Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, November 11, 2017

Kacamata yang sesuai untuk rabun jauh dan rabun dekat serentak

  Mat Bihi       Saturday, November 11, 2017


Adakah anda jenis yang ada masalah penglihatan samada rabun jauh atau rabun dekat. Atau mungkin ada kedua-dua masalah tersebut serentak.

Bagi anda yang dah melepasi umur 40 tahun tentu dah mula hadapi masalah penglihatan. Kalau tak dapat lagi masalah tersebut, tak lama lagi akan dapatlah. Itulah kebiasaannya yang dihadapi oleh kebanyakan orang.

Tapi memang ada juga yang walaupun dah masuk umur 50 dan ke atas, matanya masih kekal sihat. Masih tak ada apa-apa masalah rabun, samada rabun jauh atau rabun dekat. Orang macam itu memang perlu diucapkan syabas dan tahniah. Memang luar biasa.

Masalah rabun jauh dan dekat serentak

Saya hadapi masalah rabun jauh sejak masuk umur 20-an. Samada sebelum itu mata saya masih k atau tidak, tak dapat nak dipastikan sebab tak ambil kisah sangat.

Masalah rabun jauh hanya saya sedar ada pada mata apabila sedang naik kereta dengan kawan-kawan. Masa itu kami lawan baca siapa dapat baca pantas papan tanda kat depan ketika kereta sedang bergerak.

Bila saya asyik kalah sebab lambat baru saya perasan yang kawan-kawan boleh baca signboard yang masih jauh dari penglihatan sedangkan saya bila dah sampai dekat baru nak boleh nampak dengan jelas.

Rupa-rupanya, ada masalah rabun jauh.

Mula pakai kacamata rabun jauh

Maka saya pergi buat pemeriksaan mata dan memang sah ada maslaah penglihatan rabun jauh. Kenapa pakai kacamata supaya boleh baca dan nampak dengan jelas walaupun dari jarak jauh.

Bila dah siap dan mula pakai kacamata, alangkah terkejutnya saya!.

Betapa pemandangan menjadi lebih terang dan puas sangat. Kenapalah saya tak sedar selama ini yang saya tak boleh lihat dengan jelas macam-macam kawan-kawan lain yang tak ada masalah penglihatan.

Masalahnya bila dah nak kena pakai kacamata, adalah untuk sesuaikan diri sampai selesa. Bukan mudah nak biasakan diri asyik pakai kacamata sebab terasa ada gangguan benda duduk kat hidung.

Satu lagi masalah bila baru mula pakai kacamata adalah rasa berpinau pusing kepala kesan dari kaca yang ada power. Itupun ambil masa beberapa hari nak sesuaikan diri.

Lama kelamaan dah dapat sesuaikan diri dan tak rasa apa-apa lagi. Itulah kelebihan kita manusia yang amat fleksibel Tuhan jadikan. Dapat sesuaikan diri dalam keadaan apa sekalipun jika kita berabar dan teruskan usaha.

Timbul masalah rabun dekat pulak

Bila dah masuk umur 40-an, datang pulak satu lagi masalah penglihatan baru. Selama ini saya boleh baca buku walaupun kacamata rabun jauh melekat kat hidung.

Satu hari bila nak makan dengan keadaan kacamata masih dipakai, terasa ada yang tak kena. Kenapa nampak kembang dan tidak jelas makanan kat dalam pinggan tu. Saya buka kacamata, barulah nampak terang dan jelas.

Bermula pulak satu masalah baru. Kalau nak tengok benda dekat dengan jelas, kena buka kacamata terlebih dahulu. Kalau pakai kaca mata memang tak boleh nak baca pukul berapa kat jam tangan yang kecil hurufnya itu. Kena angkat kacamata sedikit.

Maksudnya mata saya dah tak boleh nak adjust sendiri dalam keadaan nak baca benda dekat dengan adanya kaca mata rabun jauh tersebut. Hidup jadi agak mencabar juga sebab bila duduk kat rumah, nak membaca, nak makan dan lain-lain lagi, kena angkat kacamata duduk kat atas dahi.

Tapi lama kelamaan saya dah biasa dan lebih banyak tai pakai kaca mata bila duduk dalam bangunan. Lebih mudah dan selesa pulak tak pakai kacamata. Kecuali bila memandu atau nak buat presentation depan orang ramai, kena pakai kaca mata juga.

Tapi semuanya jadi susah bila nak tengok meter, nak tengok jam, nak tengok siapa telefon dan lain-lain lagi dalam keadaan itu sebab kena angkat spek. Itu jadi bahaya kalau sedang memandu.

Selesaikan masalah rabun jauh dan rabun dekat

Untuk selesaikan masalah rabun jauh dan rabun dekat, maka saya pergi ke kedai kacamata.

Mereka kata ada kacamata yang boleh selesaikan masalah rabun jauh dan rabun dekat serentak hanya dalam satu spek mata saja. Tak perlu nak buat dua spek dan kita boleh baca dan tengok benda jauh serentak. Tak payah nak ubah kacamata lagi.

Rupa-rupanya ada dua jenis kacamata rabun jauh dan rabun dekat serentak ini pulak. Satu mereka panggil bifocal dan satu lagi mereka panggil progressif.

Yang bifocal itu rasanya semua orang pernah lihat. Biasanya orang tua-tua suka pakai dulu. Jenis yang ada line atau garis membezakan antara dua jenis kaca kat dalam kacamata kita.

Tapi yang progressif tu tak ada line kelihatan. Nampak macam kaca yang sama saja jadi tak kelihatan macam kacamata orang tua-tua yang ada masalah rabun jauh dan rabun dekat serentak.

Maka sayapun buat dan masyaallah!

Punyalah mahal!

Saya buat juga dan sedang hadapi masalah sekali lagi nak sesuaikan diri pakai spek mata progressif ini. Dah lebih dari dua minggu, masih tak dapat nak sesuaikan diri. Nanti saya ceritakan pengalaman hadapi masalah pakai kacamata jenis lensa progressif.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kacamata yang sesuai untuk rabun jauh dan rabun dekat serentak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment