Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 1, 2017

2 kesan utama cuaca semakin panas pada kita semua sekarang

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 1, 2017


Apa kesan utama kepada kita dan semua manusia lain dalam keadaan cuaca yang semakin lama semakin panas sekarang?

Saya yakin semua orang tentu terasa betapa panasnya cuaca negara kita sekarang. Panas yang tak tahan bahangnya. Kalau satu hari hujan tak turun dari pagi sampai ke malam, ambillah habuan bahang panas masa nak tidur malam nanti.

Pasanglah kipas angin tahap paling kuat macam mana sekalipun, bukalah pintu dan tingkap satu rumah, badan tetap melekit berpeluh sebab bahang panas tak lari keluar dari rumah.

Melainkan anda ada pasang pendingin hawa kat dalam rumah, pada ruang tamu, pada setiap bilik tidur, insyallah rumah akan terasa sejuk. Tapi cukup bulan datang bil letrik, garu kepala la sikit dengan kos yang lebih tinggi dari biasa.

" Dapatkan khidmat kawalan nyamuk dan jentik-jentik dari syarikat pest control berlesen, Easelife Services Sdn Bhd, hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut. "

Kenapa cuaca semakin panas

Para saintis dah lama dok laungkan di seluruh dunia fenomena cuaca panas ini yang perlu diberikan perhatian oleh semua pemimpin dunia. Tapi anehnya, ada yang anggap itu semua rekaan para cerdik pandai semata-mata.

Negara Amerika dan Negara China merupakan dua negara paling banyak yang menyumbangkan pencemaran udara yang membawa akibat dunia semakin panas. Tapi presiden baru Amerika nampaknya mahu persetankan usaha untuk kawal kesan cuaca panas dunia daripada menjadi semakin parah.

Sedangkan banyak negara-negara besar lain yang komited untuk turut sama berjuang berusaha mengurangkan pencemaran dunia melaui perjanjian cuaca Paris 2015. Amerika kata depa nak tarik diri pulak.

Samada para saintis bohong atau tidak, hakikatnya bahang panas memang semakin terasa pedih. Duduk kat kampung juga terasa betapa panasnya cuaca. Kalau duduk dalam hutan tebal barangkali tak terasa sangat. Tapi banyak hutang dan banyak pokok pulak para kontraktor dok tebang sebab nak naikkan batu.

2 kesan utama cuaca panas

Ada dua kesan utama yang telah berlaku pada manusia di seluruh dunia akibat daripada cuaca dunia yang semakin panas ini,

  • Penyakit bawaan nyamuk meningkat
  • Kurang zat makanan


Cuaca yang semakin panas ini sesuai untuk pembiakan nyamuk. Perasan tak kalau hari panas, rumah kita lebih ketara kehadiran nyamuk. Tapi bila cuaca sejuk, nyamuk tak berapa banyak sangat. Cuaca menentukan tahap keaktifan nyamuk sebenarnya.

Masalah kurang zat makanan pulak adalah disebabkan hasil pengeluaran makanan telah merosot teruk akibat daripada keadaan cuaca yang berubah di seluruh dunia. Ini memberikan kesan kepada jumlah makanan manusia dan akibatnya semakin ramai yang kurang zat.

Kesan cuaca panas sejak 2000

Berikut antara perkara yang berlaku sejak tahun 2000 sehingga 2016 akibat daripada banhang panas yang semakin meningkat,

  • 125 juta manusia terdedah kepada gelombang panas di seluruh dunia. Golongan tua terutamanya berada dalam situasi merbahaya.
  • Tahap produktiviti para petani menurun sebanyak 5.3% sejak tahun 2000 sebab tak tahan dengan cuaca panas.
  • 100 juta manusia terdedah dengan wabak denggi yang semakin mudah tersebar akibat dari cuaca panas
  • Jumlah manusia tak cukup makan dsn kurang zat bertambah dari 398 juta pada tahun 1990 kepada 422 juta pada tahun 2016

Fatwa ulama khas untuk orang Islam

Mungkin para ulama boleh mainkan peranan mereka dalam hal ini untuk turut sama memberikan sumbangan kepada fenomena cuaca panas yang sedang melanda umat manusia di seluruh dunia sekarang.

Mereka perlu mainkan peranan untuk bersidang dan senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan pencemaran udara dan merosakkan cuaca.

Bila dah siap senarai tersebut, mereka, para ulama perlu sepakat untuk keluarkan fatwa mengharamkan semua umat Islam dari melibatkan diri dalam apa saja urusan yang menyumbang kepada perubahan cuaca dunia menjadi semakin teruk.

Perkara paling mudah untuk para ulama fatwakan haram adalah penggunaan bahan bakar petrol dan diesel untuk kenderaan. Para ulama perlu berikan fatwa wajib umat Islam beli dan hanya pakai kenderaan mesra alam dan jimat tenaga atau Energy Efficient Vehicle.

Para uama juga perlu wajibkan umat islam membina kilang buat kenderaan mesra alam dan mesra tenaga secara kolektif di mana-mana negara yang difikirkan sesuai. Jika semua umat islam haramkan diri mereka guna kenderaan selain dari kenderaan eletrik, maka 1.5 billion manusia akan berhenti menyumbang pencemaran.

Tapi mungkin juga bila haram pakai minyak petrol atau diesel, maka umat Islam terpaksa pakai basikal saja sebab tak mampu pakai kenderaan letrik yang mahal... ? Elok Ustaz Dr Zamihan pikirkan masalah ini daripada tak henti-henti hentam Dr Asri dan serang fahaman Wahabi..

Apa macam? setuju?

Maklumat laporan dari sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 2 kesan utama cuaca semakin panas pada kita semua sekarang

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !