Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 22, 2018

Tidur dan bangun awal mampu kurangkan kemurungan dalam kehidupan anda

  Mohd Shubhi       Friday, June 22, 2018



Pernah ada rasa hari-hari tertentu di mana perasaan tak seronok atau kemurungan menguasai suasana hidup anda?

Tentu semua orang pernah rasakan perasaan yang macam tu kan! satu hari rasa moody. Semua yang dibuat rasa tak kena. Orang buat lawakpun rasa nak marah, dan macam-macam lagi perasaan serba tak kena.

Menjalani hari-hari yang murung memang satu penyeksaan. Satu hari dirasakan amat panjang sekali dan mulalah masalah muncul berantai-rantai satu demi satu. Kalau boleh minta Allah jauhkan perasaan sebegitu hendaknya.

Elakkan diri dari rasa kemurungan

Baru-baru ini, host siri kesukaan saya Anthony Bourdain meninggal akibat bunuh diri. Dia gantung dirinya sendiri sampai mati dalam sebuah bilik hotel di Perancis.

Bila tengok apa yang berlaku pada Anthony Bourdain itu, terfikir semula rasa kagum saya pada semua kerja-kerja dunia makanan yang membuatkan dia jadi popular. Memang seronok tengok semua siri yang beliau paparkan.

Dia menjelajah serata ceruk dunia perkenalkan segala jenis masakan dan makanan untuk semua peminat makanan di seluruh dunia. Dia garapkan makanan dengan budaya masyarakat setempat. Memang manusia dan aktiviti makan tak dapat dipisahkan.

Apa yang saya tahu, sebelum dia mati bunuh diri tu, dia sering kelihatan kemurungan. Ada yang kaitkan kemurungan Anthony Bourdain dengan kuat minum arak. Saya rasa ada benarnya kaitan tersebut. Dia antara orang terkenal yang cuba tonjolkan semuanya ok walaupun minum arak kuat.

Tapi ternyata tidak begitu. Arak tetap mendatangkan banyak mudarat pada manusia!

Anthony Bourdain sudah tidak jadi orang yang saya kagumi lagi. Sebab saya sentiasa dipesan untuk elakkan diri dari jadikan orang yang mati dengan bunuh diri sebagai orang yang dikagumi. Jauhkan hasil tulisannya dan segala luahan ideanya sebab ada terselit idea yang merosakkan yang anda mungkin tak sedar.

Ya! kemurungan boleh buat manusia bunuh diri. Tak kisahlah samada anda kaya, ada segalanya, popular dan dikagumi ramai. Dengan masalah kemurungan, anda mampu hilang punca. Dan Anthony Bourdain ambil pendekatan mudah dengan gantung diri.

Kes seorang ibu yang kelar anaknya juga dikaitkan dengan masalah kemurungan. Orang murung ni bahaya. Dan kalau anda tak elakkan penyakit kemurungan dari berlaku, anda juga tak mustahil akan berakhir dengan buat benda yang kelihatan bodoh di mata orang lain.

Jadi elakkan dari kemurungan

Tidur dan bangun awal atasi kemurungan

Jika anda faham betapa pentingnya untuk elakkan diri dari kemurungan, anda perlu serius untuk lihat pada cara tidur anda selama ini.

Dalam satu kajian yang anda boleh rujuk kat sini, orang yang masuk dan bangun tidur awal didapati berkurangan masalah kemurungan mereka dalam jumlah yang penting. Masuk tidur dan bangun awal kurang murung dan kalau tidur dan bangun lewat lebih murung.

Mungkin selama ini anda rasa tak pasal-pasal murung selepas bangun dari tidur ada kaitannya dengan cara tidur. Mungkin anda tidur lewat dan kemudian bangun lewat. Bila bangun terus rasa moody. Apatah lagi jika timbul perasaan bersalah qada solat subuh pukul 11 pagi! bertambahlah murung jadinya.

Jadi, amalkan masuk tidur awal dan bangun tidur awal. Insyaallah masalah kemurungan akan berkurangan dan anda akan ceria dan sihat. Bila ceria, banyak lagi kesan positif sampingan akan berlaku. Dan hidup semakin positif secara berantai-rantai.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tidur dan bangun awal mampu kurangkan kemurungan dalam kehidupan anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !