Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 27, 2016

Najib Tun Razak pantun A Samad Said jawab

  Mohd Shubhi       Thursday, October 27, 2016
Salah satu seni yang amat menarik dan menghiburkan dalam Bahasa Melayu adalah Pantun. Tapi bukannya pantun yang main hentam kromo daripada mereka yang tidak arif dalam kesenian pantun.

(Sumber gambar dari sini)

Pantun jika dikarang oleh orang yang arif dalam bahasa Melayu akan membuatkan pembaca atau orang yang mendengarnya terkesima menghayati kesenian dan keindahan bahasanya.

Apabila Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita menampalkan pantun beliau di papan twitternya, ia tidak dibiarkan begitu saja tanpa ada yang sudi membeli pantun tampalan PM tersebut.

Sudah tentu ia jadi lebih menarik apabila yang membeli pantun yang dijual oleh Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sasterawan negara A Samad Said. Jom kita baca pantun yang dijual oleh perdana menteri dan kemudiannya pantun yang dijawab oleh sasterawan negara:

Najib Tun Razak

Dedak bukan, umpan pun bukan
BR1M yang iklas satu pemberian
Keperluan rakyat kita dahulukan
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan

A Samad Said

Masuk ke hutan, muncul di rimba
Selam ditasik, timbul di laut
Bajet umpama simbahan gula
Yang heboh beri, yang senyap kaut

Begitulah hebatnya pantun yang dikarang oleh A Samad Said. Amat mendalam sekali jawapan yang beliau berikan apabila Najib Razak berpantun memuji-muji sumbangan BR1M yang beliau anugerahkan pada rakyat jelata majoritinya Melayu yang papa kedana.

Bangga rakyat miskin dan susah

Bagi saya penganugerahan BR1M bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan sebab ia merupakan anugerah bantuan pada orang-orang yang susah dan miskin. Aktiviti itu juga amat bertentangan dengan halatuju kerajaan menuju negara maju di mana rakyatnya berpendapatan tinggi.

Majori teramat besar yang menerima sumbangan BR1M adalah orang Melayu, itu satu lagi perkara yang amat memalukan. Sedangkan majoriti besar rakyat yang membayar cukai, dari mana duit BR1M itu diambil, adalah orang Cina.

Itupun masih ramai lagi yang tak sedar terutamanya pejuang ultra Melayu yang seolah-olah amat benci dengan orang Cina dan mahu orang Cina keluar dari Malaysia. Amat memalukan dalam masa yang sama benci orang Cina dan bangsanya sendiri bergantung harap ambil duit orang Cina !.

Alahai negara ku ... apa pendapat anda ?

Sumber maklumat dari Selangorkini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Najib Tun Razak pantun A Samad Said jawab

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !