Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, April 14, 2021

Kenapa orang Melayu tidak menjauhi Rasuah seperti mana mereka menjauhi Babi

  Mohd Shubhi       Wednesday, April 14, 2021


Antara haiwan yang paling tidak disukai oleh orang Melayu adalah Babi. Jika tengah berjalan tiba-tiba terserempak dengan babi, akan timbul satu macam punya perasaan bagi orang Melayu. Tambah pulak jika Babi yang berwarna pink.

Jika babi hutan masih ok lagi tidak seteruk babi kandang. Tapi masih tetap tidak disukai samada untuk dilihat mahupun untuk didekati.

Ada lelaki Melayu yang tak pernah solat. Minum arak, pakai rantai dan gelang emas, pakai pakaian dari kain sutera, sewa jalang, main perempuan simpanan, dan panjang lagi senarai kegelincirannya kalau nak buat list. Dalam semua perkara haram itu dia buat, babi tetap dia tak suka untuk dimasukkan ke dalam mulut, kunyah makan lalu telan.

Begitulah punya power benci dan tak sukanya orang Melayu terhadap Babi ni.

Lama tak jumpa lori bawa babi

Masa saya sekolah dahulu, kalau naik basikal, sangat risau kalau ada lori babi lalu dan potong ketika kayuh basikal di tepi jalanraya. Pertamanya tak suka tengok rupa babi yang duduk dalam raga rotan tersusun atas lori tu.

Keduanya tak suka bila terasa ada air merecik kena badan dan pakaian ketika lori tu lalu disebelah ketika memotong. Memang terasa suwey hari itu. Mulut asyik meludah. Bayangan hidung dan mulut babi yang merenung saya ketika lori bergerak perlahan di depan lalu sayup ke depan asyik terbayang sampai bawa ke mimpi.

Masa balik rumah tak boleh beritahu mak berselisih dengan lori babi ketika naik basikal tadi. Tak pasal-pasal dia tak kasi masuk dalam rumah. Disuruhnya samak semua pakaian dan mandi di telaga kat luar. Punyalah fobia orang Melayu dengan babi.

Sekarang ni dah tak pernah jumpa atau terserempak dengan lori bawa babi yang dimasukkan dalam raga rotan ni. Macam mana dia orang bawa babi sekarang saya tak pasti.

Melayu Islam makan rasuah

Majoriti besar para pegawai kerajaan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Orang Cina atau India sangat sedikit masuk jadi pegawai kerajaan. Boleh kira jari.

Jadi tak hairanlah jika jumlah kes pegawai kerajaan yang tertangkap dan didapati bersalah sebab makan rasuah adalah tinggi. Oleh itu, kita tak boleh nak tuduh bahawa orang Melayu kuat makan rasuah hanya berdasarkan rata-rata kes makan rasuah adalah pegawai kerajaan berbangsa Melayu.

Jadi saya bukan nak tuduh melayu kuat makan rasuah berbanding bangsa lain kat sini.

Cumanya, saya rasa hairan dengan orang Melayu yang makan rasuah. Mereka rasa macam tak berdosa buat perangai macam itu. Paling pelik bila ada yang ambil rasuah tu memang kaki solat berjemaah di masjid. Memang warak pandai mengaji Quran, banyak bersedekah dan rajin puasa sunat.

Budaya makan rasuah dalam negara kita bukanlah satu tuduhan yang sengaja dibesar-besarkan. Memang dah lama berlaku dari pegawai rendah sampai ke peringkat atasan. Kes Polis rasuah yang menjadi-jadi juga turut diakui olh KPN baru-baru ini. 

Ramai peniaga yang tahu kalau nak cepat kaya, perlu sanggup bagi pelincir pada pegawai yang jaga projek dan anugerahkan projek tu. Macam kes kontraktor yang ada lebih dari 150 syarikat dapat job lebih dari RM 3 billion baru-baru ni. 

Dia mampu jadi begitu sebab sangat pemurah terhadap para pegawai yang mahu membantunya. Biasanya kontraktor begitu, yang malangnya orang Melayu beragama Islam juga, sanggup berikan apa saja pada pegawai asalkan dia dapat projek.

Minta perempuan, dia boleh bagi. lebih dari seorang pun dia boleh hantar. Minta duit, lagilah dia bagi. Itu bukan duit diapun. Bagi duit dapat projek. Bila dapat projek dapat lagi banyak duit. Jadi apa nak kemut untuk perabih duit jika akan dapat lebih banyak lagi duit.

Benci babi tapi makan rasuah

Cuba pergi siasat semua pegawai atau kontraktor Islam Melayu yang ambil rasuah tu, samada mereka makan babi atau tidak?

Berani potong jari! memang mereka tak makan babi. Malah tengok babi golekpun mampu kembangkan tengok mereka. Naik geli bila lihat babi. Punyalah benci mereka pada babi

Persoalannya kenapa babi boleh benci tapi tidak dengan rasuah?

Haram makan babi, kesannya pada si pemakan tu saja. Tapi haram makan rasuah kesannya adalah pada keseluruhan masyarakat. Kerja tak ada kualiti. Berlaku pembaziran. Rosak moral dan berlarutan masalah bertimpa-timpa dalam tempoh jangka masa yang panjang. Patutnya rasuah perlu dibenci lebih kuat dari babi.

Justeru itu ada yang cadangkan orang Melayu tanam ideologi benci pada rasuah ni. Sama macam mereka buat silibus benci babi pada semua keturunan melayu yang ada di malaysia. Perkenalkan bab rasuah dari atas buaian lagi.

Itu cadangan ramai dalam media sosial bila saya baca kemarahan mereka terhadap kes melayu makan rasuah ni. 

Nampak macam logik juga idea tu.

Tapi saya yakin ianya tak akan berjaya juga.

Babi tak sama dengan rasuah

Adalah lebih mudah untuk perkenalkan babi kepada anak kecil 3 atau 4 tahun hanya dengan tunjukkan gambar babi dari buku. Atau lukis gambar babi saja. Juga boleh tunjuk bila lori babi lalu. Atau bila ada cerita babi dalam tv. 

Dengan mudahnya kita boleh tunjukkan rupa babi pada anak-anak. Dah tentu mereka cepat kenal dan bawa ilmu kenal babi tu sampai ke mati.

Tapi macam mana nak tunjukkan benda yang sama kepada anak-anak tentang rasuah?

Takkan nak tunjukkan filem orang hulurkan duit lalu kata itu rasuah. Ia takkan dapat difahami melainkan dengan penerangan tentang apa itu rasuah. Maksudnya rasuah itu adalah satu konsep. Bukanlah satu benda atau objek macam babi.

Untuk fahami perkara konsep, ia perlukan daya intelektual. Jadi kena tunggu dan pastikan anak-anak dibina tahap intelektual mereka terlebih dahulu untuk membolehkan mereka faham perkara konsep.

Sebab itu saya kata nak bagi melayu benci pada babi adalah jauh lebih senang dari nak jadikan melayu benci pada rasuah.

Macam komen seorang kawan ketika bincangkan isu ini. Dia kata doktrin tak boleh banyak pakai akal logik dalam bab agama adalah sangat popular di kalangan orang melayu. Tak boleh pakai daya intelektual dalam bab agama ni. Kalau pakai jadi sesat dan lawan para ulama pulak. Jadi macam mana nak bina daya intelektual anak-anak bila kita asyik larang dia pakai logik?

Ada betulnya juga kata kawan saya tu.

Jadi macam mana nak jadikan orang Melayu benci pada rasuah sama macam mereka benci pada babi?

Kaitkan rasuah dengan Babi

Dalam ilmu membina tabiat, salah satu saranan pakar adalah untuk cari satu tabiat yang dah sebati dalam darah daging anda dan kaitkan tabiat itu bersama tabiat baru yang nak dibina.

Contohnya jika anda suka duduk atas kerusi malas setiap kali lepas makan. Gunakan kesempatan duduk atas kerusi malas itu untuk baca buku. Jadi prosesnya jadi, lepas makan > duduk kerusi malas > ambil buku > baca buku.

Lama kelamaan proses itu akan jadi tabiat. Bila anda duduk atas kerusi malas itu saja, tangan terus capai buku nak baca. Sebab duduk kat situ dah dikaitkan dengan aktiviti membaca sampai jadi kebiasaan.

Sama juga dengan bab babi dan rasuah ni.

Untuk jadikan melayu benci rasuah, kaitkan saja semua perkara rasuah kepada babi. Contohnya semua perkataan rasuah perlulah diletakkan perkataan babi di depannya.

"Seorang pegawai kerajaan ditangkap atas tuduhan makan Babi Rasuah"

Itu tajuk berita yang boleh ditulis setiap kali ada berita pasal rasuah.

Dan pastikan semua kes rasuah perlukan pakaian pesalhnya berwarna pink macam warna babi. Lagi baik jika buat sejenis pakaian yang memang rupa kainnya macam kulit babi. Biarkan mereka pakai topi babi khas untuk pesalah rasuah.

Lama kelamaan orang elayu yang fobia pada rasuah akan mula samakan apa saja rasuah kepada babi. Jadi perasaan bencu babi itu akan berjangkit kepada benci rasuah pulak. Mereka tak akan ambil dan berikan rasuah sekalipun dalam keadaan terdesak.

Cuma takut jadi terbalik le pulak. 

Takut lama kelamaan, melayu dah tak benci babi macam mereka tak benci rasuah. Akhirnya, yang kaki rasuah bukan saja makan rasuah. Malah babi pun dia dah suka makan!


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa orang Melayu tidak menjauhi Rasuah seperti mana mereka menjauhi Babi

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Dah haji, selalu umrah, solat tak tinggal, selalu juga ke surau-masjid, tp ambik rasuah.
    Ada syariat, tp takder iman (imannya cacat / rosak / tak sempurna).

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !