Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, June 17, 2009

Rezki Jangan Ditolak

  Mat Bihi       Wednesday, June 17, 2009

Hari ini saya mengikuti satu program anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Selangor (DPMMS) yang bertajuk "Business Power Talk". Program merupakan anjuran bersama Syarikat Perfisio Solutions Sdn Bhd.

Satu program yang menarik yang memberikan maklumat dan motivasi kepada para usahawan yang berdaftar dengan DPMMS.

Saya amat tertarik dengan ceramah pertama yang disampaikan oleh Dr. Tengku Asmadi, seorang motivator yang tidak asing lagi yang sering myncul dipelbagai media.

Satu slogan yang menarik perhatian saya ialah seperti tajuk yang saya paparkan di atas, "rezki jangan ditolak".

Dr Tengku Asmadi berpendapat, jika rezki datang kepada kita maka kita tidak sepatutnya menolak, kita hendaklah mengambilnya kerana jika tidak takut kalau kita berlaku sombong kepada Allah yang telah mengurniakan rezki tersebut kepada kita.

Dia menceritakan pengalamannya yang ditawarkan satu peluang perniagaan lain yang bukan bidangnya, yang dilihatnya sebagai satu rezki lalu dia mengambilnya atas dasar tersebut.

Hasilnya dia mendapat laba yang banyak dripada bidang yang diceburinya itu. Maka dia mengajak agar semua yang hadir menjadikan itu sebagai satu pedoman di masa yang mendatang.

Pendapat tersebut agak tidak seiring dengan saya yang melihat perniagaan merupakan satu bidang yang memerlukan seseorang usahawan itu memberikan tumpuan yang sepenuhnya tanpa lari dari bidang yang kita ceburi.

Ini amat diperlukan jika kita mahu membina sebuah empayar perniagaan yang berjaya.

Saya mengumpamakan rezki itu seperti apabila kita dihidangkan dengan makanan tengahari dan kita telah mengisi pinggan kita dengan penuh, lauk pauk yang kita suka.

Sedang kita menjamahnya, datang satu lagi tawaran hidangan yang menarik kepada kita untuk kita penuhi.

Jika saya, saya akan menolak tawaran tersebut kerana apa yang sedang saya nikmati belum lagi habis, dan jika habis nanti saya pasti akan kekenyangan.

Jika saya menyambut tawaran tersebut dan mengisi satu lagi pinggan penuh, perbuatan itu nampak lebih kepada tamak dan pelahap.

Saya mengutarakan pendapat tersebut ketika menjamu selera selepas dari ceramah itu. Ini memandangkan rata-rata peserta yang bersama dengan saya ketika itu mengambil pandangan penceramah untuk tidak menolak rezki perniagaan lain, walaupun dia sedang bertungkus lumus membina perniagaan yang diceburinya.

Mendengan pandangan saya, mereka terkejut dengan perspektif yang saya utarakan dan memberikan hujah, membenarkan pendapat penceramah. Saya tetap mengatakan yang saya lebih condong kepada sikap tamak jika kita berkelakuan sebegitu.

Mereka yang membenarkan pendapat penceramah mengatakan jika kita menolak, itu akan membuatkan orang akan berkecil hati, bukan sikap kita sebagai orang yang berhemah untuk mengecilkan hati orang. Maka kita hendaklah mengambil juga sebagai aksi mengambil hati.

Namun saya bertahan bahawa, tiada perniagaan yang boleh bertahan dan maju jika kita melibatkan diri sekadar untuk mengambil hati orang lain.

Perbincangan itu habis disitu saja tanpa apa-apa rumusan. Yang pastinya mereka semua terkejut dengan pandangan saya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rezki Jangan Ditolak

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Salam.
    Konsep perniagaan yang disebut penceramah tu dipanggil Opportunist yang diajar kapitalis Barat. Na'uzubillah.

    Konsep yang saudara sebut tu dipanggil Kesyukuran yang diajar al-Quran. Alhamdulillah.

    Sifat Opportunist ni memang bahaya...boleh makan kawan, rasuah dan celapak atas kepala orang untuk berjaya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikom Zaidi,
    Kekadang kita kelabu mata dengan peluang. Kita sangka dan selalu juga orang sebut peluang hanya datang sekali, maka kita mula teruji.
    Sedangkan adalah perkara biasa bagi seorang usahawan melihat peluang kerana memang sikap usahawan sentiasa mencari peluang. Tetapi bukan semua peluang kita perlu rebut.
    Bila kita buat keputusan nak beli kereta nissan sentra, tiba-tiba kita perasan banyak kereta nissan sentra. Sentiasa ada saja kita nampak kereta tersebut.
    Adakah sebelum ini kereta nissan sentra tak ada ?, ada, cuma kita tak nampak bila kita tak buat keputusan untuk memilikinya. Bila kita bercadang nak, tiba-tiba kita mula nampak. Begitulah juga peluang.
    Adakah semua kereta nissan sentra kita nak ambil?, tak kita beli satu saja, dan yang terbaik dan sesuaidengan kita.

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Saya setuju mengenai al-kisah Nissan Sentra tsb. Ketamakan mengundang bahaya.

    Mencari peluang adalah usaha, menggunakan peluang adalah hikmah dan menerima rezeki dari peluang tersebut adalah hak Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah, saya seronok membaca komen Tuan atas apa yang telah saya ceramahkan tempohari. Cuma ada sesuatu yang Tuan tertinggal tentang apabila saya katakan bahawa rezeki jangan ditolak. Saya ada menyebut bahawa apabila rezeki itu datang jangan ditolak, rebutlah peluang itu dan kalau kita tidak mampu menggerakkannya maka kongsilah dengan mereka yang ada disekeliling kita. Kata saya lagi, kadang-kadang rezeki orang yang ada sekeliling kita itu datangnya melalui kita mungkin atas makbulnya doa kita.

    Sekadar menambah fakta yang Tuan ter'miss' tempoh hari.

    Semoga rahmat Allah sentiasa atas Tuan.

    ReplyDelete
  5. mindapositif !
    Terima kasih atas komen Dr.

    ReplyDelete