Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, June 20, 2018

Kenapa tempoh masa pecut kereta dari 0 ke 100 km/sejam penting di musim raya

  Mohd Shubhi       Wednesday, June 20, 2018



Berapa pantas kereta anda memecut dari 0 kepada 100 km/sejam ?

Masa yang diambil untuk sesebuah kereta memecut dari tak bergerak terus sampai kepada kelajuan 100 km/sejam selalu dipaparkan dalam spesifikasi sesebuah kenderaan sport.

Itu tanda kereta yang anda beli itu samada pantas atau tidak. Bergantung pada masa yang dia ambil. Kalau tengok dalam wikipedia, kereta yang paling pantas memecut dari 0 kepada 100 km/sejam adalah Porsche 918 Spyder. (sumber gambar dari sini)

Porsche 918 Spyder ni boleh sampai kelajuan dari tak bergerak kepada 100 km/sejam hanya dalam tempoh masa 2.2 saat saja!, memang amat pantas !.

Kereta terpantas nombor 2 memecut dari 0 ke 100 km/sejam adalah Tesla Model S P100D. Dibuat pada tahun 2016. Kereta semua eektrik ini boleh pecut dalam tempoh masa hanya 2.28 saat. Ini juga amat laju.

Mungkin ramai yang sangka dalam bab laju ni tentu boleh kat LaFerrari. Tapi kereta itupun perlu tempoh masa 2.4 saat untuk sampai ke 100 km/sejam. Laju jugalah. Tapi masih duduk di tempat ke-6.

Kenapa jalanraya jem teruk

Selama ini memang saya tak ambil pot sangat pasal daya pecut hebat sesebuah kereta. Apa sangat pentingnya nak tekan sungguh-sungguh dari 0 terus capai 100 km/sejam. Takkan masuk-masuk dalam kereta dan dan tekan nak capai kelajuan macam itu. Nak ligan menatang apa?

Tapi sekarang baru nampak kenapa daya pecut pantas ini amat penting. Semuanya berpunca dari kes jalanraya yang jem teruk setiap kali musim perayaan.

Saya terbaca dalam satu postin kawan kat FB. Dia seut pasal punca yang menyebabkan jalanraya jadi jem panjang terhegeh-hegeh tak bergerak lancar.

Salah satu dari puncanya, menurut beliau adalah disebabkan simpang masuk ke lebuh raya.

Simpang yang banyak ini membuatkan kenderaan tersangkut-sangkut tak boleh lancar bila ada saja kenderaan yang masuk.

Masuk perlahan ke lebuhraya

Anda tentu ada pengalaman sedang memandu di lane kedua. Lane perlahan tu walaupun perlahan biasanya tentu dipecut dalam lingkungan paling lekeh 90 km/sejam.

Ketika sedap-sedap pandu, tengok ada kenderaan yang nak masuk. Dia baru ambil tiket tol tadi dan terus ke lebuhraya utama. Yang bawa tu pulak kaum ibu yang lemah lembut dan bersopan santun. Dia selamba saja bagi signal dan masuk dalam kelajuan 50 atau 60 km/sejam dari tepi.

Dalam keadaan kenderaan yang banyak atas lebuhraya tu, anda tentu terpaksa tekan brek untuk elakkan kereta anda menyondol kereta makcik itu. Maka akan berangkailah semua kenderaan lain kat belakang terpaksa tekan brek juga dan terus jadi jem panjang kat belakang tu.

Pecut pantas dari 0 ke 100 km/sejam

Apa yang kawan FB tu cadfangkan adalah untuk pastikan anda terus memecut pantas sehingga mencapai 90 atau 100 km/sejam.

Bila kereta anda pecut pantas, maka kelajuan akan seiring dengan kenderaan lain. Jadi tak payah nak tekan brek dan berangkai panjang semua kenderaan lain yang kena tekan brek juga.

Oleh kerana ruang nak masuk adalah pendek, maka kenderaan anda mesti berupaya pecut pantas bagi mencapai 100 km/sejam.

Jadi, kat situlah kenapa daya pecut kenderaan anda adalah penting !

Baru tak jem !

Sekarang anda dah tahu kenapa tempoh masa pecut kereta dari 0 ke 100 km/sejam itu amat penting untuk anda tanya setiap kali nak beli kereta.

Nota: Saya buka satu lagi topik baru dalam blog ini yang diberikan nama 'Seloka'. Ianya adalah santai dan bertujuan hanya untuk hiburan sahaja. Harap faham...

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa tempoh masa pecut kereta dari 0 ke 100 km/sejam penting di musim raya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !