Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, May 22, 2013

Jalan-jalan ke Central Market atau Pasar Seni

  Mohd Shubhi       Wednesday, May 22, 2013
Aku lebih selesa sebut Central Market. Itulah yang disebut sejak kali pertama aku kenali tempat ini masa zaman belajar di tahun 1987 dulu. Masa tu aku terpaksa keluar dari kampung pergi ke KL untuk masuk ke Kursus Pengajian Persediaan di ITM.

Nak masuk tandas macam nak masuk LRT
Zaman remaja sebelum masuk 20 tahun dulu central market ni jadi salah satu daripada pusat melilau bila hujung minggu. masa tu aku akan naik bas daripada tempat tinggal di PJ kemudiannya di Damansara dan akan turun di Perhentian Bas Kelang.
Dari situ laluan pertama adalah Central Market. Antara restoran yang biasa aku pekena roti canai adalah di restoran Kampung Pandan di tingkat satu CM tersebut. Sekarang restoran tu dah takada lagi kat situ. Tinggal Food Court saja yang besar dan agak glamour.
Dulu CM juga merupakan kawasan para artis jalanan mempamerkan hasil seni mereka. Macam-maca ada, yang baca puisi, yang main gitar, yang menyanyi lagi, yang berlakon dan lain-lain lagi.
Kedai jual produk berasaskan Tongkat Ali
Pasar seni juga jadi salah satu tempat merendek para belangkas yang sedang bercinta. Boleh tempa macam-macam bahan kenangan seperti cenderamata bergambar dan lain-lain.
Baru-baru ini aku bawa satu keluarga bersama anak-anak pergi meninjau apa dah jadi kat CM. Memang banyak berubah. Terasa macam ada kat luar negara pulak tetapi lebih nusantara dengan berbagai campuran hasil seni dari cina, melayu, india, indonesia, jawa, siam dan macam-macam lagi.
Yang paling best adalah aku tengok majoritinya bukan orang kita. Bahasa pertuturan mereka bukan melayu> Aku tak tau mereka bangsa apa.

Mungkinkah taukeh mereka adalah orang kita aku tak berapa pasti. Tapi aku tengok kita dah tenggelam dalam dunia perniagaan seperti itu di negara sendiri di tempat yang kita mulakan sendiri...
Malah ramai jugak tok arab yang menjalankan perniaagan seni di situ...mungkin CM nak dijadikan pusat seni antarabangsa sedunia berbanding p[usat seni Malaysia?
Para pelawanya juga adalah dari kalangan orang asing dan mereka beli barang daripada orang asing. Cuma tempat saja yang berada di negara kita.

Aiskrim dibuat secara manual tanpa peti ais! satu kon RM5 !!! 
Aku tyengok kalau kat Paris, perkara sama juga berlaku. Penjaja barangan seperti itu dikuasai oleh orang luar seperti pakistan dan vietnam dan afrika. Orang Perancis sendiri ketinggalan. Mungkin perkara saya telah berlaku di negara kita?

Tok arab ni ambil peluang cari duit kat CM. Terlena letih nampaknya dia
Persoalannya kenapa...kenapa...aku tak atau? baik ke buruk? aku rasa kena kaji dulu...!
Pembaca fikirkanlah sendiri...






logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jalan-jalan ke Central Market atau Pasar Seni

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. pernah juga sampai sini masa dulu2... dari gambar yang tuan rakam, nampak banyak juga perbezaannya sekarang

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !