Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 10, 2013

Makan nasi di Kuala Muda

  Mohd Shubhi       Friday, May 10, 2013
Hari sabtu lepas, sehari sebelum berlansungnya PRU ke 13, aku dengan 4 orang lagi kawan berputar-putar meronda sekitar kawasan Penaga di mana Rizal Merican bertanding untuk Parlimen Kepala Batas. Kenapa aku ke sana adalah untuk melihat samada betul berlakunya pesta pasang bendera di kawasan Penaga. Kawan bagi tahu nisbah antara bendera Pas berbanding BN adalah 1 kepada 100!

Kami solat di sebuah masjid di sana dan selepas selesai solat zohor terus menuju ke Kuala Muda untuk makan nasi di gerai kawasan orang berbisik jual ikan yang baru dinaikkan dari laut. Makan di situ murah sungguh. Kesmua makanan beserta air minum seramai 5 orang hanyalah RM35 sahaja.

Aku siap suruh tambah 4 biji telur dadar sebagai lauk tambahan dan kemudiannya mengambil beberapa ekor ikan kembung yang baru digoreng sebagai ratahan. Kawan aku bagi tau, biasanya mereka tidak kenakan caj tambahan pada tambahan ikan yang diambil. Harga tetap dan murah berlaku kerana mereka ambil terus ikan daripada nelayan untuk memasak. Kalau tinggal kat situ, tentu aku akan bawa satu keluarga makan tengahari dan makan malam setiap hari...

SEmasa kami sampai ikan sedang dikumpulkan di bawah bangsal untuk orang yang berminat membelinya. Mereka yang berminat akan membida harga dengan berbisik pada telinga nelayan yang membawa naik ikan tersebut. Bidaan yang paling maham akan diberikan padanya semua ikan.

Kalau sesiapa yang nak makan atau bawa balik ke rumah dan mahukan iakan yang dibida, bolehlah berbisik pada nelayan itu, "lebih RM1...nak makan". Biasanya dia akan memberikan pada kita dengan harga termahal dalam bidaan ditambah lagi satu ringgit. Tapi masih jauh lebih murah daripada harga yang dijual di pasaran.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Makan nasi di Kuala Muda

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Salam bro;

    Perghhhh... lu sudah sampai kampung gua tuuu...., lu pekena kari sembilang kedai kak norli tak...???

    Rugi wooo....!!!!

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !