Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, September 5, 2022

Bilik air rumah pakai air dari tangki atau air terus dari paip utama di luar

  Mohd Shubhi       Monday, September 5, 2022


Kenapa setiap rumah di taman perumahan perlu ada tangki simpan air?

Benda ni nampak remeh, jarang difikirkan. Sebab sebaik saja celik mata, beli rumah moden berupa taman perumahan yang ada sekarang, semua benda tu dahpun tersedia begitu.

Tangki air tak diperlukan jika anda duduk di rumah kampung yang guna telaga tradisional. Rumah kayu yang ada pili air pulak biasanya pakai air terus dari pili saja. Tak ada disalurkan dulu kepada tangki.

Mungkin kosnya tak mampu disara, untuk bina kaki, beli tangki letak di bahagian atas samada dalam rumah atau luar rumah pada binaannya sendiri.

Saya sendiri baru belajar perkara ni. Tentang pentingnya faham kenapa perlu ada tangki simpan air di atas rumah. Letakkan di bahagian paling tinggi rumah anda supaya tekanannya kuat.

Pakai air terus dari paip

Rumah 2nd hand yang saya beli dah agak tua usiannya. Saluran air seluruh rumah masih pakai paip galvanise lagi. Makin lama makin perlahan. Semput terhegeh-hegeh air nak keluar. Saluran paip tu makin sempit lah tu.

Sama macam saluran darah yang makin lama makin sempit sebab tersumbat dek lemak atau kolestrol. Itulah yang doktor kata. Jika tersumbat terus 100%, ada kalanya perlu by-pass.

Sama macam air kat rumah saya, akhirnya terpaksa by pass saja.

Kebetulan saya buat ubah suai rumah. Maka peluang tu diambil untuk buat semula kesemua saluran air yang masuk ke dalam rumah.

Bila kontraktor tanya samada saya nak semua paip air datang terus dari paip luar atau dari tangki di atas rumah, saya blur juga. Tak jangka soalan itu perlu dijawab. Tentu dia sepatutnya jauh lebih tahu dari saya mana yang betul mana yang salah.

Secara logik, saya mahu air lebih laju pada setiap kepala paip terutamanya dalam bilik air. Baru puas mandi. 

Dan air laju biasanya yang datang terus dari paip di luar. Bukan dari tangki atas rumah. Itulah sangkaan bodoh saya.

Maka saya suruh kontraktor buat kesemua paip secara terus dari luar pada setiap bilik air dan mana-mana kepala paip yang ada. Kecuali pada satu bilik air di bahagian bawah sahaja.

Bilik air bawah tu untuk stand by seandainya ada gangguan air, maka masih ada air dalam tangki untuk digunakan.

Macam itulah yang kontraktor buat.

Air perlahan waktu kemuncak

Semuanya berjalan lancar sehinggalah makin lama saya perasan air makin perlahan. Paling teruk adalah dikala pagi orang bersiap nak pergi kerja dan waktu petang dan awal malam.

Saya dapat tahu air perlahan disebabkan hampir ksemua orang yang pakai punca air yang sama dengan saya sedang guna air. Jadi keadaan itu buatkan tekanan air masuk ke rumah saya sangat perlahan.

Ada kalanya kalau seorang mandi dalam salah satu bilik air, paip lain lansung tak keluarkan air. Kena tunggu giliran. Dulu tak pernah berlaku begitu.

Bila saya tanya, cari maklumat, baru sedar kepada tangki air direka supaya ada pada setiap rumah di semua taman perumahan.

Jika anda buat tangki besar, pasang pump pulak, maka selesai masalah tekanan air perlahan di rumah anda. Paling penting, tak ada ganggu jiran atau orang lain. Itu kelebihan tangki.

Ternyata kontraktor yang ubah suai rumah saya tak tahu benda ni. Sama bodoh dengan saya saja dan sayalah yang paling bodoh sebab pilih kontraktor bodoh .. haha!

Banyak lagi masalah timbul setelah masuk 5 ke 6 tahun rumah yang dah diubah suai tu. Benda buat mungkin seumur hidup sekali atau 2 saja. Tentu tak ada maklumat sangat. Malah cara nak pilih kontraktor pun tiada maklumat.

Kalau nasib baik, dapat kontraktor yang bijak, berpengalaman dan tahu apa yang terbaik untuk pelanggannya. Kalau nasib tak baik, biasanya itulah jadinya sebab kononnya nak murah dari biasa, maka dapat kontraktor bodoh yang sedang belajar try an error.

Untuk belajar sampai faham bab bina rumah ni, bukan 2 atau 3 tahun. Kontraktor yang saya pakai tu dah main ubah suai rumah lebih 20 tahun. Tapi ternyata dia masih tetap bodoh.

Moral of the story. Ambil perhatian kalau nak ubah suai rumah. Relaks, tanya orang yang dah berpengalaman. Pakai syarikat besar profesional dan dah lama dalam pasaran. Jangan kemut jika harganya mahal sikit.

Semua tambahan kos itu sebenarnya berbaloi untuk kepuasan hati jangka panjang.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bilik air rumah pakai air dari tangki atau air terus dari paip utama di luar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !