Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 15, 2013

Hasil tembakan anak-anak - Cameron Highland

  Mohd Shubhi       Monday, April 15, 2013
Aku pernah cerita sebelum ini berkenaan awek pertama aku yang mula-mula sekali aku jatuh cinta dalam dunia kamera. Awek pertama tersebut bernama Ricoh 200 yang masih aku kekalkan dalam simpanan.


Oleh kerana saiznya yang tidak besar, aku senang nak bawa kemana-mana saja dengan memasukkan nya ke dalam beg sangkut. Jika ada sesuatu yang penting yang perlu dirakamkan aku akan keluarkannya. Jadi tak perlulah aku mengusung ke sana sini kamera DSLR aku yang agak gabai.

Cuma bila aku mahu bawa keluarga berjalan-jalan, sudah pasti aku akan bawa DSLR untuk ambil gambar. Dalam pada itu, aku masih bawa juga kemera kecil Ricoh tersebut. Biasanya anak-anak akan berebut mahu menggunakan kemera itu untuk merakamkan benda yang mereka mahu.

Sebelum ini aku tak benarkan mereka guna kamera Ricoh itu sebab sayang takut mereka menggunakannya dengan kasar dan boleh merosakkannya. Walaupun Ricoh Caplio itu kecil, tapi ianya masih tetap mahal. Aku dah habis RM1,700 dengan benda kecil tersebut.

Bila mereka minta juga nak guna aku suruh guna telefon bimbit. Di situ juga ada kamera. Tapi lama kelamaan aku mula ajar sedikit demi sedikit dan tanamkan sifat berhati-hati pada kamera lalu aku berikan mereka menggunakan Ricoh secara bergilir.

Berikut aku paparkan hasil rakaman mereka ketika di Cameron Highland sebelum ini. Boleh tahan juga rakaman mereka dan nampaknya mereka tahu apa yang mereka mahu rakamkan. Ada juga gambar yang mengarut tapi ada juga yang ok.

Semua gambar ini adalah hasil anak-anak aku punya kerja dengan sedikit sentuhan edit yang aku buat. Itupun edit yang terlalu minimum seperti crop dan sebagainya sahaja. Sila layan..dan komen le jika ada pandangan.


















logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hasil tembakan anak-anak - Cameron Highland

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !