Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 5, 2009

Ayahku - Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 5, 2009

Buk yang bertajuk Ayahku ini adalah karangan Professor Hamka. Prof Hamka menulis biografi ayahnya dan sejarah keturunannya. Banyak perjuangan yang hebat ayahnya diceritakan dalam buku ini yang sudah pasti memberi banyak engajaran kepada kita.

Antara yang menarik dalam buku ini adalah peristiwa lahirnya bapanya dan bagaimana salah seorang dari bapa saudara ayah Hamka yang terus mengambil kapak untuk ke hutan. Bila ditanya untuk apa dia ke hutan, dia menjawab mahu memilih kayu yang baik-baik untuk di buat wakaf sebagai persediaan tempat anak yang baru lahir itu mengajar ilmu agama kepada orang ramai. Memang benarlah tempat yang dibina itu dijadikan pusat mengajar dan menyebarkan ilmu kepada seluruh anak muridnya.

Begitulah hebatnya perancangan orang-orang yang dianugerahkan visi yang hebat sehingga melahirkan Ayah kepada Hamka dan seterusnya Hamka sendiri. Saya syorkan buku ini dijadikan koleksi bacaan kita.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ayahku - Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !