Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 10, 2024

Rakyat yang baik akan terbentuk apabila negara diketuai penguasa dan pemerintah yang baik

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 10, 2024


Baru ni ada sebuah video temuramah santai dilakukan oleh seorang jejaka terhadap seorang anak gadis. Dari soalan dan suasana yang dapat dilihat dalam video itu, ia menunjukkan mereka sedang berada di sebuah kelab.

Soalan yang ditanya kepada anak gadis itu berkisar tentang aktiviti kelab. Saya lihat 1/4 dari rambut Gadis itu berwarna perang gelap keemasan seperti orang putih dan pakaiannya juga moden. Soalannya lebih kurang, 'dengan lelaki macam mana dia akan tolak untuk bersama ketika datang ke kelab?'.

Dalam keadaan geli hati, sinis, gembira, anak gadis itu menyatakan lelaki jenis baju t-shirt hitam dan berbadan keding ialah mereka yang dia langsung tak ada keinginan. Begitulah lebih kurang komennya. Tak pasti samada ia serius, sekadar lawak atau diantara keduanya.

Video itu jadi viral dan temu bual itu jadi bahan lawak memperlekehkan lelaki keding berbaju hitam. Seperti biasa, orang mula mencari dan mendedahkan maklumat anak gadis berbadan sedap itu. Baik lelaki, mahupun perempuan, sama nak mengherdik gadis muda suka ber-kelab itu.

Soalan anonymous di NGL

Ada satu aplikasi menarik yang saya dah cuba subscribe untuk tahu macam mana ia berfungsi. Namanya NGL, saya tak tau apa maksud NGL tu, malas nak ambil tahu.

Aplikasi tu saya sedar wujud bila sering baca perkongsian di posting seorang warga twitter yang ramai followers. Dia akan post paparan skrin dengan soalan dari Anonymous yang mahukan jawapan tentang macam-macam perkara dari kewangan sehinggalah kisah rumah tangga.

Soalan yang sangat kerap saya tengok adalah kisah pasangan muda meluahkan masalah rumah tangga mereka. Ada yang berkisar tentang hubungan seks terlanjur, dan pengakuan aktiviti seks sumbang, yang bagi saya seorang budak kampung dibesarkan rapat dengan masjid, rasa amat terkejut. Terbayang macam kisah Mona Gersang zaman sekolah dulu ja.

Cerita isteri kantoi dengan teman pejabat, kisah suami kantoi dengan isteri orang, suami kaki masjid suka tonton porno sebelah isteri, kaki lan#$% dan seribu satu cerita bangang yang ngeri tok nek kita dengar.

Ramai juga gadis dengan rasa bangga kongsikan berapa kali dia share badannya dengan lelaki lain secara rambang sampai beranak luar nikah dan masih tak sedar diri. Kisah isteri terlanjur dengan suami orang sampai lekat anak dan mula takut kalau suami tahu. Nauzubillah!

Semua itu membuatkan saya rasa risau bila terfikirkan anak-anak sendiri samada mereka selamat dari semua itu atau tidak?

Bagaimana nak pastikan mereka selamat?

Agama sekadar formaliti

Apakah penekanan terhadap agama yang makin lama makin kuat lansung tidak memberikan hasil kepada masyarakat Melayu kita terutamanya di Malaysia ini? 

Sepanjang yang saya perhatikan dari kecil sehingga sekarang, kegiatan aktiviti keagamaan saban tahun makin galak dan rancak. Di sekolah rendah zaman saya dulu dalam tahun antara 1975 ke 1980 matapelajaran agama Islam hanya ada satu subjek dan tak silap saya hanya dalam 2 jam saja seminggu.

Masih saya ingat Ustaz pertama saya dapat masa darjah satu namanya Ustaz Mat Zain. Ingat sebab anaknya sekali satu sekolah. Dia ajar semua perkara basic saja. Jujurnya saya langsung tak ingat samada masih ada subjek agama islam ketika darjah 2 sehingga darjah 6, sebab tak ingatpun ada belajar sesuatu. Tiada sebarang kertas peperiksaan penting dalam subjek agama.

Masuk sekolah menengah juga begitu. Tapi bezanya adalah, ada kertas peperiksaan. Jadi kena belajar untuk lulus kertas tu.

Pelajaran agama saya belajar secara tak formal di masjid dengan Tok Guru mengaji. Ada sekolah arab di masjid yang diusahakan oleh Arwah Imam kampung, Pak Su Mat Yatim. Saya masuk sekolah tu dari umur 7 tahun hingga umur 12 tahun tapi haram tak belajar sesuatupun. Malah baca dan tulis jawipun saya gagal kuasai sepanjang masuk sekolah arab tu.

Ada jadual mingguan atau bulanan program pengajian kitab dari Tok Guru yang masyhur. Tapi masyur cam manapun, bila kelas kena tadah kitab ni, tak ramai yang sertai kecuali hadir sua muka dan tidur lena sepanjang kuliah. Kalau ada anak muda duduk secara konsisten, itu perkara luar biasa.

Dari segi pemakaian nampak sangat ketara. Saya masih pakai seluar pendek dari darjah 1 sampai 6. Sekolah menengah rendah masih selur pendek kemudian baru tukar seluar panjang. Perempuan pakai skirt di sekolah rendah dari darjah 1 ke darjah 6 perra biasa. Malah masih pakai skirt sampai ke tingkatan 5 pun masih ramai selamba ja.

Sedikit demi sedikit dos keagamaan meningkat disuntik masuk ke dalam masyarakat. Darjah 1 lagi dah pakai seluar panjang, pakai kurung dengan tudung dari darjah satu sampai tingkatan 5. Yang tak pakai sudah tentu seorang mutant yang sangat janggal.

Subjek berkaitan keagamaan tak payah cakap la banyaknya. Jauh lebih banyak dari semua subjek sains + matematik + membaca. Itu tak top up lagi kelas Kafa pagi atau petang.

Sekarang kalau tengok di grup wasap kampung, yang ada skandal dulu masa muda pun posting nasihat agama setiap satu jam. Bukan nak perli dia dah berubah, tapi nak beritahu akses kepada benda keagamaan sangat luas di mana saja.

Di surau saya saja setiap hujung bulan akan keluar jadual kuliah agama untuk satu bulan yang akan datang. Apa ilmu tak ada, dari bab Quran, Tajwid, Tasauuf, Fiqah, Aqidah, Umum, dan sebagainya, semua ada. Ada pulak ceramah khas dalam apa saja tarikh penting berkaitan agama. Tazkirah bulan puasa tak pernah dilupakan.

Dalam media sosial, profile ahli agama ada jutaan pengikut. Orang yang suka posting nasihat agama jadi influencer. Pendek kata, saya lihat intensiti pendedahan kepada bab agama meningkat 360 darjah!

Panjang nak baritahu betapa dos keagamaan sudah meningkat. Persoalannya sikap anak muda makin teruk sehingga ada yang selamba mengaku tak percaya pada mana-mana agama yang ada. Mereka kahwin, amalkan agama sekadar formaliti. Tak lebih dari itu.

Maksudnya semua amalan itu sekadar mahu mengelakkan diri dari dilihat berbeza sahaja. Kulit saja sama tapi jiwa mereka sudah dikuasai syaitan sepenuhnya. Berapa ramai yang sengaja dan saya yakin paling ramai tak sedar bahawa mereka amalkan agama hanya untuk formaliti saja.

Pegangan utama manusia

Dalam Al-Quran, perkataan 'deen' diterjemahkan sebagai 'agama'. Bila baca terjemahan begitu semua ayat yang ada sebut deen akan dibayangkan sebagai sebutan untuk agama.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. - Al Imran:19

Bila baca ayat di atas, fokus sudah tentu pergi ke arah agama Islam, Kristian dan Yahudi. Kalau disentuh secara umum, masih berkisar tentang agama juga termasuklah seperti Hindu, Buddha, Zoroastrian dan seumpamanya.

Tetapi jika di terjemahkan tanpa tambahan penerangan seperti dalam tutup dan buka kurungan di atas itu, ayat itu bukan bercakap pasal agama. Sebaliknya ia menyentuh tenang doktrin yang dipegang di dalam setiap diri manusia. Doktrin yang betul, yang Tuhan terima adalah penyerahan total kepadaNya.

Kalau nak tahu apa doktrin pegangan seseorang, cukup sekadar lihat apa yang dia usahakan dan diamalkannya dalam hidup. Jika ada manusia yang sanggup setubuh bini orang lain sedangkan dia ada bini di rumah, terang dan nyata dia tidak serahkan dirinya kepada Tuhan. Dia serahkan jiwa dan raganya kepada kelazatan pancutan anzal.

Dalam kes yang sedang berlaku meriah diluar sana sebagaimana saya sebut di atas tadi dalam segala pengakuan songsang di atas, agama jelas sudah jadi formaliti saja. Formaliti masyarakat, negara, pemimpin dan semua orang yang hanyut dikuasai kemajuan dunia moden.

Majoriti besar manusia sebenarnya tidak berfikir langsung. Mereka sekadar ikut saja apa yang dipersembahkan kepada mereka. Malah tak sempat nak fikirpun sejak dilahirkan sampailah ke liang lahad, manusia dikerah ikut laluan seperti mana kawanan kambing dikerah anjing masuk ke kandang.

Segala sistem yang ada digunakan untuk pastikan tiada seekorpun terlepas dari ikut semua perjalanan tersebut. Baik dari segi agama, amalan hidup, makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan, teknologi, bahasa, kebudayaan dan segalanya dikawal dengan baik sekali di atas sana.

Anak gadis berambut perang, pakai pakaian seksi, tindik hidung, setiap minggu ke kelab menari dan berfoya-foya yang saya sebutkan di atas hanya sekadar ikut apa yang dipersembahkan kepada mereka samada secara global atau lokal. Doktrin hiburan dan amalan hidup adalah suntikan global yang tiada sempadan sekarang ini. Manakala doktrin budaya dan amalan kemasyarakatan adalah suntikan lokal termasuklah perkara agama, adat dan sebagainya.

Jika penguasa dan pemerintah berjaya menyuntik dan berpegang kepada budaya dan amalan lokal yang murni di atas sana, maka rakyat akan turut sama ikut tanpa sukar. Contohnya larangan warnakan rambut dan hapuskan aktiviti berfoya-foya di kelab malam.

Namun akan wujud tentangan kerana ia melawan arus doktrin yang disuntik secara global. Penguasa dan pemerintah lokal tak sanggup ambil risiko lawan arus global melainkan mereka sanggup putuskan semua hubungan antara bangsa seperti Korea Utara buat. Kalau tidak, kerajaan yang ada pasti akan jatuh akibat tekanan global.

Seandainya penguasa dan pemerintah peringkat global ikut doktrin yang Al-Quran sebut, iaitu penyerahan diri hanya kepada Tuhan, maka seluruh dunia akan tiba-tiba akan mengubah haluan dan dapat membebaskan semula diri mereka untuk menggunakan akal mereka buat berfikir semula.

Wa'allahu'alam!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rakyat yang baik akan terbentuk apabila negara diketuai penguasa dan pemerintah yang baik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !