-->

Jas duit

Jasduit - Just do it !

Friday, October 16, 2009

Aksi Lucah Ketika Solat !

  Mat Bihi       Friday, October 16, 2009

Pernahkah anda solat berjemaah dan di hadapan anda seorang anak muda yang berseluar jean ketat sedang bersujud?. Jika anda perhatikan anak muda itu akan memaparkan lurah punggungnya dengan anggun sekali sambil dia kusyuk bersujud.

Dalam sebulan saya akan sentiasa terserempak dengan aksi lucah tersebut sekurang-kurangnya sekali. Melihat perkembangan jumlah anak-anak muda yang makin ramai datang bersolat di Masjid amat membanggakan sekarang ini, tapi malangnya terdapat ramai yang tidak menghayati rukun serta syarat sah dan batal solat tersebut.


Jika kita memahami dan menghayati solat maka kita akan secara lansung menjaga tertib berpakaian. Agama kita tidak menghalang umatnya memilih pakaian yang kita selesa asalkan ianya menutup aurat. Di samping itu terdapat beberapa ciri-ciri lain yang kita patut jaga.

1. Pakaian kita hendaklah sentiasa dalam keadaan menutup aurat kita dalam semua pergerakan solat seperti rukuk, sujud, duduk dan lain-lain. Maka amat mustahak kita memilih baju yang agak panjang sedikit yang tidak akan terselak ketika kita sujud atau rukuk. Baju ketat ala Shah Rukh Khan amat tak sesuai. Begitu juga seluar ketat ala penyanyi rock atau seluar londeh ala penyanyi Rap perlu di jauhkan.

2. Pastikan pakaian kita tidak dicemari najis dan sentiasa bersih. Kita perlu berhati-hati dalam segala aktiviti harian kita jika kita mahu menggunakan pakaian yang sama untuk bersolat. Jagalah kebersihan diri kita dan pakaian kita.

3. Jangan kita memakai pakaian yang memaparkan cogan kata atau gambar yang celupar, lucah, bodoh atau apa-apa saja yang mempromosikan perbuatan yang tidak patut. Kalau pakaian yang kosong sahaja lagi bagus.

4. Elakkan juga pkaian yang nipis dan terkoyak sana sini.

Daripada senarai etika berpakaian di atas kesimpulannya muslim yang memelihara solatnya akan terpelihara pakaiannya dengan sopan dan menarik. Muslim tersebut akan mempunyai satu prinsip yang tetap dalam membuat pilihan pakaian.

Kita juga akan terhalang dari mengikut secara hentam kromo segala budaya pakaian artis barat yang tak sesuai. Terjagalah umat Islam dari mudah dipengaruhi oleh segala iklan dan promosi media yang keterlaluan menonjolkan budaya artis yang palsu.

Sempena hari jumaat ini, mari kita lihat semula citarasa memilih pakaian kita agar solat kita terpelihara dan diterima Tuhan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Aksi Lucah Ketika Solat !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment