Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, August 12, 2022

Apa mimpi yang paling kerap di lalui oleh penduduk di setiap negara di dunia?

  Mohd Shubhi       Friday, August 12, 2022


Mimpi adalah perkara biasa yang semua manusia alami. Setakat ini, belum pernah saya jumpa orang yang tak ada pengalaman bermimpi sekalipun dalam hidupnya. Mungkin tak wujud manusia sebegitu.

Seingat saya, mimpi paling kerap yang saya lalui ketika tidur waktu malam adalah mimpi boleh lompat atau terbang macam hero filem melayu dahulu kala.

Mungkin faktor terpengaruh dengan cerita filem sedemikian sejak kecil lalu terbawa-bawa dalam mimpi.

Tapi memang seronok setiap kali dapat mimpi sebegitu.

Saya dapat terbang atau loncat dari satu pokok tinggi ke pokok tinggi yang lain. Takat pokok kelapa tu saya pijak atas sekali sebelum bergerak ke pokok besar banyak dahan yang lain pula.

Ada waktunya, saya panjat dan lompat dari satu bangunan tinggi ke bangunan tinggi yang lain. 

Selalunya, mimpi tersebut akan berakhir dengan keupayaan lompat separa terbang itu tiba-tiba hilang. Saya akan panik, kecewa. Apatah lagi jika keupayaan hilang ketika sedang berada di atas pokok yang tinggi. 

Nasib baik setiap kali jadi begitu, saya akan tersedar. Jadi tak perlu risau cari jalan macam mana nak turun.

Satu lagi mimpi yang kerap juga berlaku adalah kena kejar hantu.

Bila mimpi begitu memang stress. Saya akan meronta-ronta. Tubuh badan tak dapat bergerak dengan baik ketika dalam mimpi begitu. Macam adengan slow motion saja.

Ada masanya saya kejar hantu dan ada masanya hantu kejar saya.

Setiap kali mimpi begitu, tentu orang rumah akan kejutkan. Sebab saya akan baca ayat-ayat suci Al-Quran dengan kuat satu persatu. Dia yang jadi seram dan ngeri.

Masa dudun kampung dulu, bila mimpi hantu, jiranpun boleh dengar saya baca Quran kuat. 

Selalunya akan jadi mimpi itu jika saya pergi tempat baru yang tak sampai lagi sebelum itu. Kalau masuk tempat yang orang kata keras juga akan berlaku mimpi sebegitu. Orang kata ada benda ikut balik .. entahlah!

Mimpi jumpa ular

Jumpa ular dalam mimpi juga berlaku. Tapi jarang-jarang. Dah lama tak datang mimpi macam tu.

Orang kata, jika mimpi jumpa ular kejar kita, tandanya ada orang berkenan. Bomoh pula kata, mimpi macam itu tanda ada sihir atau jin kacau dalam badan. Entah mana satu yang betul saya tak pasti.

Bila saya jumpa kajian berkenaan mimpi di seluruh dunia yang berlaku pada rakyat setiap negara, menarik bila dapat tahu rupanya mimpi ular ni merupakan antara mimpi paling banyak berlaku pada rakyat di banyak negara lain di dunia.

Cuba lihat maklumat kajian tersebut pada pautan di sini. Paling banyak dilaporkan berlaku di Brazil dan Turki. Malaysia jadi salah satu negara yang rakyatnya kerap mimpi berkenaan ular.

Mimpi mengandung

Di negara jiran kita Indonesia, agak luar biasa sebab mimpi yang banyak dicatitkan di sana ada berkenaan mengandung. Banyak juga negara lain di Eropah yang mimpi sama.

Berdasarkan kata-kata orang tua, mimpi mengandung ni boleh saja berlaku samada pada wanita atau lelaki. Maknanya saja yang berbeza.

Kalau wanita, ertinya akan beroleh rezki yang baik.

Terbalik pula kepada lelaki. Maknanya akan alami sesuatu yang tak berapa baik.

Itu hanya tafsiran. Mainan perasaan berdasarkan emosi dan keadaan seseorang. Kalau percaya, susah pula jadinya. Kalau perempuan mimpi mengandung dan seronok akan beroleh rezki ok lah juga.

Tapi kalau lelaki, tak seronok mimpi cam tu. Jadi elok tak perlu percaya sangat lah.

Mimpi berkenaan gigi cabut

Ini antara mimpi yang paling banyak berlaku. Di Amerika Utara dan Australia hampir semua mimpi yang dicatitkan ada mimpi gigi tertanggal.

Dari tafsiran mimipi, ia berbeza bergantung kepada gigi mana satu yang tertanggal. Berbeza juga samada tertanggal atau jatuh. Malah jika gigi palsu tertanggal juga ada makna yang berlainan.

Anda boleh google saja untuk tahu apa orang kata berkenaan makna mimpi berkenaan gigi ni.

Ada orang yang sangat kuat percaya terhadap adanya mesej yang mahu dismapaikan setiap kali dia bermimpi. Susah juga hidup dalam keadaan begini jika kerap mimpi.

Dari pengalaman, saya tak ambil tahu sangat pasal makna mimpi. Kecuali jika berlaku mimpi yang sangat real macam dalam keadaan sebenar. Berkait pula dengan orang yang saya kenal rapat. Mimpi itu akan datang terbayang-bayang dua tiga hari dalam fikiran.

Biasanya mudah saja untuk atasi semua pertanyaan itu. Saya akan telefon atau pergi jumpa kawan atau siapa saja orang yang saya mimpi itu. Pergi tengok untuk tanyakan khabar dan luangkan masa bersamanya sekejap.

Kongsikan berkenaan apa yang saya mimpi dan kami sama-sama berfikir apa mesejnya.

Selepas itu semuanya akan hilang dan dah tak ingat lagi.

Bagi saya, mimpi berkaitan orang yang kita sayang, kenal dan sebagainya, adalah alamat perlunya pergi ziarah atau bertanyakan khabar. Itu saja. Bagus juga bila mimpi begitu. Sebagai peringatan untuk rapatkan silaturahim.

Maklumat pasal mimpi pada pautan yang saya berikan di atas tu adalah hasil dari himpunan carian google. Mereka tengok carian perkataan berkaitan mimpi dan jumlahkan kekerapannya berdasarkan setiap negara.

Tiada bancian secara formal berdasarkan pendekatan statistik yang lebih tepat di lakukan.

Namun begitu, ia berikan satu gambaran apa yang orang sibuk cari makna pasal mimpi di negara masing-masing.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa mimpi yang paling kerap di lalui oleh penduduk di setiap negara di dunia?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !