Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 14, 2017

Tahukah anda yang minum teh mampu jauhi risiko nyanyuk sehingga 86%

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 14, 2017

minum teh baik untuk otak

Pernah tak orang bagi tahu pada anda bahawa dengan minum teh secara rutin mampu menjauhi kemungkinan terkena masalah nyanyuk anda sehingga 86% daripada biasa?

Ini satu pertemuan baru yang dilaporkan di dalam majalah The American Journal of Public Health. Kajian dilakukan oleh para pengkaji dan saintis dari National University of Singapore dan dilaporkan baru-baru ini dalam majalah tersebut di atas.

Dalam kajian tersebut, mereka dapati para pencinta minuman teh yang minum air tersebut secara tetap punyai risiko terkena masalah dimentia atau yang kita biasa panggil nyanyuk, berkurangan sebanyak 86% berbanding mereka yang tak suka minum air teh.

Minum teh kurangkan risiko dimentia hingga 86%

Dalam kajian, para saintis cuba melihat kesan terhadap keupayaan kognitif terhadap aktiviti minum air teh. Kognitif adalah keupayaan seseorang untuk memahami dan mengerti sesuatu perkara. Ertinya keupayaan untuk melihat perkaitan sesuatu perkara dengan keadaan semasa dan faktor-faktor lain.

Memang keupayaan kognitif ada kaitan yang amat rapat dengan masalah nyanuk. Bila saya bersembang dengan orang yang ada masalah dimentia, mereka nampak macam tak boleh nak kaitkan apa yang berlaku antara satu dengan yang lain.

Boleh cuba bersembang dengan orang yang terkena dimentia tengok. Lihat macam mana susahnya untuk cuba terangkan sesuatu perkara kepada mereka sebab tidak ada keupayaan untuk melihat kaitan antara satu dengan yang lain.

Pantau keupayaan kognitif selama 2 tahun

Kajian dibuat terhadap 957 orang yang berumur melebihi 55 tahun. Mereka dipantau selama 2 tahun. Satu kumpulan terdiri dari mereka yang kerap minum teh dan satu lagi kumpulan tidak minum teh. Selama 2 tahun itu mereka sentiasa diuji untuk melihat eupayaan kognitif dan juga kesan terhadap masalah Alzheimer.

Bagi masalah penurunan keupayaan kognitif, risiko berkurang sebanyak 50% pada mereka yang kerap minum teh. Bagi masalah Alzheimer pulak, iaitu keupayaan kognitif yang berkait dengan umur, dilihat berkurang sehingga 86%.

Mereka yang terlibat diberikan beberapa jenis teh termasuklah eh Hitam, Teh Hijau dan teh tradisi cina Oolong. Hasil kajian adalah sama untuk semua jenis teh yang diuji oleh para pengkaji. Jadi minumlah teh apa jenispun, hasilnya adalah sama saja.

Banyak minum teh, mampu membantu anda untuk kekal sihat dari segi keupayaan otak dan akal untuk mencerna dan memahami kedudukan sesuatu perkara yang berlaku.

Kelebihan lain minum teh

Sebenarnya kelebihan untuk jadikan air teh sebagai minuman rutin memang dah diketahui memberikan banyak manafaat kepada orang ramai.

Bila kita masak air minuman teh tersebut, ia kaya dengan anti oksidan. Bahan antioksidan tersebut dapat membantu untuk kurangkan jumlah bahan radikal bebas yang ada dalam tubuh badan kita. Pengurangan bahan radikal bebas akan membuatkan sel dalam tubuh badan sihat.

Bila sel sihat, masalah seperti sakit jantung, kencing manis dan kanset dalam dikurangkan dengan banyak dari berlaku pada kita.

Dengan kajian terbaru yang saintis lakukan di atas, nampaknya minum teh juga amat baik untuk kekuatan otak kita.

Tapi tak tau pulak samada akan ada kesan yang berbeza kalau minum air teh dengan dimasukkan gula. Orang kita memang gemar minum teh. Tapi mereka belasah air teh campu susu atau gula di kedai mamak yang biasanya manis melecas.

Mungkin selepas ini perlu biasakan diri untuk minum teh kosong saja yang tak ada gula dan tak ada susu. Lebih baik lagi kalau boleh sediakan teh cina. Sebab biasanya kita boleh minum teh Cina selamba saja walaupun tak masukkan gula.

Yang paling penting adalah pastikan anda sentiasa minum air yang banyak. Badan kita amat memerlukan air minuman untuk kekal sihat.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tahukah anda yang minum teh mampu jauhi risiko nyanyuk sehingga 86%

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !