Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, October 30, 2016

Gempabumi besar baru landa Itali ranapkan gereja berusia 600 tahun

  Mohd Shubhi       Sunday, October 30, 2016
Satu gempabumi terbesar pernah berlaku sejak 36 tahun yang lalu, baru saja melanda negara Itali sehingga meranapkan sebuah gereja bersejarah yang berusia 600 tahun. Banyak lagi bangunan-bangunan bersejarah telah rosak atau ranap hasil daripada gempabumi berskala 6.6

Gambar di atas sekali adalah gambar terkini bangunan gereja bersejarah berusia 600 tahun yang ranap terus dilanda gempa bumi tersebut. Gambar di bawah ini pula adalah rupa gereja yang sama sebelum ianya masih kukuh digunakan. Gereja itu sentiasa dihadiri oleh seramai lebih dari 50 ribu penganut Kristian Katolik dari serata tempat setiap tahun.

Kali akhir gempa bumi besar melanda negara Itali adalah pada tahun 1980 dengan skala yang lebih besar setinggi 6.9. Pada tahun 1980 itu seramai 3 ribu orang dilaporan meninggal dunia akibat gempa besar itu.

Walau bagaimanapun, gempa kali ini tidak mencatatkan sebarang kematian setakat waktu ini. Cuma ada lebih kurang 20 orang sahaja dilaporkan cedera. Gegaran dirasakan segenap tempat di mana bunyi alarm kenderaan berbunyi riuh selepas gempa berlaku walaupun jarak kawasan adalah 120 kilometer dari kejadian.
Sebuah rumah di Borgo Sant'Antonio tengah Itali yang ranap akibat gempa bumi.

Lagi gambar runtuhan akibat gempa

Gambar yang diambil dari laporan TV menunjukkan kekalutan di gereja bersejarah yang dilanda gempa.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Gempabumi besar baru landa Itali ranapkan gereja berusia 600 tahun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !