Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 25, 2008

Jangan Bertaqlid Buta - Pendita Za'ba

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 25, 2008

Saya tertarik dengan satu cerita yang dituliskan oleh Pendita Za'ba dalam bukunya "Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri", begini ceritanya:

Kononnya pada suatu hari 2 ekor keldai telah dibawa oleh tuannya mengankat barang. Seekor membawa garam dan seekor lagi membawa sepan. Ketika mereka mengharung sebuah anak sungai sambil membawa barangan itu di belakang, keldai yang membawa garam tergelincir beberapa kali dan jatuh tergolek ke dalam air. Maka garam itu pun beransur hancur. Tiap kali ia bangkit air garam itu berlelehan turun dari kiri kanan rusuknya. Akhirnya ia pun merasa ringan. Setelah sampai ke tebing sebelah, melompatlah ia kesukaan.

Melihat begitu keldai yang membawa sepan itu hairan lalu bertanya kepada kawannya. "Apa yang membuatkan awak begitu gembira, tadi saya lihat awak terbengkul-bengkul di bawah beban awak itu, sekarang awak sudah ringan dan boleh berlari melompat-lompat dengan riang pula"

Jawab kawannya itu, " Masa saya mula-mula tergelincir dan jatuh kedalam sungai tadi saya terasa beban di belakang hancur menjadi air serta ringan rasanya. Sebab itu sya sengaja membuat-buat jatuh lagi beberapa kali, supaya banya lagi beban saya itu hancur. Sekarang sudah ringan betul"

Maka keldai yang membawa sepan itu menetapkan dalam hatinya hendak membuat-buat jatuh pula dalam air bila menyeberang anak sungai lain kelak agar bebannya menjadi ringan juga.

Maka apabila terjumpa sebuah anak sungai lagi, ketika menyeberang ia pun pura-pura terjatuh hingga tergolek-golek ke dalam air. Sengaja ia lambat bangun, kerana menantikan bebannya itu hancur pula.

Tapi kasihan, apabila ia bangun terasa bebannya telah bertambah berat berganda-ganda dari asal. Mahu tak mahu berjalanlah juga ia nail ke tebing sambil mengerang dan mengeluh oleh terlalu beratnya, seperti hendak patah rasa belakangnya.

Ketika itu tuannya yang dari tadi telah memerhati sahaja kelakuan keldai tadi dengan perasaan lucu datang hampir kepadanya lalu berkata.

"Hai si dungu yang bebal, sungguhlah engkau ini bodoh dan tongong ! tiada engkau mengerti bahawa beban engkau dengan beban kawan engkau itu tidak sama jenisnya, engkau hanya meniru dan mengikut-ngikut dengan buta tuli, tidak dengan fikiran dan faham yang terang. Padanlah balasan yang engkau terima ini dengan bodoh engkau itu !. Bangsaku manusia pun banyak yang berbuat seperti engkau ini, mengikut-ngikut perkara yang mereka tiada tahu dan tiada mengerti !."

Demikianlah kiasan Pendita Za'ba dalam menyampaikan keburukan taklid buta dalam menerima sesuatu ilmu tanpa cuba di selidiki dan difahami terlebih dahulu kesesuaiannya sebelum kita mengamalkannya.

Cuba melihat di sekeliling kita, termasuk diri kita sendiri betapa banyak berlaku masyarakat kita yang membawa watak keldai si pembawa sepan tersebut.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jangan Bertaqlid Buta - Pendita Za'ba

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. A'skum..
    article yng cukup menarik.. sebagai peringatan buat diri saya.. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Cerita menarik. Ada tak ketika yang kita boleh mengikut orang secara terus dalam bidang2 yg kita tidak arif ? tapi kita kena tengok juga orang yang kita ikut itu.

    ReplyDelete
  3. Shahabudeen, itu bukan ikut tapi belajar, sepanjang tempoh belajar itu kita sentiasa bertanya dan menggunakan akal sebagai penimbang...sehingga kita keluar dengan cara kita tersendiri yang lebih baik...wa'allahualam

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !