Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 7, 2018

Adakah Neelofa masuk kategori memperdagangkan agama untuk buat duit?

  Mohd Shubhi       Wednesday, March 7, 2018



Tak habis lagi pasal isu Neelofa buat pelancaran tudung baru kat sebuah kelab malam.

Selepas kena kecam bertubi-tubi dari segenap sudut. Dapat surat cinta dari mufti dan agamawan budiman dan sebagainya. Neelofa akhirnya buat permohonan maaf secara terbuka. Itupun atas landasan syarikat yang jual tudung jenamanya.

Memang itu tindakan yang bijak.

Orang putih kata damage control. Tindakan membendung kerosakan yang telah tercetus secara tak sengaja yang Neelofa buat. Publisiti meluas seantero Malaysia hasil dari aktiviti pelancaran itu akhirnya ditamatkan dengan minta maaf.

Memperdagangkan agama jual tudung

Walaupun Neelofa dah minta maaf. Tapi masih ramai yang tak puas hati. Muncul pula kecaman Neelofa memperdagangkan agama untuk buat duit.

Saya boleh andaikan tuduhan perdagangkan agama untuk buat duit itu berdasarkan produk yang Neelofa jual adalah berupa tudung muslimah. Barang tudung itu ada kaitan dengan keperluan agama Islam anutan orang Melayu kat Malaysia.

Oleh kerana tudung itu adalah perkara wajib yang perlu dipatuhi oleh wanita beragama Islam, maka aktiviti jual tudung dianggap sebagai memperdagangkan agama untuk buat duit.

Adakah betul tindakan melabel Neelofa jual tudung sebagai memperdagangkan agama?

Ia membawa maksud semua orang yang jual tudung turut sama terpalit. Tak ada orang yang jual tudung dengan harga rugi. Tak ada peniaga tudung yang tak buat untung. Bezanya hanyalah berapa banyak tudung terjual.

Kalau tudung Neelofa, sudah tentu amat banyak. Siapa tak ingin jadi Neelofa. Kelihatan cantik macam Neelofa. Orang yang pakai tudung Neelofa tak perlu orang lihat dirinya dan kata dia cantik macam Neelofa. Perasaan dalaman diri pemakai tudung Neelofa, yang rasa dia macam Neelofa, saja sudah cukup untuk memberikan kepuasan. Itu faktor emosi yang semua pakar pemasaran dah lama pakai.

Sebelum ini, tudung Fareeda juga menjadi kegilaan. Jualan mereka juta juta-jutaan. Tentu Fareeda juga boleh dimasukkan dalam kategoti memperdagangkan agama.

Macam itu juga jubah, serban, sejadah, tasbih, dan seribu satu macam lagi produk atau servis yang ada kena mengena dengan agama boleh dikaitkan dengan tuduhan memperdagangkan agama.

Nampak macam tak kena tuduhan itu. Secara warasnya, tak sesuai sangat nak tuduh Neelofa perdagangkan agama. Macam tu juga semua peniaga lain yang buat perniagaan berasaskan keperluan agama.

Guna sentimen agama dalam pemasaran

Banyak perniagaan orang Islam kat negara kita yang gunakan sentimen agama sebagai senjata pemasaran mereka. Bila barang dikaitkan sebagai amalan sunnah, disertakan dengan Hadith dan sebagainya, maka emosi akan tercetus untuk mengamalkan sunnah itu. Maka orangpun beli lah.

Mahal pun tak apa sebab yang buat keputusan beli itu adalah emosi. Bukannya akal yang waras. Jadi dia tak fikirkan harga. Kismis yang dibaca ayat-ayat Quran padanya, lalu dibungkus, akan mantapkan keupayaan minda kanak-kanak lalu dijual dengan harga berganda dari kismis biasa, masih mampu dijual dengan amat laris kepada ibubapa yang mahu anaknya jadi anak soleh.

Itu mainan perasaan. Memang terbukti berjaya dan mengajak lebih ramai lagi orang gunakan teknik yang sama. Jual ayam segar yang telah dibacakan Quran 30 juzuk padanya juga boleh dijual dengan harga berganda dari ayam biasa. Itu juga laris.

Kalau orang kata tak patut jual mahal. Guna emosi agama untuk buat manipulasi supaya orang beli. Tak boleh nak kecam juga sebab bukan mudahpun nak pastikan semua ayam tu dibacakan ayat-ayat Quran padanya. Ada kos juga yang perlu dibayar pada anak-anak dari pusat Tahfiz. Kalau dibacakan CDpun, nak kena beli CD juga. Kos lagi. Jadi mahal la.

Kesali pengguna, jangan kecam peniaga

Kecaman dan kesedaran sepatutnya perlu ditumpukan pada pengguna. Bukannya pada peniaga. Namapun peniaga. Mereka akan bertindak kreatif supaya produk dapat dijual dengan laris.

Para peniaga hanya memberikan apa yang pengguna mahu.

Apa yang pengguna mahu sudah tentu produk atau servis yang mampu memberikan kepuasan emosi mereka. Bukannya rasional. Itu dah terbukti dalam banyak kajian.

Jika pengguna tak mahu barang yang mempergunakan agama sebagai senjata pemasaran, maka sudah tentu peniaga tak akan buat. Jadi peniaga memang tak salah sebenarnya.

Peniaga salah hanya apabila fakta yang dia guna, samada nas, logik atau sebagainya adalah fakta bohong. Bukan dia perdagangkan agama, tapi dia berbohong tipu orang ramai. Itu yang salahnya.

Itupun, masih ada banyak juga produk yang faktanya boleh diragui tetap laris terjual. Bila jadi begitu, yang salah sudah tentu peniaga. Dan untuk pengguna yang masih tetap beli walaupun faktanya salah... mereka boleh dianggap sebagai bodoh. Itu saja.

Bolehkah bodoh dikenakan tindakan?

Setakat bodoh saja dan tak ganggu apa-apa kepentingan awam, masih tak ada mana-mana undang-undang yang membolehkan orang bodoh macam itu dikenakan tindakan. Kalaulah ada undang-undang denda atau penjara pada orang yang bodoh, sudah tentu terlalu ramai orang yang akan kena tindakan kat Malaysia ni.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Adakah Neelofa masuk kategori memperdagangkan agama untuk buat duit?

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Saya doakan neelofa mendapat hidayah dan petunjuk Allah. Amin Ya Rab.

    ReplyDelete
  2. Ulasan en.mat bihi ada benarnya...jika Dr.maza menuduh ramai peniaga menperdagangkan agama dalam perniagaan,kehidupan..hal itu memang berlaku..kerana kita dituntut mengikut sunnah agama dlm hidup..lalu apa salahnya perniagaan berasaskan sunnah islam? Ada juga orang mempergunakan ijazah agama untuk memohon jawatan ..dlm agama juga..itukan juga mempergunakan agama untuk kehidupan dunia..kita tidak tahu Nabi kita mempergunakan agamanya semasa berdagang barang siti Khadijah..sebab masa tu islam belum diasaskan oleh baginda.Begitu juga semasa sahabattabit tabiin...pokok pangkalnya niat berniaga yg.halal memang keperluan ummah.Pd.zaman yg.serba dakwah kini..usah berkira ..janji halal,mengikuti garis agama dan peraturan negara.kalau si buta membaca ayat quran unuk menagih simpati..itu juga dikira memperdagangkan agama untuk hidupnya..pd.Neelofa..lain kali berhati-hatilah...tetapi memang artis caranya begitu...amacam Siti Norhaliza.?jangan ikut dah laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berikan komen Tuan Sayed Noordin !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !