Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, June 21, 2018

Hospital Putrajaya lebih utamakan 'Orang Kerajaan' ! Betul ke?

  Mohd Shubhi       Thursday, June 21, 2018



Ini perkara baru yang saya dengar. Tentang Hospital Putrajaya kononnya lebih utamakan staff kerajaan. Kalau anda kerja swasta, biasanya mereka tak berapa nak ambil perhatian sangat dan minta anda pergi ke Hospital Serdang.

Itu apa yang orang beritahu kat saya. Samada betul atau tak betul, nak kena pergi cuba terlebih dahulu untuk pastikannya.

Kalau ada pembaca yang dah alami pengalaman sendiri pergi ke Hospital Putrajaya tu, bolehlah kongsikan kat ruang komen.

Saya agak yakin kalau namanya Hospital Kerajaan, itu adalah pusat rawatan untuk semua rakyat Malaysia. Tak kira samada orang kerajaan atau orang swasta.

Mungkin layanannya sahaja berbeza. Atau mungkin kos bayarannya juga agak berbeza antara orang kerajaan dengan orang swasta.

Bila kawan beritahu yang biasanya mereka akan tanya samada orang kerajaan atau bukan, maka saya bersedia untuk berikan jawapan yang mungkin mereka nak dengar.

Kalau anda ditanya ketika buat pendaftaran kat Hospital Putrajaya nanti, jawab saja,

"Ya!, saya orang kerajaan. Saya sokong PH masa PRU-14 baru-baru ini...!"

Kena demam panas masa raya

Kebetulan anak terkena demam denggi pulak 2 hari sebelum raya. Masa kat Penang malam hari akhir puasa tu, anak tiba-tiba panas kuat. Masa siang tadi sihat dan ceria sakan main dengan semua orang.

Bila ibunya beritahu dia tiba-tiba panas dan demam, saya dah mula syak ada tanda-tanda demam denggi. Tekak tak sakit, hidung tak berhingus dan terus panas badan macam itulah yang saya kena dua kali sebelum ini. Bila pergi periksa darah memang positif denggi.

Esoknya saya bawa anak cari klinik berdekatan untuk dapatkan ubat demam. Orang semua dah nak balik raya. Hari khamis tu memang banyak klinik yang dah tutup. Cari dari Seberang Jaya sampai ke BM akhirnya jumpa Klinik Dr Rashidi dibuka.

Oleh kerana baru sehari demam, doktor kata tak boleh nak kesan lagi samada denggi atau tidak. Kena tunggu 3 atau 4 hari baru boleh sahkan dari darahnya. Jadi nak kena tunggu dan kawal panas badanya itu.

Kawasan tenmpat saya tnggal kat Selangor memang kawasan hitam demam denggi. Tempoh waktu yang sama jiran saya dan anaknya, kedua-duanya sekali masuk hospital terlentang disahkan denggi. Rumah mereka baris depan sahaja dari rumah saya.

Sah demam denggi

Raya kedua saya terus balik. Anak masih demam dan kelihatan lesu. Bibirnya kering dan dia mengadu sakit kepala tak tahan.

Kami sampai rumah pukul 2 pagi hari ahad. Selepas rehat sekejap, pukul 10 pagi saya bawa anak ke klinik. Doktor ambil darahnya dan memang sah denggi. Doktor kata relak dulu. Esok pagi mai sekali lagi. Kalau bacaan turun lagi rendah, dia akan buat surat untuk rujuk ke hospital.

Dan esok pagi sekali lagi saya bawa jumpa doktor. Bacaan platelet darahnya semakin rendah. Dia buat surat dan suruh saya segera ke hospital. Jangan tangguh lagi. Bila dia tannya nak ke hosiptal mana, Swasta atau kerajaan. Saya jawab pantas hospital kerajaan sajalah, murah sikit.

Saya minta dia rujuk kami ke hospital putrajaya.

Saya terus bawa anak ke sana. Buat pendaftaran terus ke bahagian kecemasan. Doktor check semula semuanya. Darah diambil lagi. Perut semuanya disemak, di scan dan akhirnya anak saya ditahan kena masuk wad.

Masa daftar tadi tak ada pulak dia tanya orang kerajaan atau bukan orang kerajaan. Tapi dia masukkan wad kha suntuk kanak-kanak sebab anak saya masih sekolah rendah. Wad yang selesa dan mesra penghuni.

Makanan disediakan untuk 2 orang. Untuk pesakit dan untuk orang yang menjaga pesakit. Memang kelas hospital putrajaya tu!.

Berapa bayaran masuk hospital putrajaya

Bila anak saya dah boleh keluar hari ini, saya perlu buat bayaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk keluar.

Masa kat kaunter bayaran, ternyata betul macam apa yang kawan beritahu kat saya. Staff kat kaunter tu tanya samada saya kerja kerajaan atau tidak. Mulanya saya nak jawab yang saya orang kerajaan, saya sokong Pakatan Harapan, tapi mulut saya pantas saja jawab "tak!".

Dia tanya samada anak saya sekolah. Saya jawab ya!.

Lalu dia minta surah pengesahan dari sekolahnya. Saya jawab sekarang cuti. Mungkin isnin nanti baru saya akan dapatkan surat tersebut. Dia suruh saya isi satu borang aku janji. Perlu berikan surat pengesahan dari sekolah tu hari isnin nanti. Kalau tak dia akan hantar invoice ke rumah saya.

Saya mushkil juga kenapa perlu surat dari sekolah tu, lalu saya tanya apa bezanya akan ada surat dengan tak ada surat?

Dia jawab, kalau ada surat, tak perlu buat apa-apa bayaran. Semuanya percuma sahaja.

Kalau tak ada surat, saya kena bayar lebih dari RM200. Kalau saya nak bayar jumlah tu, dia boleh keluarkan bil sekarang dan saya tak perlu bawa surat dari sekolah tu lagi.

Dengan pantas saya kata, saya akan segera ambil surat pengesahan dari sekolah anak saya nanti.

Sekarang baru saya faham kenapa soalan samada kerja kerajaan atau tidak itu sering keluar bila anda nak masuk hospital... bezanya adalah dari segi bayaran. Mungkin begitu agaknya...

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hospital Putrajaya lebih utamakan 'Orang Kerajaan' ! Betul ke?

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Mungkin staf hospital nak kan pengesahan .. sebabnya kalo staf kerajaan diaorang pakai sistem HRMIS. dalam tu boleh jana surat GL. Bila ada surat tu ..tidak dikenakan bayaran. Bila nak bersara nanti akan dibuat kiraan semula. macam tu la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sedikit pembetulan: tiada kiraan semula bayaran hospital lepas kakitangan kerajaan bersara. Kerajaann tanggung semua kos bayaran kakitangannya, tak kira kecenderungan politiknya..

      Delete
  2. dah 2018 tak tahu lg ke pasal ni. mmg kena tnya atau bgtaw yg kita staff kerajaan nnt akan semak dlm sistem hrmis sprti komen di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lansung tak tahu. Tak pernah kerja kerajaan, tak ada saudara mara kerja kerajaan dan tak tahu lansung bagaimana dunia kerja kerajaan tu ...

      Delete
  3. Pegi hosp putrajaya jgk aritu sbb kes gugur dieorg tanya keje gomen ke swasta. Ckp la xkeje n laki pn keje swasta. then die ckp deposit kene 800. Blm trmasuk cas2 lain dn sy perlu byr. Maybe 1k lebih kalau warded. Xrefund ye. Maybe gomen servant free or murah la kot. Die ckp mahal sbb hosp putrajaya katanya first class gomen. So die kata nk murah singgit due pergi lain hosp gov. So sy refer serdang foc haha cumrnye azab menunggu 6 jam bru setel

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !