu. Tapi nampaknya sampai sekarang mereka masih gagal keluarkan telefon seumpamanya.

Royole Corporation tawarkan telefon boleh lipat mereka dengan harga USD1,318 sahaja. Telefon itu skrinnya bersaiz  7.8 inci. Keupayaan storage 128GB. Boleh dilipat 180 darjah dan tahan lipatan sebanyak 200 ribu kali. Dan siapa ada kamera yang boleh lipat dari berbagai arah.

Anda boleh tonton videonya kat bawah ni..


Perubahan teknologi berlaku pantas

Memang menarik rekaan teknologi demi teknologi di dunia sekarang. Perkembangan berlaku amat pantas sekali. Tak payah nak tunggu ratusan tahun lagi untuk saksikan berbagai ciptaan baru yang amat menarik.

Orang muda yang hidup zaman sekarang akan dapat saksikan berbagai perubahan teknologi yang bakal mempengaruhi kehidupan mereka dengan amat pantas sepanjang mereka hidup.

Sampai satu ketika nanti, sesebuah gadget akan kekal dalam pasaran hanya paling lama mungkin 2 atau 3 tahun saja. Selepas itu dah datang pulak gadget baru yang jauh lebih hebat.

Orang muda perlu sesuaikan diri untuk pantas belajar dan memahami benda baru untuk digunakan bagi memudahkan kehidupan mereka. Kalau yang jenis lembab dan malas nak perah akal untuk faham dan sesuaikan diri dengan perkara baru, alamat akan ketinggalan zaman dan mundur ke belakang.

Persoalannya sekarang adalah mampukah negara kita terutamanya orang kita kejar perkembangan yang terlalu pantas berlaku sekarang?

Macam mana nak bersaing kalau masih lembab dan ketinggalan dalam arus teknologi yang pesat membangun.

Ya! ya! kalau pembangunan itu jadi ukuran kehidupan yang baik, Firaun lebih pesat pembangunannya, tapi akhirnya hancur. Itu perkongsian yang viral selalu saya dapat dalam group whatsapp yang berhujah akan tak pentingnya pembangunan...

Tapi Firaun tu kan ada ramai. Bukannya seorang saja. Firaun tu hanya gelaran saja. Malah ada Firaun yang beriman. Dan hasil gabungan bangsa mereka masa tu yang membina Mesir jadi maju dan bukannya hasil dari Firaun yang tenggelam musnah itu seorang saja.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Telefon pintar boleh lipat dalam pasaran - Firma teknologi kecil atasi Samsung

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !