Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, May 15, 2022

Apa berlaku jika Malaysia tak pulun berikan vaksin covid-19 pada semua orang?

  Mohd Shubhi       Sunday, May 15, 2022


Setakat ini, apa tahap kepekaan anda terhadap covid-19?

Masih ambil tahu, peka melihat kemas kini kejadian di Malaysia dan dunia. Atau dah mula suam-suam kuku?

Saya ada tanya-tanya kawan-kawan setiap kali berjumpa, apa status kes covid-19 hari ni?

Boleh dikatakan hampir semua yang saya tanya tidak berikan sangat perhatian kejadian seperti jumlah kes, naik atau turun dan lain-lain maklumat statistik. 

Tidak seghairah dulu lagi.

Masa balik kampung raya baru ni, kebanyakannya selamba saja hulurkan tangan bersalam. Baik yang tua, mahupun yang muda.

"Mak Su dah lengkap semua vaksin, booster tak booster semua ambik!"

Itu jawapan mak saudara, ketika saya tanya minta izin, samada dia ok jika saya mahu bersalam raya bermaaf-maafan dengannya.

Selepas selesai solat raya, berjumpa dengan kawan, sebaya, lebih muda dan lebih berumur hari tu pun, semuanya selamba hulurkan tangan bersalam-salaman. 3 dari 5 yang ada dah tak lekatkan lagi penutup mulut dan hidung pada muka masing-masing.

Saya rumuskan semua orang dah kembali rasa keadaan sudah selamat.

Barangkali tembakan maklumat secara berkala dan sistematik yang sudah tiada, membantu memulihkan emosi orang ramai sekarang.

Status kes covid-19 sekarang

Sebelum tulis artikel ini, saya tanya google keadaan covid-19 di negara kita. Nak tengok apa yang sedang berlaku. Dapat statistik lengkap maklumat terkini.

Paling rancak jumlah kes bermula naik pada awal Februari 2022. Mencanak sehingga ke awal March 2022 mencatatkan jumlah sehingga melebihi 30 ribu kes sehari.

Dari situ kes mula menurun balik sehinggalah ke awal May 2022 di mana jumlah kes hanya dalam lingkungan seribu lebih sahaja.

Kalau anda pergi lihat graph, akan nampak trend dah mula naik semula selepas raya baru-baru ini. Setakat 13 Mat 2022, ada 3,029 kes.

Jumlah masuk hospital takat 14 May 2022 adalah seramai 631 orang dan dalam jagaan rapi 60 orang sahaja. Tapi semua nombor tu dalam keadaan menaik.

Semua itu, kalau boleh kita rumuskan, adalah hasil dari aktiviti vaksin yang kerajaan lancarkan.

Walaupun memang tak capai 100%, geng anti vaksin tetap anti sampai ke sudah, dari statistik yang dilihat, boleh dirumuskan kesan positif berjaya di capai untuk memulihkan keadaan wabak covid-19 telah berjaya dibendung dengan baik.

Atau, benarkah begitu?

Apa berlaku jika negara tiada vaksinasi?

Cuma tergerak satu soalan dalam kepala, apa agaknya berlaku jika akviti vaksin tidak dijalankan. 

Sekurangnya tidak menjadi satu kewajiban kepada semua rakyat Malaysia. 

Adakah kes tetap akan menurun dan terkawal seperti hari ini atau tidak?

Untuk lihat perbezaannya, kena rujuk statistik di negara-negara yang menjalankan proses vaksinasi paling rendah di dunia.

Saya rujuk data dari google, dapat maklumat negara-negara yang paling rendah rakyatnya ambil vaksin. Hampir semuanya berkumpul di benua Afrika.

Burundi menduduki takhta negara paling rendah kadar vaksinasi. Hanya 0.05% dari rakyat nya yang ambil sekurangnya satu dos vaksin.

Congo hanya 0.4% ambil vaksin

Haiti hanya 1% sahaja.

Banyak negara yang rendah kadar vaksinasi mencatatkan angka bawah 10%.

Soalannya, apa jadi pada rakyat negara tersebut. 

Apa berlaku kepada sistem dan kemudahan kesihatan serta hospital mereka. Ramai yang mati ke?

Sekarang macam mana keadaan covid di negara-negara tersebut?

Kes Covid-19 di Haiti

Jom kita semak negara Haiti yang jumlah populasi lebih kurang 11.5 juta orang.

Jumlah kes covid takat 15 May 2022 adalah seramai 30,713 kes.

Jumlah kematian akibat covid-19 setakat 15 May 2022 juga adalah seramai 835 orang sahaja

Sekarang anda boleh lihat sendiri jika kita buat perbandingan negara Malaysia yang jumlah rakyatnya seramai 32.7 juta orang. Hanya 3 kali ganda Haiti. Kalau ikut perkadaran, sepatutnya kes mati kena covid di Haiti patutnya lebih tinggi dari angka 11 ribu orang.

Tapi ternyata data tdak menunjukkan angka sebegitu di Haiti. Hanya 835 sahaja!

Jumlah kes covid-19 di Malaysia setakat ini adalah seramai 4.47 juta kes dan kematian adalah seramai 35,607 orang.

Kita tengok yang mati sahaja lah. Kadar kematian adalah 0.11% di Malaysia dan kadar kematian di Haiti adalah 0.007%

Macam mana nak rumuskan dari data tersebut di atas?

Secara mudah nampak macam tak vaksin lebih baik dari vaksin. 

Ataupun secara lebih mudah, nampak macam tak payah nak kelam kabut dengan vaksin ni pun, tak akan ada apa-apa luar biasa yang berlaku.

Atau ada faktor lain seperti aktiviti merekod yang lebih sempurna di negara kita maka semua data adalah tepat manakala di Haiti tak tepat.

Atau mungkin juga penduduk Haiti lebih kuat dari penduduk Malaysia yang lembek manja dan suka gaduh pasal benda remeh temeh?

Kes Covid 19 di Burundi

Ini yang paling menarik bagi saya. Berapa agaknya kes kamatian akibat covid 19 di Burundi. Saya dah sebut yang negara itu paling rendah mengambil vaksin untuk rakyatnya. Hanya 0.05% sahaja.

Kita buat perbandingan Burundi dengan Malaysia supaya lebih mudah.

Jumlah populasi Burundi adalah dalam 11.9 Juta penduduk. Lebih kurang Haiti saja. 

Yang paling lucu, kes kematian akibat covid 19 di baca dengan melihat kematian dalam sejuta penduduk, Malaysia mencatatkan seramai 1,097 kematian dari sejuta rakyatnya.

Berapa Burundi punya angka?

Hanya 3.2 sahaja!

Paling rendah di dunia!.

Semua data yang saya cari dari google adalah data yang dilaporkan dalam statista. Anda boleh pergi lihat sendiri data tersebut.

Negara Afrika lain yang jumlah vaksinasi rendah nampaknya, sekalipun kematian per sejuta rakyatnya lebih dari Burundi yang amat cemerlang tu, tapi hampir kesemuanya berada di senarai paling rendah dunia dari segi angka kematian.

Juara kematian per sejuta rakyat adalah negara Peru. Iaitu seramai 6,452 orang.

Mentelaah semua data statistik itu memberikan berbagai pertanyaan pada saya apa sebenarnya yang berlaku.

Nampak seperti tiada kaitan antara pengambilan vaksin dengan kes covid dan kematian. Terutamanya bagi negara miskin.

Tapi memang bagi negara yang agak bagus sedikit ekonominya, memang ada sedikit talian antara kes dan kawalan dengan vaksin.

Bila mencari jawapan kenapa Haiti ok saja sekalipun vaksin tidak mereka pedlikan sangat pada penduduk. Antara jawapan menarik yang saya baca adalah, penduduk tak nampak covid 19 penting berbanding keperluan untuk keluar bekerja dan cari makan.

Mereka miskin dan sudah lama hidup susah. Takat kena covid, batuk-batuk sakit tekak, demam, dan seupamanya, tidak seteruk kesusahan yang mereka hadapi selama hidup dari kecil sampai besar.

Lagipun purata umur penduduk Haiti adalah 23 tahun. Sebah negara yang muda raya penduduknya. 

Hidup susah, mati awal, orang tua tak ramai adalah formula untuk persetankan sahaja covid 19.

Baca laporan menarik tentang kenapa kes covid 19 di Haiti luar biasa di pautan sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa berlaku jika Malaysia tak pulun berikan vaksin covid-19 pada semua orang?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !