Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, April 3, 2014

Akidah kamu betul ke...?

  Mohd Shubhi       Thursday, April 3, 2014
Tawaran adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia atau mana-mana warganegara yang boleh berbahasa Melayu untuk mengikuti kursus Pemantapan Akidah serta Jatidiri seperti yang tertera pada banner berikut di bawah:


Antara perkara utama yang perlu kita tahu adalah betapa pentingnya untuk mati dalam keadaan Islam. Teramat penting agar kita semua mati dalam keadaan beriman dengan akidah yang betul.

Tetapi pernahkan anda bertanya pada diri sendiri samada akidah yang anda anuti itu betul-betul merupakan akidah agama satu-satunya yang diterima oleh Allah?

Paling malang sekali jika anda sendiri tak pernah bertanya apakah akidah yang dianuti selama ini dan apakah batasan-batasan yang menghalang anda tergelincir daripada landasan akidah sebenar.

Jika kita tak tahu batasannya maka mampukah kita elakkan diri daripada melangkaui batasan tersebut. Apakah kita hanya perlu serahkan pada nasib sahaja dan ikut sedap rasa hati sampai tak tahu batasan telah dilangkaui.

Kalau semua itu ada dalam persoalan di benak keala anda, anda memang layak menyertai Kursus Pemantapan Akidah serta Jatidiri ini. Jangan  buang masa dan tertangguh-tagguh pada perkara yang nombor SATU paling penting dalam kehidupan kita samada sekarang mahupun yang akan datang...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Akidah kamu betul ke...?

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Al Aqidah Ath Thahawiyah atau Al Syairah dan al Muthuridiyah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaf dan Khalaf.
      Salaf kaedah Tahawiyah.
      Khalaf kaedah Asha'irah dan Maturidiyah.

      Kaedah salafi / wahabiyah, mengelirukan.
      Syi'ah sesat.

      Delete
  2. Suatu penganjuran yang tentang kursus pemantapan akidah. Sekarang ni pun banyak ajaran sesat.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !