Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 29, 2017

3 tempat makan di Seberang Perai yang anda perlu singgah jika ke sana

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 29, 2017


Sekarang dah nak masuk musim cuti sekolah. Tentu ramai yang dah buat rancangan untuk bawa anak-anak berjalan-jalan makan angin di dalam negara sendiri.

Tak payah nak pergi ke luar negara rasanya dalam keadaan nilai matawang yang tak berapa memberansangkan sekarang. Anda akan dapat jaub lebih banyak nilai dengan berjalan sekitar dalam negara saja.

Tapi kalau ada banyak sangat duit, apa salahnya. Boleh saja pergi lebih jauh. Mungkin ke Indonesia, mungkin ke Thailand, Kemboja, atau Vietnam.

Singapura mungkin dekat, tapi macam yang saya kata, kos hidup kat Sngapura lebih tinggi dari Malaysia. Jadi nilai matawang ringgit yang anda tukat kepada Dollar Singapura akan lebih menyusut lagi jika ke sana.

3 tempat singgah bila balik ke Seberang perai

Saya orang Seberang Perai, Pulau Pinang. Saya tekankan kawasan Seberang Perai tu sebab ramai yang akan bayangkan bahagian pulau sahaja jika saya sebut yang saya orang Pulau Pinang. Sedangkan Seberang Perai tidak kurang penting dan hebatnya berbanding dengan bahagian Pulau Pinang tu.

Lebih tepat lagi saya orang Penanti. Anak khariah Kubang Semang. Lahir di sana dan membesar dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah kat sana. Hanya selepas SPM saja baru saya melangkah lebih jauh keluar dari kampung.

Memang dah banyak tempat saya dah sampai. Tapi kalau bab makanan, saya tak pernah rasa ada  tempat yang lebih bagus daripada tempat saya sendiri di negeri Pulau Pinang. Salah satau makanan yang saya suka sangat dan berselera adalah Nasi Kandar.

Jangan nak kondem apapun. Saya tak ambil pot. hangpa nak boikot dari makan nasi kandar dengan alasan kedai mamak kotor dan bermacam keburukan lagi, saya masih tetap berselera makan nasi kandar.

Jadi saya nak kongsikan 3 tempat makan pada pembaca terutamanya yang bukan berasal dari negeri Pulau Pinang. Salah satu darinya sudah tentu kedai nasi kandar. Jom kita semak 3 tempat makan yang saya nak syorkan kat bawah ni.

1. Restoran Hameediyah di Jalan Baru

Dulu kalau saya balik ke kampung, terpaksa ambil satu masa yang sesuai untuk pergi ke bahagian Pulau di Pulau Pinang untuk pekena Nasi Briani di Restoran hameediyah ni. Kadangkala, saya terus saja naik jambatan Pulau Pinang terlebih dahulu untuk ke Campbell Street.

Kat situ terletak Restoran Nasi Kandar Hameediyah yang saya dah mula makan sejak sekolah rendah dulu lagi. Masa zaman kecik dulu hanya berpeluang makan kat situ paling kerap hanyalah sekali dalam tempoh setahun.
Sumber gambar
Itupun ketika pergi cari baju raya kat Penang Road. Masa buka puasa, jika ada rezki bolehlah berbuka kat restoran tersebut. Bila dah besar, Restoran Hameediyah yang saya kat situ jadi tempat wajib singgah setiap kali saya balik kampung.

Rasa tak lengkap balik kampung jika tak pergi ke situ sekali.

Tapi sekarang dah tak perlu ke Tanjung lagi. Dan tak perlu naik jambatan Pulau Pinang untuk makan Nasi Briani Hameediyah. Lagipun sekarang jambatan hanya tinggal satu lane saja. Tentu mudah jem bila kenderaan banyak nak ke sana.

Restoran Hameediyah sekarang ada kat Jalan Baru. Sebaik saja anda keluar dari tol Juru, terus ambil arah ke Alor Setar. Terus sehingga anda lihat exit ke Bukit Mrtajam.

Keluar kat situ dan terus ke depan sehingga anda nampak Stesen Minyak Shell sebelah kiri. Itu tanda anda akan bertemu dengan Restoran Hamediyah yang dah amat hampir selepas Shell tersebut. Juga ada sebelah kiri jalan.



2. Singgah makan cendol Bukit Mertajam

Selepas anda makan tengahari kat Hameediyah tu, bolehlah pergi check ini samada kat Hotel atau homestay. Rehatkan diri sebentar dan kemudian boleh keluar jalan-jalan cari makan lagi kat Bukit Mertajam pulak.

Anda hanya perlu pergi ke Pekan Lama Bukit Mertajam untuk pekena Rasa Cendol paling sedap kat Seluruh Seberang Perai. Bagi saya memag sedap sangat. Tak pernah mengecewakan sejak saya sekolah rendah sampailah sekarang.

Lokasinya adalah bersebelahan bangunan Mara di Pekan Bukit Mertajam tu. Kalau nasib baik ada tempat untuk parkir. Kalau nasib tak baik, kena cari jauh sikit. Tapi saya rasa sekarang dah lebih mudah sebab Maybank kat sebelah tu dah ditutup. Jadi taklah sibuk sangat daripada sebelum ini.


3. Singgah makan laksa campur Kpg Petani

Jika anda masih ada ruang untuk masukkan makanan ke dalam perut dalam hari yang sama, anda boleh pergi cuba makan laksa campur kampung petani pulak. Jangan risau tak boleh nak masuk sebab dah kenyang.

Sebab laksa campur ini, walaupun anda dah kenyang, masih boleh masuk sebab rasa kuah laksa dengan campuran bahan lain sehingga dipanggil laksa campur amat menyelerakan.

Saya dah bawa ramai kawan pergi cuba laksa campur kat Kampung Patani tu. Malah ada kawan yang memang sejak kecil memang tak suka laksa. Tapi bila kena laksa campur kat situ, mereka mula jatuh cinta pada laksa pulak.

Tapi anda perlu pergi dalam tempoh antara pukul 10 pagi sehingga ke pukul 3 patang saja. Luar dari tempoh tersebut biasanya dah habis. Kena tunggu keesokkan harinya pulak. Harganya amat berbaloi tak perlu risau.

Makanan kat Pulau Pinang walaupun paling sedap di seluruh Malaysia, harganya tetap antara yang paling murah. Anda boleh pergi ke Kampung Petani samada dari Bukit Mertajam melalui jalan biasa. Atau jika anda naik BKE menuju ke arah Kulim, keluar kat exit Kubang Semang.

 Pergi ke arah Kampung Petani dan akan jumpa ada dua kedai laksa kat jalan tersebut. Pilih yang ada pokok ceri dan sebelah dengan kedai basuh kereta. Ada tempat lapang dan mudah untuk parkir kenderaan anda kat situ.

Nak tahu lebih lanjut lagi pasal laksa campur tersebut boleh baca artikel saya sebelum ini kat sini.

Kalau anda nak ke sana nanti jangan lupa singgah ke 3 tempat makan yang saya syorkan kat atas tu. Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Ada banyak lagi tempat sebenarnya, tapi cukup setakat yang 3 itu dahulu. nanti kita kongsikan pulak yang lain.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 tempat makan di Seberang Perai yang anda perlu singgah jika ke sana

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Replies
    1. Haha !, memang banyak lagi kalau nak senaraikan lebih dari 3. Boleh simpan untuk artikel lain selepas ini.

      Delete
  2. boleh tengo kat ==> http://sedapnya-makan.blogspot.com/ banyak tempat makan best diseberang perai...byk posting dlm tu tempat makan best..

    ReplyDelete
  3. Penang... Syurga makanan...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !