Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, November 2, 2014

Resepi masak lemak telur dengan santan King

  Mohd Shubhi       Sunday, November 2, 2014
Masak lemak telur ini amat penting untuk kita tahu cara memasaknya. Sebab utama adalah kerana kos untuk membuat masakan ini amat murah.

Kalau tak ada duit untuk beli lauk seperti ikan, daging atau ayam yang mahal sekarang, masih boleh beli telur satu papan dan buat masakan untuk satu keluarga.

Mungkin juga masak lemak telur ini amat sesuai untuk orang bujang di kala minggu terakhir di hujung bulan.

Duit dah tak berapa ada tapi perut mesti juga di isi. Masak saja guna telur dan masak nasi sendiri, amat menjimatkan.

Resepi masak lemak telur santan king

Berikut saya berikan resepi masak lemak telur dengan menggunakan santan king, khas buat anda yang gemarkan masakan lemak bersantan.

BAHAN-BAHAN


  • Bawang besar dipotong kasar
  • 1batang serai diketuk
  • Santan King 100ml
  • Cili padi ikut selera masing-masing. Kalau suka pedas letak banyak, kalau tak suka sedikit sahaja
  • Asam 1 keping
  • Telur ayam ikut berapa biji nak masukkan tak kisah
  • Serbuk perasa - boleh guna serbuk perasa brand Maggi
  • Air
  • Garam

CARA-CARA


Didihkan air bersama bawang besar, serai, Santan King dan cili padi. Kemudian masukkan asam keping.

Selepas itu masukkan telur sebijik-sebijik dan masukkan serbuk perasa. Masukkan garam secukup rasa

Nah! dah siap hmmm...kalau nakkan warna kekuningan sikit, masukkan saja secubit kunyit.

Makan masak lemak telur dengan ikan kering

Masa kecik-kecik dulu ini salah satu masakkan yang saya suka. Tak pasti sebab apa mak masak masakan ini samada sebab tak ada duit nak beli lauk atau memang tak ada idea nak masak masakan lain.

Tapi tak kisah sebab masa tu memang sedap sangat makan nasi dengan masak lemak telur. Letakkan kicap cap Tamim sedikit untuk menambahkan lagi selera.

Nasi pulak jangan kering sangat. Saya suka makan masak lemak telur ini dengan nasi yang agak sedikit lembek, jadi lebih senang nak kunyah dan seterusnya telan. Tambahan pula nasi panas-panas sedikit menambahkan lagi kelazatannya.

Goreng pula ikan gelama masam untuk dijadikan sebagai lauk tambahan. Cubit sikit, ikan gelama masam kering, cekak nasi yang berpalut dengan masak lemak telur, dan ngap! perghhh ! lazat ! Subhanallah!.

Nak tambahkan lagi suasana lazat yang drastik tu, suasana diluar rumah cuaca terang, pertukaran suhu antara pagi dengan tengahari dan angin laut membuai-buai daun nipah di tepi sungai dengan merdu dan nyaman.... boleh habis dua atau tiga pinggal nasi dengan masak lemak telur.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Resepi masak lemak telur dengan santan King

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. mkn nasi dgn lauk masak lemak nie..dia kena sulam dengan benda2 yang sikit2 masin macam ikan kering tu dah cantik dah,kicap pun okey juga..kuah kena banjir sebab buah last dan penutup nak hirup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya citarasa kita sama... memang best buat macam tu.. !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !