Jas duit

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 15, 2009

Hidup Sihat - Basuh Tangan Dengan Sabun

  Mat Bihi       Thursday, October 15, 2009

Amalan membasuh tangan dengan bersih dengan ,menggunakan sabun dapat mencegah pelbagai penyakit terutamanya di negara yang kurang maju seperti negara-negara ketiga.

Ini sekali gus dapat mengurangkan penularan penyakit-penyakit yang merbahaya dan dapat menjimat berjuta-juta ringgit kos membendung dan merawat penyakit tersebut. Demikian kata Dr. Valeris Curtis, pengarah kepada Pusat Hygiene di London School of Hygiene and Tropical Medicine.

Untuk menggalakkan amalan membasuh tangan dengan menggunakan sabun, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti apakah motivasi yang membuatkan orang ramai membasuh tangan dengan sabun.

Kajian dijalankan terhadap 250,000 orang yang menggunakan tandas dan samada mereka menggunakan sabun atau tidak dikesan dengan meletakkan alat sensor.

Dari kajian di dapati hanya 32% lelaki yang membasuh tangan dengan sabun manakala wanita pula jauh lebih baik amalan penggunaan sabun iaitu 64%.

Satu skrin cogankata di letakkan di hadapan pintu masuk tandas yang memapar kata-kata seperti, "tahukah anda bahawa membasuh dengan air sahaja tidak dapat membunuh bakteria, gunakan sabun".

Cogankata yang terbaik yang menaikkan peratus penggunakan sabun adalah " Adakah orang sebelah anda menggunakan sabun?".

Para pengkaji merumuskan bahawa orang ramai lebih terdorong untuk melakukan sesuatu sebab takut termalu pada orang lain. Sebab itu dalam kajian di dapati semakin ramai orang berada dalam tandas semakin tinggi peratusan penggunaan sabun.

Kebanyakan orang akan cuba menjadi atau membuat sesuatu yang difikirkan oleh orang ramai.

Kalau orang ramai fikirkan yang tidak membasuh dengan sabun adalah pengotor maka kita akan melakukannya bagi mengelakkan dari dituduh pengotor.

Begitulah manusia, kita sentiasa cuba melihat definisi orang ramai dan cuba menjadi apa yang orang ramai mahu kita jadi dari cuba menjadi apa yang kita sendiri mahu jadi, akhirnya kita tercungap-cungap keletihan mengejar jangkaan orang ramai.

Marilah kita tanamkan amalan membasuh tangan dengan sabun agar dapat mengurangkan penularan penyakit.

Saya syorkan kita berlumba membeli sabun dan mewakafkan di tempat-tampat wuduk di seluruh masjid-masjid di Malaysia untuk memastikan orang Islam yang bersolat menjadi golongan pertama yang mengamalkan standard kebersihan yang tinggi.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hidup Sihat - Basuh Tangan Dengan Sabun

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. salam, menarik..tapi lebih menarik jika dikaitkan dengan amalan membasuh tangan ketika berwudhuk..kita mengaktifkan 66 saraf ketika berwudhuk (rujuk tulisan Dr Danial)

    ReplyDelete
  2. Averrazrule,
    Terima kasih atas komen dan maklumat anda.

    ReplyDelete