Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, September 26, 2009

Larangan Merokok Tempat Awam Mengurangkan Kesan Serangan Jantung

  Mohd Shubhi       Saturday, September 26, 2009
Satu kajian para penyelidik yang dilakukan di Eropah dan Amerika Utara menunjukkan yang larangan daripada merokok di tempat awam seperti di restoran, bar, panggung wayang dan seumpamanya telah menghasilkan penurunan serangan jantung sebanyak 25%.

Di England sahaja penurunan serangan jantung sebanyak 10% telah dicatatkan setahun selapas larangan tersebut dikenakan di semua bar dan restoran.

Bagaimana pula di negara kita setelah larangan tersebut dikuat kuasakan oleh kerajaan tidak lama dulu. Adakah data-data kajian yang menunjukkan perubahan terhadap kesan larangan merokok di tempat awam?.

Elok dipaparkan kepada masyarakat umum agar ini dapat memberikan kesedaran kepada perokok tegar yang keras kepala yang masih menghisap rokok di tempat larangan walaupun telah dikuat kusakan.

Kita boleh pergi ke kawasan seperti pudu raya dan lihat masih ada segelintir manusia yang selamba saja merokok, agaknya mereka tak reti bahasa kot...?

Walau bagaimanapun syabas kepada kerajaan kerana telah mengambil langkah yang betul dalam menguatkuasakan larangan merokok.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Larangan Merokok Tempat Awam Mengurangkan Kesan Serangan Jantung

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !