Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 28, 2023

Sangat tak selesa kena kayap - Anda yang pernah kena Chickenpox sila ambil perhatian !

  Mohd Shubhi       Saturday, October 28, 2023


Saya pernah dengar tentang Penyakit 'Kayap' ni sejak zaman kanak-kanak dulu lagi. Masih ada gambaran dalam kepala bagaimana rupa penyakit kayap. Tapi tak ingat pada siapa di kampung dulu, saya melihatnya berlaku.

Yang saya dapat gambaran adalah munculnya bintik-bintik merah di bahagian rusuk dada melintang dari depan, melintasi bawah ketiak ke belakang. Orang yang terkenanya berada dalam keadaan lemah dan tersadai dalam rumah merehatkan diri.

Kata orang tua-tua, penyakit ni bahaya. Kalau kayap tu merebak satu garisan kelilingi badan dan bersambung, maka orang yang kena penyakit kayap ni boleh mati.

Dari carian di google, saya dapat maklumat bahawa adalah mustahil untuk kayap bercantum membelit satu badan. Kepercayaan itu hanyalah satu mitos. Biasanya ia berlaku samada pada bahagian kiri atau kanan badan sahaja samada di bahagian dada atau muka.

Kena penyakit kayap

Minggu lepas saya ke Kelantan atas urusan kerja. Seminggu sebelum itu ada perasan badan macam tak berapa sihat. Suara agak serak berubah macam demam, tapi tak pulak demam.

Kemudian rasa urat di bawah ketiak, belakang sikit, seperti panas dan pedih. Saya sangkakan otot terselit atau salah urat saja, lalu dibiarkan begitu tak ambil peduli.

Malam itu tidur dalam keadaan tak selesa pada bahagian urat yang saya sebut tadi. Ada juga usaha tekan-tekan dengan bebola pada bahagian urat itu untuk legakannya. Tapi tidak berhasil. Terfikir untuk cari tukang urut seleluruh badan untuk pulihkan rasa tak selesa tersebut.

Bangun keesokkan harinya, nampak ada bitikan merah di bawah ketiak pada bahagian rusuk kiri. Mungkin gatal kena gigit serangga, itu yang saya fikir. Saya buat kerja seperti biasa. Bila dalam kesibukan, kesakitan tak terasa sangat.

Petang tu, nampak bintik merah makin membesar. Mungkin pepijat ada atas katil hotel yang saya sewa tu. Saya selak-selak tilam, cari di tepian katil, tak ada pulak kelibat wujudnya pepijat dalam bilik tu. Kebetulan saya selalu bersedia dengan krim gigit serangga, maka saya sapu saja semua bintik merah itu.

Begitulah keadaan bintik itu makin ketara dan rasa makin tak selesa sehinggalah balik semula ke rumah. Fikiran terdetik pada kayap. Segera saya google untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan kayap.

Ternyata semua simptom yang saya alami menunjukkan yang saya berhadapan dengan kayap. Pagi tu ahad tu, selepas sarapan, saya bersiap ke klinik. Tunjukkan pada doktor dan ceritakan apa yang berlaku, lalu dia sahkan memang kayap.

Punca kayap sama dengan chickenpox

Kayap ada penyakit bawaan virus 'varicella-zoster'. Itu virus yang sama yang menyebabkan cacar air atau biasa dipanggil chickenpox.

Dalam Bahasa Inggeris, kayap di panggil herpes zoster dalam istilah perubatan. Dalam bahasa biasa di panggil juga shingles. Semuanya membawa kepada maksud yang sama, kayap.

Orang yang dah terkena chickenpox akan berpotensi untuk terkena kayap sebab virus itu selepas masalah chickenpox selesai akan kekal dalam saraf dalam keadaan tidak aktif. Dia tunggu masa saja untuk muncul semula apabila kekuatan sistem imunisasi anda rendah.

Memang saya pernah kena chickenpox. Dan nampaknya bila umur dah meningkat, sistem imunisasi saya juga makin lemah. Nasib badan. Keadaan stress juga dapat lemahkan ketahanan badan. Mungkin kedua-duanya sekali serentak membuatkan saya lemah, umur dah meningkat dan stress dengan kerja dan kehidupan.

Anda yang berumur lebih 50 tahun, pernah kena chickenpox, berpotensi untuk kena kayap. Biasanya dalam 3 orang, seorang akan kena kayap sekali dalam seumur hidupnya. Harap-harap anda termasuk 2 orang yang tak pernah kena kayap. Memang sangat tak selesa jika kena kayap. Lagipun kesannya ambil masa agak lama untuk pulih sepenuhnya. Ada yang tak pulih!.

Bagi saya, nasib baik kayap tu tak berlaku pada bahagian muka. Ada yang hadapi masalah buta akibat dari kayap yang berlaku pada bahagian muka.

Segera dapatkan rawatan

Dari pembacaan, kayap memang tak ada ubat untuk lenyapkannya terus selagi virus tu dah ada dalam tubuh badan anda. Apa yang anda boleh buat bila dah kena kayap adalah segera dapatkan rawatan.

Ia akan percepatkan proses penyembuhan. 

Ketika saya jumpa doktor, ruam dah mula merah meyakitkan dan dah berair di dalamnya. Macam demam campak air tapi saiznya lebih kecil. Doktor bagi ubat anti-virus, ubat demam, ubat tahan sakit dan ubat gatal serta krim untuk disapukan pada ruam yang terbentuk.

Saya balik amalkan apa yang doktor suruh, sapu krim setiap kali lepas mandi. Jangan sampai air pecah dan merebak pada bahagian lain. Saya tak lap dengan tuala pada bahagian itu. Selepas mandi, saya ambil tisu dan pekap pada semua bahagian ruam sampai kering, lepas tu sapu krim.

Alhamdulillah cepat dia sembuh jadi kering dan sudah tak berair lagi sekarang. Tapi rasa sakit tu masih ada. Paling tak selesa adalah semua tempat yang kena kayap tu sangat senssitif. Kena kain baju pun rasa ngilu.

Kadang kala rasa tercucuk tiba-tiba datang pada bahagian kena kayap entah dari mana datangnya.

Ini baru masuk minggu ke 2 saya kena kayap. Ada kes yang lega hanya selepas lebih sebulan. Untuk saya, harap semua itu segera hilang dan dapat kembali seperti biasa. Apapun, itu adalah amaran betapa anda sudah mencapai umur tua.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sangat tak selesa kena kayap - Anda yang pernah kena Chickenpox sila ambil perhatian !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !