Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, November 8, 2018

Kenapa ramai yang sensitif dengan kes edar Bible kepada pelajar sekolah

  Mohd Shubhi       Thursday, November 8, 2018

Hampir semua group whatsapp yang saya turut serta kongsikan gambar kes edar Bible kepada pelajar sekolah. Tak ada satupun yang terlepas bangkitkan isu tersebut.

Dan semua group whatsapp yang saya masuk itu terdiri dari 100% orang Melayu beragama Islam. Ada juga group yang bukan kesemua ahlinya Melayu. Ada seorang dua Cina atau India. Tetapi mereka dah memeluk agama Islam dah lama dan berkawan dengan kawan-kawan Melayu sejak lama dulu lagi.

Oleh sebab kes tersebut menyentuh isu keagamaan, maka tak hairanlah semua group Melayu / Islam itu amat sensitif dengan isu tersebut.

Dalam paparan Utusan Online kat sini bertarikh 6 Nov 2018, Menteri Agama mengakuinya. Berikut paparan berita dari Utusan Online:

KEPALA BATAS 6 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini, seperti yang tular baru-baru ini. 
Mujahid berkata, sejurus perkara berkenaan tersebar, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Jabatan Pendidikan negeri serta Ahli Parlimen Bukit Mertajam untuk kesahihan. 
Kata beliau, pihak yang berbuat demikian dipercayai wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) namun tidak mewakili gereja atau persatuan agama Kristian di kawasan berkenaan. 
“Saya nasihat supaya jangan menimbulkan masalah kerana kena hormat Perlembagaan Persekutuan, kita juga siasat sama ada Bible itu diedarkan kepada umat Islam atau tidak. 
“Mereka perlu faham Artikel 11 (4) yang mana agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 
Ditanya sama ada pihak berkuasa agama telah membuat laporan polis berhubung kes itu, Mujahid berkata, perkara itu tidak dilakukan. “Apa yang saya tahu, ia berada dalam pengetahuan pihak polis," katanya. - UTUSAN ONLINE

Melayu amat sensitif orang edar Bible

Ini paparan ayat yang ada dalam perkongsian gambar aksi pengedaran Bible kepada pelajar sekolah itu.

"Edar Bible kepada Murid Islam...lokasi BM High School...bila di tanya dia kata sekarang Malaysia Baru,bebas agama..

Seruan dalam paparan yang dikongsikan dalam group whatsapp pula bukan main bersemangat..

"Takkan nak tengok saja, takkan nak biar macam tu saja kot !!!"

Ayatnya seperti sedang bersedia untuk melakukan satu amokan maut bagi menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada mendapat bala bencana.

Kalau dilihat dalam perkongsian di media sosial terhadap isu edaran bible kepada pelajar sekolah itu, ramai yang memberikan komen panas. Ada yang seperti ketakutan yang amat sangat. Risau akan hancurnya Islam di bumi Malaysia.

Ada yang mencarut pada kerajaan PH. Mereka tuduh itulah balasan gara-gara memilih kerajaan PH sebagai pemimpin. Malaysia baru dituduh sebagai Malaysia yang tidak terikat dengan kedaulatan agama Islam.

Ada juga yang kaitkan isu itu sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam.

Terlalu ramai yang sensitif, keliru, marah, takut dan tertanya-tanya bagaimana perkara tersebut boleh berlaku. Mereka andaikan bahawa ianya tidak sepatutnya berlaku di Malaysia yang amat memelihara kesucian agama islam.

Tak selesa tengok Babi dalam sangkar

Masa zaman remaja dulu, setiap kali saya tengok lori bawa Babi dalam sangkat lalu kat atas jalan, saya akan rasa sangat tak selesa.

Kalau lalu tepi lori babi tersebut, pukulan angin dari lori babi itu sudah cukup untuk buatkan saya rasa sangat takut dan risau. Melihat babi akan membuatkan fikiran keliru dan ketakutan serta rasa resah yang entah datang dari mana.

Sekarang saya faham bahawa itu hanyalah mainan perasaan. Hasil daripada didikan orang tua-tua yang amat menitik beratkan betapa haram dan jijiknya Babi. Babi tu masuk dalam kategori najis paling berat yang wujud dalam kategori najis. Tak ada lagi yang lebih berat dari najis Babi seperti juga dengan najis Anjing.

Penekanan itu membuatkan jiwa jadi takut dan mudah tersentap bila berhadapan dengan Babi. Tengok Babi golek kemerahan di rumah orang Cina juga jadi resah. Tengok kedai daging jual Babi juga resah.

Dari emosi itu berlaku aksi pelik. Tengok babi mula tuih air liur. Tengok anjing mula ambil batu dan kayu nak pukul. Tengok lori babi rasa sial dan hilang mood satu hari. Semuanya adaah hasil dari perasaan dan bukanlah dari pemikiran yang waras.

Macam tu juga kes tengok orang edar Bible pada pelajar. Emosi terus bertindak secara tidak terkawal. Selain dari bible, perkataan Kristian juga menimbulkan rasa takut pada orang islam kat Malaysia.

Takut orang Islam sesat bila baca Bible

Perkara yang paling ditakuti oleh mereka yang fobia dengan Kristian atau Bible adalah 'sesat'.

Ramai yang risau kalau-kalau orang Islam yang baca Bible akan sesat dan keluar dari Islam. Pegang Bible pun bahaya. Bercakap dengan paderi Kristian juga bahaya. Orang Melayu perlu kekal dalam Islam.

Walalupun buat jahat, curi barang orang, makan rasuah, raba anak dara orang, main judi, minum arak, balut dam, tikam ekor, pukul orang, aniaya orang, tipu orang dan seribu satu macam lagi kejahatan, masih ok asalkan kekal dengan nama Islam.

Kalau tak solat pun masih ok. Asalkan tak tolak yang solat itu wajib.

Orang yang namanya Islam, akidahnya Islam, dijamin syurga kalau mati. Walaupun membawa bersamanya segala amalan jahat yang saya sebutkan kat atas tu. Janji kekal Islam, pasti masuk syurga.

Sebab itu semua orang Melayu amat sensitif bila lihat Bible atau dengar perkataan Kristian. Bala menanti kalau jadi Kristian akibat dari baca Bible!. Takut mati tak masuk Syurga nanti.

Tak pernah baca dan faham Quran

Majoriti umat islam di Malaysia, terutamanya orang Melayu yang lahir dan terus Islam, tak baca Quran dengan kefahaman sampai habis. Walaupun dah banyak terjemahan tafsiran ke dalam Bahasa Melayu ada di pasaran.

Ramai yang mungkin Qhatam Quran yang dibaca sambil berlagu. Tapi satu apapun tak faham walaupun dah Khatam habis 30 juzuk. Habis kesemua 114 surah yang ada dalam A-Quran. Satu apapun mereka tak ambil peduli kecuali kalau tok guru berikan petua ayat pengasih, maka mereka akan hafal untuk diamalkan.

Inti pati kandungan Al-Quran tak dipedulikan.

Kalau Quran yang mereka anggap paling penting dalam dunia ini. Lebih penting dari segala apa yang dia ada, lebih penting dari makan dan minumnya, masih dia tak cuba baca dan faham sekurang-kurangnya sekali seumur hidup...

Apa yang boleh jamin orang yang sama buka dan baca Bible?

Kalau nak bantah perbuatan edar Bible kepada orang Melayu atau Pelajar boleh. Asalkan ianya atas kefahaman bahawa perbuatan itu adalah salah dari segi undang-undang negara kita. Iaitu dalam Artikel 11 (4) yang mana agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam,"

Tapi nak bantah sebab takut orang baca Bible akan jatuh murtad, itu ketakutan yang tidak berasas. Kalau mudah sangat murtad, tahap kefahaman dan kepercayaan yang dok ada dalam diri tu adalah amat diragui...

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa ramai yang sensitif dengan kes edar Bible kepada pelajar sekolah

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Anda mahu anak. Anda selamat semasa pulang sekolah atau tidak.. So sebarang unsur luar yg boleh menganggu pelajar didepan pintu sekolah tidak Di benar kan hatta beri ais krim atau coklat percuma pun tidak. Boleh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100% jika dibahas dari sudut keselamatan!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !